Tinggalkan Jejak :D

Pages

Sunday, October 20, 2013

Hujung Minggu yang bermakna :)

Assalammualaikum bloggers!


Alhamdulillah. Alhamdulillah . Alhamdulillah. Tamat sudah kursus saya selama 2 hari di Dewan Kuliah Utama. Alhamdulillah.. eh eh. mesti semua tertanya tanya, cik yana kita ni pergi kursus apa? kan? haaa.. jengjengjeng~~~~~~

Saya pergi KURSUS PRA- PERKAHWINAN ISLAM.. yippy! hahahahahaha

okay saya dah berkursus tau uollss! so, boleh la kawen! bhahahhaa *menggatai!*

takdelahh uolls. cikyana joke joke je. takmau lagi la. mahu belajar dulu.dah kerja nanti baru cakap pasal kawen. hahaha

Nak tahu apa yang diceritakan? apa yang diceramahkan? haaa. nak tahu? pi la dengaq! hahaha. gurau2. Kursus ni bagus la kan untuk pasangan yang dah nak kawen. tp kan, sebagusnya, pergi kursus bila takde calon lagi. sebab apa? boleh cari ciri ciri yang kita nak :P. haha. yang dah ada calon tu, jgn la break up plak ttbe. cube untuk jadi yang terbaik la bila dah nak kawen tu. hewwww

Kursus tu ada mengajar kita bab Akidah, Akhlak, Hubungan Suami Isteri, Ibadah, Kesihatan, Kewangan dan banyaaaaaak lagi lah.Pensyarah pensyarahnya tip-top uolls. tak tipu punya! tapi kita kena la open minded. jgn la sengkek sangat otak tu. kan? baru la berkembang sikit!

Kat sini saya nak petik kata kata pensyarah yang saya sempat saya salin dan ingat la. nak berkongsikan bersama bloggers la ni :D


  1. "Kadang-kadang sesuatu perkara bagi lelaki tu kecil, tapi hakikatnya bagi perempuan perkara tu besar"-maksudnya, cam contoh kan, lelaki ni dah janji ngan isteri dia nak bawak gi giant, tapi bawak gi tesco plak. bagi lelaki, small matter ahh kan. hypermarket jugak. tapi bagi perempuan, besar matter nya.
  2. Lelaki ni egonya teramat lah tinggi. Tak salah kalau sekali sekala mengalah dengan pasangan. Mengalah bukan bermakna kalah! -ingat tu golongan lelaki! rugi tau bila ada ego dalam percintaan ni. sekali skala nak ego takpelah, ni kalau dah mau hari hari, naik meluat gak an pasangan nnti.huhuhu
  3. Jangan menghina/mencerca pasangan,samada dirinya, keluarganya, saudara-maranya, rumahnya or even kawasan perumahannya-even kata kampung kau banyak taik lembu, tak hingin aku nak pergi! itu pun dah dikira hina!
  4. Lelaki perlu serius dalam menuturkan perkataan "aku ceraikan kau". even lafaz tanpa niat, pon dah boleh jatuh talak. nak buat talak taklik pon, kena yg muhasabah, jgn seksa isteri! -contoh event yang lafaz tanpa niat, cam contoh pasangan tgh tgok tv, pastu ada satu babak ni, sang suami melafazkan cerai pada sang isteri, tapi si perempuan yg tgh tgok tv ni tadi terlepas scene tu, lalu dia bertanya pada suaminya ni, "bang, apa yg laki dalam tv tu cakap, ter miss la", pastu suami dia cakap, dia kata " aku ceraikan dikau dengan talak 3", Maka jatuhla talak! huhuuhuu.. sedihkan? sbb tu laki kena mainkan peranan!
  5. Jangan ungkit benda yang dah lepas. maafkan,lupakan dan mulakan hidup yang baru bersama. mengalahlah kalau itu dapat menyelamatkan hubungan



ambuihhh. kelass naa. bila citer bab kawen, semangat naa haa taip. *eh yana, ingt sikit esok ada 2 kuiz yang menanti haa!* maaf la naa, seronok bak angg! hahaha.. weee.. (calon pun takdak.*gatai ni!!*)

dengan bangganya. XD


notakaki: yang belum cukup umur, jangan gatal gatal nak kawin ye! umur belom cukup lagi. wahaha. jgn jeles :P



p/s: buat insan yg telah menyinggah dihati ini dan sedang kujagakan hati ini untukmu, moga awak menjadi lelaki yang soleh ye. Masih ada masa untuk kita perbaiki diri kita wak. Saya mintak maaf atas salah silap saya yang lalu. moga Allah memberi kita peluang untuk menebus kesalahan kita dan memulakan hidup yang baru bersama sehingga kita disatukan. amin. In sha Allah. :)



2 comments:

  1. wah wah dah ada sijil kak ni ya.. hahaha. lafaz talak kena betul-betul ambil tahu. kang tak pasal-pasal dah tercerai. >.< ala kak kahwin awal pun tak mengapalah. menjauhi maksiat. hahahha. :D

    ReplyDelete
  2. Haha. Kan. Lafaz cerai jgn men men. Even bergurau pon xboleh. Haha. Kalau dah jodoh kawen awal xpela dik.tp kna pikir masa depan jugak an kalau nak kawen awal tu. Kena prepare fizikal n mental taun :)

    ReplyDelete