Tinggalkan Jejak :D

Pages

Thursday, December 20, 2018

Honeymoon in San Diego Part 3

bersambung


12 Julai 2018

Pada pagi ni, kami decide untuk berjalan ke Old Town San dDiego. Kalau nak rasa acah acah cowboy, boleh datang ke sini :). Masuk adalah FOC ye.Banyak kedai kedai di dalam ni. kawasan dia luas, panas dan kering seperti di kawasan cowboy sebenar =="




















Selepas itu, kami terus mengambil Uber/Lyft ke destinasi seterusnya. Iaitu SEA WORLD! Tak sabar nak tgok dolphin n ikan paus melompat lompat! hehe

Perjalanan mengambil masa 20minit untuk tiba ke destinasi.




ni adalah mesin nak beli tiket di Sea World. Disana dah tiada kaunter ye.
ni ticketnya.comelkannnn






Tiket untuk masuk ke Sea World adalah $89.99 seorang. kalau beli online dapat discount lagi. kami xsempat nak beli online atas masalah kad kredit ttbe buat hal.huhu. Macam macam attraction dlm tu. ada persembahan dolphin, persembahan ikan paus (killer whale), boleh pegang ikan pari, macam macam lagi persembahan di sana. Kena stay fokus dengan time time dia dah state dlm jadual ye


syoklah cik hubby pegang ikan yu.




*Bersambung*















Wednesday, December 19, 2018

Honeymoon in San Diego Part 2

Bersambung ~

11 Julai 2018

Pagi ni abah kami ada Conference di San Diego Convention Centre. Makanya kami di pagi hari menghaviskan masa berehat di Apartment. Ada yg masih jet lag -,-". Saya dan suami sambung meneroka kawasan San Diego. Alaa, sekitar kawasan perumahan sahaja :). Seronok jalan pagi pagi. Tenang dan nyaman. Selepas abah selesai conference di SDCC, kami memulakan itinerary kami dengan melawati San Diego Zoo! San Diego Zoo ni adalah Zoo yang tertua dia US tau. Besar Zoonya. memang panas gila ditanbah pula musim Summer. Ya Tuhannn.

Oh ya. Segala transport, kami gunakan Uber dengan Lyft ye. boleh download di Apps Store. Pembayaran hanyalah Credit Card (Cashless). so make sure activatekan Credit Card anda sebelum bercuti ke luar negara. Di sana teksi ada, tapi normal la, di mana mana teksi sudah semestinya mahal!




Setibanya kami di Zoo, kami menaiki bus yang disediakan. Bus ini mengelilingi Zoo sambil menerangkan sedikit sebanyak pasal zoo. Besar zoonya.kalau mampu, berjalan la -,-. 

Ni mapnyaaa. Besar kannnn


Ni tiket masuk. Harganya $54.00 perperson. Kali 4 la :)




Selepas berjalan di San Diego Zoo seharian, kami pun pulang ke Apartment untuk berehat. Untuk makan malam, kami makan di area apartment kami sahaja. Halal dan selamat untuk rakyat malaysia nak makan. :)


*bersambung part 3*








Honeymoon in San Diego

Assalammualaikum.

Hai uols. Saya nak share my experience ke San Diego , United States of America on 9 July - 13July 2018.

Alhamdulillah. Pengalaman ke USA sangat sangat mengamit memori! Masa dia dengan kita beza 16jam ye. Kita dah masuk 10hb, dorang masih 9hb :) . The weather that time is Summer. so mmg panas lit lit lah! so get ready your sunblock! bawak banyak banyak okayyyyy ~.~

10 Julai 2018

Flight kami mengambil masa 21jam. Transit 8jam di Changi, Singapura. Kami sempat tidur di ceruk ceruk airport sebab tunggu counter United Airlines buka. huhu. Sesudahnya buka counter United Airlines, kami terus check in next flight ke San Franscisco. 16jam juga la mereput dalam flight tu nak sampai SFO T.T. Penat ya Rabbi! punggung pun kematu wooiii. Sampai je SFO, kami ditahan sejam lebih la diinterview pihak imigresen USA. sebab kami first time datang USA kan. flight pun habis missed. nasib baik la United Airlines nak replace our ticket with new ticket. Alhamdulillah selama 1jam 30min, sampai la kami di San Diego!

Muka bahagia lepas 21jam++ flight ke San diego

Sampai je San Diego Airport, kami ambil teksi dah terus ke tempat penginapan kami dia 7th Avenue Apartment by Stay Alfred (booking by Booking.com sajo) Apartment dia boleh fit in 7 orang. and the place sangat lahhh awesome! Semua perfect. Better ambil apartment dari hotel if nak pergi luar negara. Hotel mahal. Apartment murah and boleh duduk ramai ramai.












Cantikkan apartment?ohh. the apartment juga sediakan WiFi for free. so jimat data uols kan :D. i told youuu so. hehe. So petang tu, we decide to jalan jalan area our stay. seronok jalan jalan. Rasa selamat. Safety sana sangat bagus. Tapi still kena beware la. we never know apa yg bakal berlaku kan.



Our apartment di 7th Avenue Apartment


*bersambung*



































Monday, August 6, 2018

Cara Apply Visa USA utk Malaysia

Assalammualaikum ^_^

Harini saya akan mengajar cara cara nak apply visa untuk ke USA. hehehe. ada kawan request suruh ajar macam mana caranya nak apply visa USA ni. xsusahhh, cuma leceh sedikit~.~ okay here we go!

FIRST STEP

Anda boleh bermula google tempat yg anda nak pergi. Tiket flight, tempat nak tinggal di USA dan tentukan kawan kawan / keluarga anda yang mahu ke sana bersama.

SECOND STEP


Boleh buka website USA di usatraveldocs. Di sini anda akan lihat websitenya seperti dibawah

Front page akan tertera sebegini. Pilih Malaysia ya. kalau nak bahasa inggeris pun boleh ;)


Kalau first time, click sajo yes!

Kita bukan immigran ye :)
http://www.ustraveldocs.com/my_bh/my-niv-visaapply.asp

THIRD STEP

Okay, next step pula, sila ikot langkah langkah untuk memohon VISA tu ye. Pastikan memilih VISA YG BETUL. Kalau nak pergi melancong, pastikan anda memohon VISA jenis B1/B2 (VISA PELANCONGAN / PERNIAGAAN) BUSINESS/LEISURE. Walaupun anda student di Malaysia, anda jangan pula pilih visa student pula ye. VISA Student hanya untuk student yg melanjutkan pelajaran di UNITED STATE SAHAJO.

okay jom sambung. Pastikan anda baca mengenai VISA PERNIAGAAN/ PERLANCONGAN.

http://www.ustraveldocs.com/my_bh/my-niv-typeb1b2.asp

Untuk pengetahuan semua, anda dikehendaki untuk menyediakan document document penting untuk ke USA ye. Seperti 3 bulan gaji, surat confirmation kerja, etc etc. Boleh rujuk dalam gambar di bawah :)


Oh ya! Jangan lupa anda perlu menyediakan gambar untuk visa ke USA ye. Pastikan anda pergi ke kedai gambar and beritahu orang kedai tu yang anda mahu tangkap gambar untuk visa ke USA ye. Selalunya orang kedai tahu ukurannya and background utk VISA. background VISA perlulah putih! Minta softcopy dan hardcopy gambar.

http://www.ustraveldocs.com/my_bh/my-niv-typeb1b2.asp
http://www.ustraveldocs.com/my/my-niv-visafeeinfo.asp#visatypes


Ni ada lah visa fee. Harga visa ni bergantung kepada money Currency malaysia. kalau makin mahal, tabah la nak bayar harga visa. and pastikan BAYAR VISA yang BETUL. ONCE PAID, NO REFUND YA. salah, BURN BABY BURNNNN. haha so be wise !

http://www.ustraveldocs.com/my/my-niv-paymentinfo.asp

Di atas ni adalah bank yang boleh anda buat pembayaran untuk VISA. boleh pilih. ada bank transfer, JOMPAY and cash kat atm. sebelum bayar, anda kena download DEPOSIT SLIP untuk membuat pembayaran.

http://www.ustraveldocs.com/my/my-niv-paymentinfo.asp

Setiap Deposit SLIP ada number reference 1 yg berbeza. Unik number. And slip ni ada expired date. pastikan nak bayar nanti baru download. Pilih Deposit Slip mengikut harga visa.


ni contoh deposit slip

FOURTH STEP


Dah hadam semua pasal VISA? haha. okay jom lah kita start mengisi borang utk apply VISA. borang ni namanya DS-160 tau. pastikan tiada kesalahan dalam borang ni. kena PERFECT. kalau tidak, borang anda akan direject, duit visa anda akan burn. 

http://www.ustraveldocs.com/my/my-niv-ds160info.asp

buka website ni untuk isi DS-160. https://ceac.state.gov/genniv/ . 


Pilih location : MALAYSIA. Enter code as in the box. Lepas tu, tekan START AN APPLICATION.

Nanti dekat first page tu ada diberikan UNIQUE ID ye. ID tu kena simpan utk rujukan. andai kata xsiap isi, save and boleh cari balik by click RETREIVE AN APPLICATION or download website save dlm folder. Kalau nak cari balik tekan dekat UPLOAD AN APPLICATION, masukkan attachment yg dah download tu ye.

ni CONTOH UNIQUE ID TU. :AA00801ZXE

DS-160 ni wajib untuk setiap ahli keluarga yang pergi. Kalau 5 orang yang pergi, 5 DS-160 form kena isi. Setiap sorang kena ada satu. And make sure semua information betul!

No worries kalau belum beli tiket flight, visa boleh beli even belum confirm ticket flight. Just masukkan estimtate time and date nak travel ya.

Lepas dah setel isi DS-160 form, boleh proceed ke seterusnya, buat portal untuk temuduga ye. payment boleh buat sebelum book temuduga :)

FIFTH STEPS

Buka website https://cgifederal.secure.force.com/?language=English&country=Malaysia , dan daftar untuk buat portal. Website ini untuk book temuduga sahaja tau.



Lepas dah daftar, akan tertera homepage sebegini. ahhh tgok je gambar ea..hahaaha






Dia akan keluar date appointment. paling awal masa ni 6 June.

kalau pergi satu family, boleh book appointment sekali dengan family. Di bahagian dependents, masukkan nama ahli keluarga



dah setel, boleh proceed BAYAR
bayar untuk 5 orang terus. ZASSS 
Lepas dah bayar tu, tunggu 24hours untuk dia approve ya. Resit bayaran makesure bawa semasa interview nanti. tu untuk bukti bayaran. Lepas dah setel bayar, tunggu approval, bila dah approve, anda boleh mula pilih tarikh n masa untuk interview.

Pilih tarikh dan masa yuk!

dah setel, boleh la print appointment details. Make sure ni kena bawa. sebagai bukti kita ada interview.






Make sure datang ke Jabatan Kedutaan USA awal ya. sebab beratur di luar Kedutaan USA tu tersangat la ramai. Begs kalau boleh xperlu bawa, bawa hanya sekadar document yang penting cukup. Handphones dan car keys kena tinggalkan di guard sebelum masuk. Pastikan tak demam or any illness. sebab kalau demam or tak sihat, mmg xboleh masuk langsung. Please wear proper clothes. Bawa passport, ic, gambar visa and supporting documents.

Sekian sahaja untuk visa USA untuk warga Malaysia. :) Selamat melancong!













Monday, April 30, 2018

Cara untuk Daftar Nikah bagi pasangan yg menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Assalammualaikumm....

Fuhhhh last update 2017 tu. adoi. sekarang ni sudah Bulan April 2018 -,-. aduhai. lama betul dah tak berblog. maaf la, dah meningkat usia ni, makin malas nak hapdateeeeeee! *ampunnnn*

Haaa topik menarik dak ataih ni? menarik no. hehehe. okayy, memandang aku ni dah meningkat usia, dan dah nak menamatkan zaman bujang ni *sobs*, meh sini aku nak share... Aku tahu, kalian mesti macam blur blur apa la yang perlu buatkan? haaa. meh sini aku nak ajar steps by steps. Insha Allah.

TAPI, NI UNTUK KALAU DUA DUA PASANGAN MENETAP DI KUALA LUMPUR YE !!!

bagi negeri lain, mintak ampuuunnnn. mungkin boleh baca untuk rujukan atau mungkin boleh ambil sikit tips2 ni ya.


FIRST STEP :

Planning dulu tarikh, tempat nikah, mas kahwin, hantaran apa semua dengan parents dulu. Kalau semua setuju boleh proceed.

SECOND STEP:

WAJIB ISI ONLINE UNTUK DAFTAR NIKAH. Cukup salah seorang sahaja yang perlu isi. Kalau lelaki yang nak isi, make sure details perempuan betul ya. Pastikan tarikh nak isi tu sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh nikah ye! Kalau lebih dari 90 hari, jgn la gatai pi isi. Sabaq naaaaa! Nah ni website untuk isi online di sini : SPPIM..

Gambar akan tertera seperti di bawah ye:


Bagi yang baru nak isi, sila Klik butang "PERMOHONAN BARU".Bila klik sahaja butang tersebut, akan popup satu window yg menyatakan syarat2 untuk mengisi. Jangan panik pula ye.hihihi

nampak tak number 4 tu. haaa dah cakap kannnn
Lepas tu korang isi la sampai habis~ Rujuk gambar yeeeee!

Ni bahagian LELAKI

NI BAHAGIAN PEREMPUAN

MAKLUMAT KEBENARAN

MAKLUMAT WALI

BILA SIAP SEMUA, STATUS AKAN KELUAR BEGINI

Status Permohonan untuk LELAKI akan tertulis : ISI BORANG
Status Permohonan untuk PEREMPUAN (ada dibahagian bawah dlm gambar atas ni) akan tertulis : MENUNGGU KELULUSAN LELAKI)

Disini anda boleh mencetak borang masing masing ya. Pastikan anda mencetak 2 salinan seorang. Maksudnya yg lelaki 2 salinan, yang perempuan pun 2 salinan la.

Oh ya, cetak jugak senarai semak untuk rujukan dokumen pemohon yg perlu dibawa bersama semasa nak hantar ke JAWI nanti!

ini utk perempuan ye. lelaki xbanyak. pastikan document yg terlibat tu ada ye!


Perasan x atas tu ada tulis NO RUJUKAN PEMOHON? haaa. number rujukan tu jgn la pulak hilangkan. NO RUJUKAN ni untuk anda gunakan bila rasa perlu ubah atau baru nak print out borang. so tak perlu risau jika dah selesai isi borang, boleh print pada bila bila masa sahaja.


THIRD STEP :

Both boleh buat HIV TEST dulu~ pastikan HANYA KLINIK KESIHATAN SAHAJA YE! xboleh swasta, xboleh hospital. KELINIK KESIHATAN SAHAJA. hahahhaa

kalau orang setiawangsa, boleh pergi klinik kesihatan dato keramat di Dewan Sri Iskandar tu. Pastikan anda telefon dulu Klinik Kesihatan and book tempat. sebab mereka limit 10 orang je dalam sehari.! Masa mereka adalah pukul 2.00pm sehingga 4.00pm. pastikan bawa bahagian HIV TEST yg ada dlm borang yang dah dicetak tu. tak lama pun testnya. dan yang paling best, BAYARAN RM1 ! hehehehehhee

FORTH STEP:

Make sure lelaki yg ambil tanda tangan imam kariah masjid untuk pengesahan ya. Kalau IC Selangor, tapi menetap di KL, sila isi borang pengesahan mastautin dan minta sekali tanda tangan imam kariah masjid. Borangnya boleh ambil di sini http://www.jawi.gov.my/my/component/tags/tag/5-borang..
Selepas selesai ambil tanda tangan imam kariah, semua document tu boleh diberikan kepada perempuan.. ( kalau duduk luar dari KL, rasanya lelaki kena submit dulu di PAID untuk dapatkan kelulusan) berbeza jika kedua duanya satu negeri. Boleh dihantar bersama sahaja.


FIFTH STEP:

Next step, perempuan pula lak kena ambil tanda tangan imam kariah. Perempuan pun boleh je proceed dulu kalau taknak tunggu lelaki punya. Tapi depends on imam kariah masing2. ada imam kariah nak tengok BAKAL LELAKI PUNYA DOCUMENT. ada yang tak perlu. So nak selamat, bawa la sekali. Make sure jumpa imam kariah , bawa sekali WALI ya. Sebab Wali pun perlu menandatangani borang permohonan tersebut. *perempuan leceh sikit harapnya bersabar ea*

Telefon dulu pejabat masjid, minta number imam. and datang WAKTU PEJABAT YE BUKAN SUKA SUKA HATI -,-.


SIXTH STEP:

Dah selesai tanda tangan dari imam? boleh la ke JAWI untuk pengesahan~ di JAWI ni kena bersabar lebih. *anda akan tahu bila anda disana nanti* hahaha

Make sure datang awal ya.

naik escalator di drop off JAWI, terus ke belah kanan. anda akan nampak dia tulis ni
Ambil number dahulu. Jangan main serbu je kaunter -,-. Tekan untuk bahagian penyerahan document nikah. Bayaran akan dikenakan satu pasangan hanyalah RM25 sahaja. so bayar la sorang half  ye. karang gaduh pula sapa yang patut bayar.hihihi

Selepas membuat pembayaran, nanti pihak JAWI akan pulangkan document anda yang telah diluluskan!!! ALHAMDULILLAH. DAH BOLEH KAHWIN SEKARANG! ehhh.hahahhaa

Dah selesai, boleh la bagi ke imam kariah belah perempuan. Kalau boleh sebulan sebelum or seminggu sebelum la. tapi make sure book tarikh akad nikah dlu la risau imam dah ada orang yg book kan.huhuhu.


Mudah kan? alhamdulillah. lagi 2 bulan lagi nak tunggu tarikh yg bahagia. hehe. Alhamdulillah. Doakan kami dipermudahkan urusan dan semoga kalian pun dipermudahkan urusan ye!


TAHNIAH SEMUA