Saturday, September 6, 2014
new semester. officially third year. semester 5
i'm too lazy to start a new semester
i'm too lazy to start studying
i'm too lazy to start to staying up late at night to complete an assignment
i'm too lazy to go to class
i'm too lazy to wake up early in the morning
i wanna holidayss. i wanna holidayyss.!! ahhh!
alhamdulillah. already register as third year student. semester 5 here we go!
computer science student XD
Sunday, August 31, 2014
Because i'm happy
Tuesday, August 5, 2014
Officially 21 ;)
Heyya bloggers!
Alhamdulillah. Pada tarikh 4 ogos 2014,maka genap la sudah diri ini mencecah umur 21 tahun.weeee
Alhamdulillah. Thank you kepada mama abah yg sudi melahirkan,mendidik,mengasuh,mengajar,bersabar dengan saya dari saya baby sampai la dah tua bangka begini.hehe. alhamdulillah 21 already. *orglaindahnak22tahundah*
Kepada yg wish, sama ada kt facebook saya,twitter,instagram and mana mana je, a million thanks from me to u guyss! Yg mana kirim hadiah, appreciate sangat sangat!! Yg mana post gambar org as your reminder of my birthday,thankyou much <3
Monday, July 28, 2014
i really miss her and and selamat hari raya!
eh heyya bloggers!
alhamdulillah. kini kita dah masuk dalam bulan syawal. habes sudah bulan ramadhan
terima kasih wahai ramadhan, aku berharap, kalau panjang umur dan ada jodoh kita ,kita bakal ketemu lagi. in sha allah. semoga Allah mengizinkan aku untuk berjumpa dengan bulan yg penuh barakah itu lagi
Ramadhan yg pergi ditangisi
Syawal yg tiba dirai
yup, dalam kita bersedih kerana Ramadhan yg telah pergi membawa diri, kita juga perlu bergembira kerana telah beroleh kemenangan dalam menangani nafsu kita. betul tak? ermm. so, apa kaitan tajuk diatas dengan apa yg aku tengah taip sekarang ni ye? haha
Okay, sebenarnya, dalam aku tengah bergembira nak meraihkan hari first syawal pada keesokkan harinya, tibe tibe datang mood sedih aku merindukan seorang sahabat yang boleh katakan rapat sangat. dari zaman tamhidi sehingga ke sekarang ni. sapa dia? jeng jeng jeng
i miss Adibah faizah so much |
Diba, the first girl i've met when i'm enter the first lecturer hall. the first subject is quran sunnah which is in arabic language. dengan blur blur nya aku masuk, without knowing who they are, where the heck is group 9, where i should go after this, tapi dengan kuasa Allah and mungkin rezeki aku barangkali, i sat beside her. aku ni dah la pemalu masa tu. nak bertanya sangat la berat mulut. and she was the one who break the ice and asking me what's my name and which group i was in. and sekali lagi, my luck mungkin, i got the same class with her, which aku tak akan sesat lagi mana nak pergi lepas tu.
Diba la yg setia menemani aku.teman aku beli buku. pergi ke kelas sama sama. duduk dalam lecture hall or tutorial class pun nak sebelah menyebelah. aku sesat pun, dia la yang guide. well. budak baru yang masih noob dengan kawasan usim la katakan. Alhamdulillah He gave me Adibah yang tak pernah jemu nak bantu aku
Diba, she is very hardworking girl. Sometimes dia ni manja sikit.haha. cepat stress bila tak dapat figure out solutionnya.and akan keep on trying sampai dia dapat jugak. she's counterphobia *tatahula kalau masih lagi sekarang* haha. aiming aku to be with her until in degree. but i failed to enter chemistry subject and i got computer science subject. which was made us more far apart. Again, Allah bagi and rezki aku lagi, i got a room in Kolej kediaman which my room is near apart with her room. i'm so happy eventhough tak sama kelas, tapi still can meet each other.and still now, kami in sispa. which in the same uniform.
Yup, aku kinda miss her. bangun pagi pagi, terus pergi bilik dia. landing suka suki atas katil dia yang dah siap cantik tegang cadar. and aku kedebom je katil dia.haha. kacau dia tengah study by staring at her deeply sampai dia rasa annoying mungkin. Masuk bilik dia dengan suprisingly sampai dia terkejut. hahaha. jahat jugak aku dekat dia ni. calling her kecik :P pernah once. sorry! join dia and her roomates makan sambil tengok movie. kuar jenjalan sesama naik kereta shedan sampai aku kena marah and dia xkena *pilih kasih oh shedan tu*. gossiping, dia dengar masalah aku. nages aku sampai lebam mata ni. kena marah dengan ex ehem aku dulu sebab aku decide nak teman dia bukak pose.*sian kau kan dib*.kenalkan aku who is yassin. ehh. haha. tolong perabihkan choc cake yg si yassin bagi. haha *opss*
Yang paling aku salute kat diba ni, biarlah apa pun yg berlaku, she is very determined girl. never give up in her life. even heart breaking. even tragedi melanda, dia tetap move forward and tak toleh kebelakang. i wonder when i will be like her. cuma ada sekali tu la, siyesly aku cakap, aku tak pernah tengok dia menangis. no naah,cume ada once tu je, dia datang bilik aku. aku cam terkejut gak walaupun itu kebiasaan kitorang datang bilik tanpa mesej dulu.dia datang dekat, sitting in front of me, tanya aku camne aku jadi kuat. camne aku boleh ceritakan benda yg mungkin buat aku boleh menangis tapi aku tak menangis. aku diam, and baru nak cakap, aku nampak air mata dia gugur. masa tu, aku terkedu. tak kata apa apa. and i let her cry and cry. seriously i don't know what to do and aku ni bukan jenis yg pandai pujuk orang.bila dia nages, aku cube jugak pujuk. comfort her. ceritakan apa yg perlu dia tahu. give her spirit to move on.
Seriously bagi aku, diba seolah macam adik aku. seorang yg need attention. haha.aku kalah kot dengan pujuk rayu dia. wohoho. takkan ada aku kata no at her. melainkan aku akan kata, okay, tengok la dulu kalau betul betul aku tak boleh pergi. sebab aku taknak kecewakan hati diba. sebab aku dah pernah tengok dia nages sebab kecewa, mana mungkin aku nak tengok dia kecewa lagi.
heyyy dib. aku nak mintak maaf sepanjang perkenalan kita ni, aku pernah marah kau ke, cubit kau, perli kau ke, usik kau, buat kau terasa hati ke, aku mintak maaf ye. dib, without you, aku rasa aku tak mungkin sejauh ni. struggling hard to achieve everything i want. maaf ye sebab aku dah tak commited dengan sispa. tak pergi kursus pun tak bagitahu kau. leave you alone like that. maaf. aku dah tak boleh nak follow up dengan sispa. so, kau teruskanlah perjuangan kau tanpa aku ye. kursus akan datang pun aku tak boleh nak make it, tapi its okay, aku akan cuba lawat kau kat ukm masa tauliah nanti. <3
heyy si tempedansambalkicap! haha. jangan tukar link blog, and jangan pernah berhenti blogging sebab aku nak tahu perkembangan kau tau adik comel! hehe. loveyousomuch dib! aku rindu kau. siyesly aku rindu kau!
notakaki: diba, kau jangan gelakkan aku bila baca blog ni, ni dari hati aku tau. ahaha
Saturday, July 26, 2014
Saturday, July 19, 2014
Diari atau blog?
Boleh,kedua duanya pun boleh.
Tapi nasihat saya, nak gunakan blog ni,jgn la kita ceritakan keaiban orang yg kita benci kat blog ni.malah gnekan alternatif seperti diari tadi sebagai tempat anda meluahkan isi hati yg xpuas hati sesangat tu. Haa. Kan?
So, gunakan kedua duanya dengan sebaiknya. :D
Salam ramadhan
Tuesday, July 15, 2014
Comel sangat
Sedang aku khusyuk melayari internet,i found this pic.haha. Apa lagi, i kidnapped la gambar ni.
Comel sesangat!
Sapa ni? Haha. Would love to see u guys guess.haha
Wednesday, June 11, 2014
Jika benar dia
Jika benar sudah tersurat jodohku
Dia jugalah yang menjadi miliku
Jika benar dia milikku
Pasti dia sahaja yg aku rindu
Jika benar dia sayangku
Ku pinta Allah tenangkan diriku selalu
Jika benar dia buatku
Ku pinta Allah jgn bolak balikkan hati ku dan hati mu
Aku tahu untuk menjadi seperti dulu
Sudah mustahil buatmu
Juga buat diriku
Begitu sukar itu
Xmengapa sayang
Yang hanya ku pinta
Kekalkan aku dalam hidupmu
Kekalkan aku dalam doamu
Maafkan aku kerana terbawa bawa
Dengan emosi yang entah apa apa
Mungkin kita sudah tidak sama
Engkau disana
Aku entah ke mana mana
Harapnya dikau tidak kecewa
Akan diriku yg selalu menderita
Semoga kau terus tabah
Untuk melalui hidup dengan diriku yg serba xkena
Maafkan aku sayang
Bukan ku bermaksud ingin pergi meninggalkanmu
Jauh sekali utk berpisah
Yg kupinta hanyalah setia
Melayan karenah aku yg mungkin lama
Cemburu butaku yg xsemena mena
Jangan pernah tinggalkan diri ini wahai sang pencinta
Sesungguhnya aku perlukan dirimu setiap masa.
Semoga bahagia dalam dakapan keluarga
Aku menunggumu hingga harinya kan tiba
*nukilan sendiri*
#AYSS#0102#1801#NLN#0408
Tuesday, June 10, 2014
Merenung
Aku merenung ke luar jendela
Tatkala hujan masih membasahi bumi
Langit pagi tidak secerah semalam
Seakan dia menangisi apa yang telah terjadi
Aku merenung jauh diluar sana
Memandang langit yang tidak seceria dulu
Seakan turut memahami isi hatiku
Setia menemani aku yang sepi seorang diri
Novel gantung telah ku tutupi
Sudahku khatamkan sebentar tadi
Senyumanku tak lekang dibibir ini
Membayangkan hero itu adalah pengarang hati
Apa yang aku perlukan? Entahh
Aku tidak tahu
Aku tidak pasti
Yang aku pasti, aku mahu pergi
Pergi ke mana?
Jauh disana. Jauh dan jauh.
Dan kemungkinan aku tak kembali
Mengapa? Bukan itu yg perlu dipersoalkan
Kau tak perlu tahu itu.
Aku perlukan sokongan
Aku perlukan bantuan
Bukan herdikan serta cacian
Yang langsung tidak memberikan manfaat
Yang langsung tidak membina semangat.
Harus kau tahu, aku perlu pergi
Ya.pergi jauh dari sini
Hidup tak senantiasa ceria
Hidup tak senantiasa bahagia
Hanya aku manusia
Yang penuh cacat cela
Yang penuh dengan dusta
Yang penuh dengan segala-galanya
Untuk kau tahu, aku hanya insan biasa
I have my own life.my own dignity. My own path.
Aku malu tatkala berhadapan denganmu
Mungkin, aku ibarat katak
Yang senantiasa terpelangkup dibawah tempurung
Tidak berusaha untuk keluar
Malah bahagia aku dibawah itu
Sehingga aku alpa
Bahawa dunia ini luas
Bahawa ilmu itu tanpa sempadan
Maka, aku cuba pecahkan tempurung itu
Tapi, aku gagal..
Ternyata aku malu
Aku malu dek kerana memecahkan tempurung yg berzaman menjadi rumahku
Ya.tempat berteduhku itu
Aku malu.
Aku malu jadi org lain
Aku malu jadi org yg kau inginkan
Kerana aku tahu. Kita tidak setaraf
Kau ibarat emas permata
Aku ibarat batu ditepi jalan
Mana kan sama.mustahil.
Mustahil batu ditepian ingin menjadi emas yang berkilauan.
Mustahil batu yang disepak orang menjadi emas perhiasan diri
Itu semua hanya la mimpi!
Mimpi disiang hari yang tak mungkin terjadi.
Monday, June 9, 2014
Perasan
Aku perasan perasaan itu.
Tatkala aku cube mengusik dirimu akan wanita itu
Ye, wanita yg pernah kau letakkan dalam hati kau waktu dulu
Wanita yang boleh dikatakan idaman setiap lelaki yang memandangnya mungkin
Mungkin...
Aku perasan perasaan itu
Tatkala aku cuba memburukkan wanita itu
Kau cuba pertahankan
Tapi kau selindungkan dengan ayat membina yang mana buat aku terlupa dan terdiam
Aku terdiam.tapi aku perasan itu
Kau pernah tanya
Adakah benar khabar berita mengenainya
Aku pun mengiyakan apa yg aku khabarkan
Riak wajahmu berubah
Tapi aku abaikan saja
Sebab aku malas nak kecewa dan menangis lagi
Kau kata kau dah tak memandang orang lain
Tapi diriku ini masih sangsi
Apakah benar kata kata mu?
Ataupun ada yang kau cuba selindungkan?
Aku pun kurang pasti..
Untuk ku bertanya, ku tidak punyai kekuatan
Untuk ku bertanya,kau enggan mengulas apa yang terbuku.
Maka, aku ambil keputusan untuk mendiamkan diri..
Kalau benar dihatimu, ada si dia, khabarkan kepada ku, agar hati ni tidak terlalu kecewa.
Agar hati ni tidak lagi menangis menanti jawapannya
Aku pasrah.aku berserah
Bukan aku tidak percayakan mu,
Tapi disitu, telah membuatkan diriku meragui akan dirimu.
Andai benar apa yg ku katakan,aku pasrah.aku terima hakikat itu.
Friday, June 6, 2014
I wish i could be yours
Salam.heyya bloggers!
Semalam hari yang sangat menggembirakan hati xD. Guess what? Aku ber window shopping with his mama. Wuuuuuuu! Menarik bukan?
Mula mula tu juz planning nak jumpa dia dekat bangi.plannya. Tup tup. He msg me that, mama dia ada sekali.makanya, saya menebalkan muka agar tidaklah nampak aku ni pemalu yang amat amat dahsyat.haaa gtu.
Janji temu kami di Bangi Gateway and i was like, oh man. Macam rusa masuk bandar dah ni. *me is the rusa* tengok kiri kanan.where were they exactly?? Dalam hati, ohh plis la mama dia xde. Segan ya ampun!
Lepas aku berjaya naik ke shopping mall dia,then, dia wasep aku.jangan gerak mana mana. And i was like.wooo, come on.jgn gerak? I'm in the middle of no where ni. Xtahu nak kemana ni. And org keliling pandang aku ni. Oh man.malu kot!
Pastu terdetik hati nak pandang belakang. And then i saw him, pegang tgn mak dia towards me. Alolo.comel.*melting woo*. Then aku pun rush la pergi salam mak dia. His mom like, wau! Very tip top la i say to u. Me just like, omg, mmg admire habes.hahaha
Merata kami jalan, tengok butik sana, tengok gerai sini, just to survey for me a tudung that will fits in my baju kurung raya. Hoho. His mom very energetic. Naik turun tangga plak tu. I was like, "cik, its okay. Kesian makcik penat.". Tapi dalam hati je la yg mampu berbicara.huhuu.
After solat asar, kami continue lagi cari tudung.huhu.tapi siyesly aku cakap, tudung baju semua lawa lawa kot! Seb bek la tade duit masa tu, sbb xcucuk lagi.haha.kalau tidak, mau aku borong macam macam dah.muehehe. Dia tanya aku about nak balik nanti cmne. I'm just okay mana mana.kalau nak dia nak stay, aku hantar balik, kalau xnak, it's fine. Then dia decide to stay with me.yeay!
It's about 6 dah masa tu, and his mom ajak beransur pulang. Dia pun bodek la mama dia to stay for a while dgn aku. His mom just like, gelak and accept him. Tapi bersyarat, "jgn lama lama sangat". Me was just like, baik makcik, xlama. Hahaha. Bila mak dia dah balik, kami pusing la satu bangi gateway tu nak tahu jugak la apa yg menarik kat situ..
Okay, banyak la jugak benda menarik kat situ. Especially baju la.hikhikhik. Dia belanja aku coolblog! Weee. Happy sgt. Dah la sakit tekak.minum ais.haaa.memang terbaik la yana oiii!. Takpe. Janji orang belanja u.hikhik.
Lastly, dah pukul 7. Then, i should let him go. Huhu.sedih.baru jumpe kejap. Dapat la jugak lepaskan rindu yg terbuku dihati tu.heee xD. Aku pun hantar la dia sampai ke rumah. Sampai depan pintu pagar kau.nampak x driver ni baik hati? Hehe.bukan apa. Kesian nak bagi dia drive, seharian drive for his mom. Pe salahnya aku pulak drive kan?
Off me go back nilai. Dengan berat hatinya, terpaksa la ku pergi. Huhuu
Sepet! Tenkiu for the whole yesterday. Knowing your mom was the most exciting part. Spending with u guys were great!
This picture sepet curik tangkap.heyya paparazzi ku sayang ni.hahsha xD
Saturday, May 24, 2014
Relationship
Hubungan ada kalanya indah belaka
Hubungan ada kalanya pahit likat
Tak semuanya indah.tak semuanya pahit. Kadang indah. Kadangnya pahit.
"Ah.aku tak mahu ada pahit dalam hubungan aku. Aku mahu indah2 belaka"
"Ah.aku akan pastikan my life with him/her will get a happy ending life.mcm disney story tu"
It aint gonna be like what u want. Happy ending? Whaaat? Haha. It aint gonna get okay. Impossible. Happy ending life tu bila kat akhirat nanti. Yes. The jannah. Syurga yg kita kejar. That should be the aim buddy!
What i'm gonna say is, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri.nah kau setepek! Haha. Dalam hubungan mana ada indah indah belaka. Kadang yang tak indah tu pun harus kita telan. Telan dalam dalam. Yahh. Dalam hubungan should have give and take. Bukan just give. And takde take.
Manis tu ibarat sebijik epal.pahit tu ibarat hempedu.
Manis apple tak tahan lama. Lepas kau gigit dan makan apple tu, apa kau dapati bila kau biarkan seketika apple tu? Buruk bukan? Kau pun taklalu makan, lalu kau buang.
Pahitnya hempedu. Ye.mmg hempedu tu pahit.nak telan masha allah. Tapi, tahukah, bila pahit ni selalu menjadi penawar segala penyakit.kan manis jugak akhirnya bukan?kau jugak sehat.kau jugak kuat.
Setiap benda ada hikmahnya. Kalau nak manis, manis lah ia.kalau nak buruk, buruk lah ia. Tapi dalam hubungan ni, try to expose this kinda stuff.sabar, sabar dan sabar. Think back. What should u do instead of kau lepaskan dia without any solutions.
Sabar kalau boleh sabar
Mengalah selagi tu membantu
Bertanya kalau itu perlu
Berterus terang takot nt salah paham
Jgn berdiam, itu mengundang kemarahan
Jgn ungkit, dangerous tuuu
Jujur, because lie doesn't help
Cuba pujuk sbb xnak mengundang lagi masalah
Lastly,
Minx maaflah andai kau mmg ingin segalanya selamat..
P/s : sepet.ain't gonna be like before.sorry kay!
Tuesday, May 20, 2014
Si kecik
Si kecik putih hitam
Si kecik yang ku sayang
Si kecik yang bijak manja
Si kecik yang ada kalanya nakal
Si kecik yang kuat makan
Kehilangan mu suatu hari nanti pasti menimbulkan kerinduan buat diriku
Si kecik yang comel <3
Tuesday, May 6, 2014
Monday, May 5, 2014
Diam
Diam,
Kalau betul dia menyayangimu,
Dia akan tunggu
Kalau betul dia mencintai,
Dia akan setia menanti,
Kalah betul dia menghargaimu,
Dia akan tetap bersamamu
Diam,
Kalau da sayang, dia tetap setia
Kalau da benci, dia tetap pergi
Diam,
Itu lumrah kehidupan,
Yg dtg tetap dtg,
Yg pergi tetap pergi
Diam,
Gembirakan hati,
Kuatkan jiwa,
Positivekan mental,
Tabahkan fizikal.
Diam,
Suatu hari kau akan tahu
Mengapa aku diam
Suatu hari kau akan mengerti
Mengapa aku selalu begini
Diam.diam.diam.diam.diam.
Ku akan tetap diam.
Saturday, May 3, 2014
Saturday, April 26, 2014
MozCampusTour UKM
Heyya. Harini agak little bit kepenatan. Harini ada program dekat UKM uolls. dari pagi sampai petang
Kami gerak dalam pukul 9 ke sana. nak mencari Pusat Teknologi Sains Maklumat lagi..
Teramat lah jauh. sangat jauh. dalam, sangat dalam.
Aku bersyukur sesangat,, bukan aku yang drive. bukan aku yang terpaksa memerah otak mencari jalan
Thanks to hashifi and mursyidan! both are my drivers! miahahaha. Big boss lenggang kaki sambil joget2 gembira. hahaha.
We gain a lot of information.. Experience. Knowledge. Macam macam.
sebenarnya, even ni depe macam xmengharapkan sangat orang luar.. mostly dorang tumpukan pada UKM students. so , masa perkenalan. or boleh dikatakan ICE BREAKING sessions.. Yogi the moderator, terkejut bak ang, tengok pelajar USIM ramai. hahaha. maafla bro XD. nak panggil abang, macam pelik, sebab dia sama umur.haha.muka nampak matang la. bukan tua. matang. matang.haha
Banyak jugak la yang kami belajar.
Apa itu Firefox? Siapa the founder of firefox?Sapa the pengasas firefox? Firefox OS? Marketplace. etc etc
Firefox OS..
this is simulator. boleh wat just using mozilla |
nak reka apps utk firefox OS ni? haaa. mesti bosankan kalau hari2 nak download and install apps je kan? mesti ada keinginan tuk mereka apps sendiri kan? nah lama web dia : appmaker.mozillalabs.com. mesti anda rasa teruja nak decorate2 apps anda sendiri.hehe. ni contoh kawan den punya rekaan. ahaha. nak ganti wechat and wasep tu.. hahaha
selain tu, kami belajar untuk mereka cipta macam macam jenis web. by editing coding.nak try? jangan isau, it's not complicated one. nah the web : http://webmaker.org
Example of the webmaker! |
thats all from me. ku selitkan gelagat kengkawan den masa di program MOZCAMPUSUKM
okay. gambar ni masa singgah rumah shifi di kajang. p.s:nak tunjuk hamster tu lompat je sebenarnya abaikan org bertudung biru itu. -sekian- |
Monday, April 21, 2014
Fobia
Tuesday, April 8, 2014
Batu Pahat, Johor
boleh lagi tu aku senyum |
at pantai minyak beku |
at terminal feri |
model tali bot.. hahaa |
Sunday, March 30, 2014
Just Need A little time
Thursday, March 27, 2014
Fly away to Russia
Tuesday, March 25, 2014
Hari Ulangtahun Pertahanan Awam (HUPA)
Sunday, March 16, 2014
Spending Whole day!
Monday, March 10, 2014
Si Teddy namanya :D
Heyyy. meet my new pets. He's the new pet in my family! nak kenal? nak tengok? wooo. don't get too excited XD .lemme introduce uolls semua. jeng jeng jeng
my name is teddy. im new. hello XD |
hey. gimme the food. im hungry! |
okaylah. thats all from me. lagi ditatap lagi rindu kat baby baru I ni! eiiiiii. nak balik rumah!
Thursday, February 27, 2014
Kain pasang from Bandung for sale :D
Hari ni saya nak promote sikit ni. mai mai dekat naaaa. heee.
Actually, ni kawan punya barang, saya tolong tolong promote jah. apa dia? jom tengok sampai abes :D
Kain pasang. jenis: Cotton. RM60 exclude postage. |
Kain pasang. Jenis Cotton. RM60 exclude postage |
Kain pasang. Jenis Satin. RM60 exclude postage |
Kain pasang. Jenis Cotton RM60 exclude postage |
Friday, February 14, 2014
in sha allah will be new me :D *new semester*
Thursday, February 13, 2014
Cerita Semalam :D
strawberry pudding. credit encik gugle! hehe |
hazelnut choc : kalau xde choc, tu bukan dia. credit also uncle gugle! |
pastu i went home...huhu