Aku merenung ke luar jendela
Tatkala hujan masih membasahi bumi
Langit pagi tidak secerah semalam
Seakan dia menangisi apa yang telah terjadi
Aku merenung jauh diluar sana
Memandang langit yang tidak seceria dulu
Seakan turut memahami isi hatiku
Setia menemani aku yang sepi seorang diri
Novel gantung telah ku tutupi
Sudahku khatamkan sebentar tadi
Senyumanku tak lekang dibibir ini
Membayangkan hero itu adalah pengarang hati
Apa yang aku perlukan? Entahh
Aku tidak tahu
Aku tidak pasti
Yang aku pasti, aku mahu pergi
Pergi ke mana?
Jauh disana. Jauh dan jauh.
Dan kemungkinan aku tak kembali
Mengapa? Bukan itu yg perlu dipersoalkan
Kau tak perlu tahu itu.
Aku perlukan sokongan
Aku perlukan bantuan
Bukan herdikan serta cacian
Yang langsung tidak memberikan manfaat
Yang langsung tidak membina semangat.
Harus kau tahu, aku perlu pergi
Ya.pergi jauh dari sini
Hidup tak senantiasa ceria
Hidup tak senantiasa bahagia
Hanya aku manusia
Yang penuh cacat cela
Yang penuh dengan dusta
Yang penuh dengan segala-galanya
Untuk kau tahu, aku hanya insan biasa
I have my own life.my own dignity. My own path.
Aku malu tatkala berhadapan denganmu
Mungkin, aku ibarat katak
Yang senantiasa terpelangkup dibawah tempurung
Tidak berusaha untuk keluar
Malah bahagia aku dibawah itu
Sehingga aku alpa
Bahawa dunia ini luas
Bahawa ilmu itu tanpa sempadan
Maka, aku cuba pecahkan tempurung itu
Tapi, aku gagal..
Ternyata aku malu
Aku malu dek kerana memecahkan tempurung yg berzaman menjadi rumahku
Ya.tempat berteduhku itu
Aku malu.
Aku malu jadi org lain
Aku malu jadi org yg kau inginkan
Kerana aku tahu. Kita tidak setaraf
Kau ibarat emas permata
Aku ibarat batu ditepi jalan
Mana kan sama.mustahil.
Mustahil batu ditepian ingin menjadi emas yang berkilauan.
Mustahil batu yang disepak orang menjadi emas perhiasan diri
Itu semua hanya la mimpi!
Mimpi disiang hari yang tak mungkin terjadi.
No comments:
Post a Comment