Tinggalkan Jejak :D

Pages

Monday, April 30, 2018

Cara untuk Daftar Nikah bagi pasangan yg menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Assalammualaikumm....

Fuhhhh last update 2017 tu. adoi. sekarang ni sudah Bulan April 2018 -,-. aduhai. lama betul dah tak berblog. maaf la, dah meningkat usia ni, makin malas nak hapdateeeeeee! *ampunnnn*

Haaa topik menarik dak ataih ni? menarik no. hehehe. okayy, memandang aku ni dah meningkat usia, dan dah nak menamatkan zaman bujang ni *sobs*, meh sini aku nak share... Aku tahu, kalian mesti macam blur blur apa la yang perlu buatkan? haaa. meh sini aku nak ajar steps by steps. Insha Allah.

TAPI, NI UNTUK KALAU DUA DUA PASANGAN MENETAP DI KUALA LUMPUR YE !!!

bagi negeri lain, mintak ampuuunnnn. mungkin boleh baca untuk rujukan atau mungkin boleh ambil sikit tips2 ni ya.


FIRST STEP :

Planning dulu tarikh, tempat nikah, mas kahwin, hantaran apa semua dengan parents dulu. Kalau semua setuju boleh proceed.

SECOND STEP:

WAJIB ISI ONLINE UNTUK DAFTAR NIKAH. Cukup salah seorang sahaja yang perlu isi. Kalau lelaki yang nak isi, make sure details perempuan betul ya. Pastikan tarikh nak isi tu sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh nikah ye! Kalau lebih dari 90 hari, jgn la gatai pi isi. Sabaq naaaaa! Nah ni website untuk isi online di sini : SPPIM..

Gambar akan tertera seperti di bawah ye:


Bagi yang baru nak isi, sila Klik butang "PERMOHONAN BARU".Bila klik sahaja butang tersebut, akan popup satu window yg menyatakan syarat2 untuk mengisi. Jangan panik pula ye.hihihi

nampak tak number 4 tu. haaa dah cakap kannnn
Lepas tu korang isi la sampai habis~ Rujuk gambar yeeeee!

Ni bahagian LELAKI

NI BAHAGIAN PEREMPUAN

MAKLUMAT KEBENARAN

MAKLUMAT WALI

BILA SIAP SEMUA, STATUS AKAN KELUAR BEGINI

Status Permohonan untuk LELAKI akan tertulis : ISI BORANG
Status Permohonan untuk PEREMPUAN (ada dibahagian bawah dlm gambar atas ni) akan tertulis : MENUNGGU KELULUSAN LELAKI)

Disini anda boleh mencetak borang masing masing ya. Pastikan anda mencetak 2 salinan seorang. Maksudnya yg lelaki 2 salinan, yang perempuan pun 2 salinan la.

Oh ya, cetak jugak senarai semak untuk rujukan dokumen pemohon yg perlu dibawa bersama semasa nak hantar ke JAWI nanti!

ini utk perempuan ye. lelaki xbanyak. pastikan document yg terlibat tu ada ye!


Perasan x atas tu ada tulis NO RUJUKAN PEMOHON? haaa. number rujukan tu jgn la pulak hilangkan. NO RUJUKAN ni untuk anda gunakan bila rasa perlu ubah atau baru nak print out borang. so tak perlu risau jika dah selesai isi borang, boleh print pada bila bila masa sahaja.


THIRD STEP :

Both boleh buat HIV TEST dulu~ pastikan HANYA KLINIK KESIHATAN SAHAJA YE! xboleh swasta, xboleh hospital. KELINIK KESIHATAN SAHAJA. hahahhaa

kalau orang setiawangsa, boleh pergi klinik kesihatan dato keramat di Dewan Sri Iskandar tu. Pastikan anda telefon dulu Klinik Kesihatan and book tempat. sebab mereka limit 10 orang je dalam sehari.! Masa mereka adalah pukul 2.00pm sehingga 4.00pm. pastikan bawa bahagian HIV TEST yg ada dlm borang yang dah dicetak tu. tak lama pun testnya. dan yang paling best, BAYARAN RM1 ! hehehehehhee

FORTH STEP:

Make sure lelaki yg ambil tanda tangan imam kariah masjid untuk pengesahan ya. Kalau IC Selangor, tapi menetap di KL, sila isi borang pengesahan mastautin dan minta sekali tanda tangan imam kariah masjid. Borangnya boleh ambil di sini http://www.jawi.gov.my/my/component/tags/tag/5-borang..
Selepas selesai ambil tanda tangan imam kariah, semua document tu boleh diberikan kepada perempuan.. ( kalau duduk luar dari KL, rasanya lelaki kena submit dulu di PAID untuk dapatkan kelulusan) berbeza jika kedua duanya satu negeri. Boleh dihantar bersama sahaja.


FIFTH STEP:

Next step, perempuan pula lak kena ambil tanda tangan imam kariah. Perempuan pun boleh je proceed dulu kalau taknak tunggu lelaki punya. Tapi depends on imam kariah masing2. ada imam kariah nak tengok BAKAL LELAKI PUNYA DOCUMENT. ada yang tak perlu. So nak selamat, bawa la sekali. Make sure jumpa imam kariah , bawa sekali WALI ya. Sebab Wali pun perlu menandatangani borang permohonan tersebut. *perempuan leceh sikit harapnya bersabar ea*

Telefon dulu pejabat masjid, minta number imam. and datang WAKTU PEJABAT YE BUKAN SUKA SUKA HATI -,-.


SIXTH STEP:

Dah selesai tanda tangan dari imam? boleh la ke JAWI untuk pengesahan~ di JAWI ni kena bersabar lebih. *anda akan tahu bila anda disana nanti* hahaha

Make sure datang awal ya.

naik escalator di drop off JAWI, terus ke belah kanan. anda akan nampak dia tulis ni
Ambil number dahulu. Jangan main serbu je kaunter -,-. Tekan untuk bahagian penyerahan document nikah. Bayaran akan dikenakan satu pasangan hanyalah RM25 sahaja. so bayar la sorang half  ye. karang gaduh pula sapa yang patut bayar.hihihi

Selepas membuat pembayaran, nanti pihak JAWI akan pulangkan document anda yang telah diluluskan!!! ALHAMDULILLAH. DAH BOLEH KAHWIN SEKARANG! ehhh.hahahhaa

Dah selesai, boleh la bagi ke imam kariah belah perempuan. Kalau boleh sebulan sebelum or seminggu sebelum la. tapi make sure book tarikh akad nikah dlu la risau imam dah ada orang yg book kan.huhuhu.


Mudah kan? alhamdulillah. lagi 2 bulan lagi nak tunggu tarikh yg bahagia. hehe. Alhamdulillah. Doakan kami dipermudahkan urusan dan semoga kalian pun dipermudahkan urusan ye!


TAHNIAH SEMUA