11 Julai 2018
Pagi ni abah kami ada Conference di San Diego Convention Centre. Makanya kami di pagi hari menghaviskan masa berehat di Apartment. Ada yg masih jet lag -,-". Saya dan suami sambung meneroka kawasan San Diego. Alaa, sekitar kawasan perumahan sahaja :). Seronok jalan pagi pagi. Tenang dan nyaman. Selepas abah selesai conference di SDCC, kami memulakan itinerary kami dengan melawati San Diego Zoo! San Diego Zoo ni adalah Zoo yang tertua dia US tau. Besar Zoonya. memang panas gila ditanbah pula musim Summer. Ya Tuhannn.
Oh ya. Segala transport, kami gunakan Uber dengan Lyft ye. boleh download di Apps Store. Pembayaran hanyalah Credit Card (Cashless). so make sure activatekan Credit Card anda sebelum bercuti ke luar negara. Di sana teksi ada, tapi normal la, di mana mana teksi sudah semestinya mahal!
Setibanya kami di Zoo, kami menaiki bus yang disediakan. Bus ini mengelilingi Zoo sambil menerangkan sedikit sebanyak pasal zoo. Besar zoonya.kalau mampu, berjalan la -,-.
Ni mapnyaaa. Besar kannnn |
Ni tiket masuk. Harganya $54.00 perperson. Kali 4 la :)
Selepas berjalan di San Diego Zoo seharian, kami pun pulang ke Apartment untuk berehat. Untuk makan malam, kami makan di area apartment kami sahaja. Halal dan selamat untuk rakyat malaysia nak makan. :)
*bersambung part 3*
No comments:
Post a Comment