Tinggalkan Jejak :D

Pages

Wednesday, June 11, 2014

Jika benar dia

Jika benar sudah tersurat jodohku
Dia jugalah yang menjadi miliku
Jika benar dia milikku
Pasti dia sahaja yg aku rindu

Jika benar dia sayangku
Ku pinta Allah tenangkan diriku selalu
Jika benar dia buatku
Ku pinta Allah jgn bolak balikkan hati ku dan hati mu

Aku tahu untuk menjadi seperti dulu
Sudah mustahil buatmu
Juga buat diriku
Begitu sukar itu
Xmengapa sayang
Yang hanya ku pinta
Kekalkan aku dalam hidupmu
Kekalkan aku dalam doamu

Maafkan aku kerana terbawa bawa
Dengan emosi yang entah apa apa
Mungkin kita sudah tidak sama
Engkau disana
Aku entah ke mana mana
Harapnya dikau tidak kecewa
Akan diriku yg selalu menderita
Semoga kau terus tabah
Untuk melalui hidup dengan diriku yg serba xkena
Maafkan aku sayang
Bukan ku bermaksud ingin pergi meninggalkanmu
Jauh sekali utk berpisah
Yg kupinta hanyalah setia
Melayan karenah aku yg mungkin lama
Cemburu butaku yg xsemena mena

Jangan pernah tinggalkan diri ini wahai sang pencinta
Sesungguhnya aku perlukan dirimu setiap masa.
Semoga bahagia dalam dakapan keluarga
Aku menunggumu hingga harinya kan tiba

*nukilan sendiri*

#AYSS#0102#1801#NLN#0408

Tuesday, June 10, 2014

Merenung

Aku merenung ke luar jendela
Tatkala hujan masih membasahi bumi
Langit pagi tidak secerah semalam
Seakan dia menangisi apa yang telah terjadi

Aku merenung jauh diluar sana
Memandang langit yang tidak seceria dulu
Seakan turut memahami isi hatiku
Setia menemani aku yang sepi seorang diri

Novel gantung telah ku tutupi
Sudahku khatamkan sebentar tadi
Senyumanku tak lekang dibibir ini
Membayangkan hero itu adalah pengarang hati

Apa yang aku perlukan? Entahh
Aku tidak tahu
Aku tidak pasti
Yang aku pasti, aku mahu pergi
Pergi ke mana?
Jauh disana. Jauh dan jauh.
Dan kemungkinan aku tak kembali

Mengapa? Bukan itu yg perlu dipersoalkan
Kau tak perlu tahu itu.

Aku perlukan sokongan
Aku perlukan bantuan
Bukan herdikan serta cacian
Yang langsung tidak memberikan manfaat
Yang langsung tidak membina semangat.
Harus kau tahu, aku perlu pergi
Ya.pergi jauh dari sini

Hidup tak senantiasa ceria
Hidup tak senantiasa bahagia
Hanya aku manusia
Yang penuh cacat cela
Yang penuh dengan dusta
Yang penuh dengan segala-galanya
Untuk kau tahu, aku hanya insan biasa

I have my own life.my own dignity. My own path.
Aku malu tatkala berhadapan denganmu
Mungkin, aku ibarat katak
Yang senantiasa terpelangkup dibawah tempurung
Tidak berusaha untuk keluar
Malah bahagia aku dibawah itu
Sehingga aku alpa
Bahawa dunia ini luas
Bahawa ilmu itu tanpa sempadan
Maka, aku cuba pecahkan tempurung itu
Tapi, aku gagal..
Ternyata aku malu
Aku malu dek kerana memecahkan tempurung yg berzaman menjadi rumahku
Ya.tempat berteduhku itu
Aku malu.
Aku malu jadi org lain
Aku malu jadi org yg kau inginkan
Kerana aku tahu. Kita tidak setaraf
Kau ibarat emas permata
Aku ibarat batu ditepi jalan
Mana kan sama.mustahil.
Mustahil batu ditepian ingin menjadi emas yang berkilauan.
Mustahil batu yang disepak orang menjadi emas perhiasan diri
Itu semua hanya la mimpi!
Mimpi disiang hari yang tak mungkin terjadi.



Monday, June 9, 2014

Perasan

Aku perasan perasaan itu.
Tatkala aku cube mengusik dirimu akan wanita itu
Ye, wanita yg pernah kau letakkan dalam hati kau waktu dulu
Wanita yang boleh dikatakan idaman setiap lelaki yang memandangnya mungkin

Mungkin...

Aku perasan perasaan itu
Tatkala aku cuba memburukkan wanita itu
Kau cuba pertahankan
Tapi kau selindungkan dengan ayat membina yang mana buat aku terlupa dan terdiam
Aku terdiam.tapi aku perasan itu

Kau pernah tanya
Adakah benar khabar berita mengenainya
Aku pun mengiyakan apa yg aku khabarkan
Riak wajahmu berubah
Tapi aku abaikan saja
Sebab aku malas nak kecewa dan menangis lagi

Kau kata kau dah tak memandang orang lain
Tapi diriku ini masih sangsi
Apakah benar kata kata mu?
Ataupun ada yang kau cuba selindungkan?
Aku pun kurang pasti..
Untuk ku bertanya, ku tidak punyai kekuatan
Untuk ku bertanya,kau enggan mengulas apa yang terbuku.
Maka, aku ambil keputusan untuk mendiamkan diri..

Kalau benar dihatimu, ada si dia, khabarkan kepada ku, agar hati ni tidak terlalu kecewa.
Agar hati ni tidak lagi menangis menanti jawapannya
Aku pasrah.aku berserah
Bukan aku tidak percayakan mu,
Tapi disitu, telah membuatkan diriku meragui akan dirimu.
Andai benar apa yg ku katakan,aku pasrah.aku terima hakikat itu.

Friday, June 6, 2014

I wish i could be yours

Salam.heyya bloggers!

Semalam hari yang sangat menggembirakan hati xD. Guess what? Aku ber window shopping with his mama. Wuuuuuuu! Menarik bukan?

Mula mula tu juz planning nak jumpa dia dekat bangi.plannya. Tup tup. He msg me that, mama dia ada sekali.makanya, saya menebalkan muka agar tidaklah nampak aku ni pemalu yang amat amat dahsyat.haaa gtu.

Janji temu kami di Bangi Gateway and i was like, oh man. Macam rusa masuk bandar dah ni. *me is the rusa* tengok kiri kanan.where were they exactly?? Dalam hati, ohh plis la mama dia xde. Segan ya ampun!

Lepas aku berjaya naik ke shopping mall dia,then, dia wasep aku.jangan gerak mana mana. And i was like.wooo, come on.jgn gerak? I'm in the middle of no where ni. Xtahu nak kemana ni. And org keliling pandang aku ni. Oh man.malu kot!

Pastu terdetik hati nak pandang belakang. And then i saw him, pegang tgn mak dia towards me. Alolo.comel.*melting woo*. Then aku pun rush la pergi salam mak dia. His mom like, wau! Very tip top la i say to u. Me just like, omg, mmg admire habes.hahaha

Merata kami jalan, tengok butik sana, tengok gerai sini, just to survey for me a tudung that will fits in my baju kurung raya. Hoho. His mom very energetic. Naik turun tangga plak tu. I was like, "cik, its okay. Kesian makcik penat.". Tapi dalam hati je la yg mampu berbicara.huhuu.

After solat asar, kami continue lagi cari tudung.huhu.tapi siyesly aku cakap, tudung baju semua lawa lawa kot! Seb bek la tade duit masa tu, sbb xcucuk lagi.haha.kalau tidak, mau aku borong macam macam dah.muehehe. Dia tanya aku about nak balik nanti cmne. I'm just okay mana mana.kalau nak dia nak stay, aku hantar balik, kalau xnak, it's fine. Then dia decide to stay with me.yeay!

It's about 6 dah masa tu, and his mom ajak beransur pulang. Dia pun bodek la mama dia to stay for a while dgn aku. His mom just like, gelak and accept him. Tapi bersyarat, "jgn lama lama sangat". Me was just like, baik makcik, xlama. Hahaha. Bila mak dia dah balik, kami pusing la satu bangi gateway tu nak tahu jugak la apa yg menarik kat situ..

Okay, banyak la jugak benda menarik kat situ. Especially baju la.hikhikhik. Dia belanja aku coolblog! Weee. Happy sgt. Dah la sakit tekak.minum ais.haaa.memang terbaik la yana oiii!. Takpe. Janji orang belanja u.hikhik.

Lastly, dah pukul 7. Then, i should let him go. Huhu.sedih.baru jumpe kejap. Dapat la jugak lepaskan rindu yg terbuku dihati tu.heee xD. Aku pun hantar la dia sampai ke rumah. Sampai depan pintu pagar kau.nampak x driver ni baik hati? Hehe.bukan apa. Kesian nak bagi dia drive, seharian drive for his mom. Pe salahnya aku pulak drive kan?

Off me go back nilai. Dengan berat hatinya, terpaksa la ku pergi. Huhuu

Sepet! Tenkiu for the whole yesterday. Knowing your mom was the most exciting part. Spending with u guys were great!

This picture sepet curik tangkap.heyya paparazzi ku sayang ni.hahsha xD