Tinggalkan Jejak :D

Pages

Monday, September 11, 2017

Backpack ke Hatyai, Thailand Part 1

Assalammualaikum! Hai Bloggers! 


Harini yana nak share pengalaman yana pergi ke Hatyai menaiki Train ya.

First of all, planning dulu berapa hari korang nak travel ke Hatyai. Macam trip kali ni, yana bersama 3 lagi orang kawan (bermakna kami semua seramai 4 orang) telah memilih tarikh 8 September 2017 sehingga 10 September 2017


Kami telah booking tiket train ETS pada 7 September 2017 pada pukul 11.40malam dari KL Sentral ke Padang Besar. Sewaktu itu, ETS mengalami gangguan teknikal dimana kami dikehendaki menaiki bas yang disediakan ke Stesen Sungai Buloh untuk menaiki ETS. Kami tiba di stesen Sungai Buloh pada pukul 12 pagi dan menunggu ketibaan ETS yang agak kelewatan 30minit.

muka masing2 bila kena tunggu ETS di Sungai Buloh


 Tibanya ETS di Sungai Buloh, maka perjalanan kami bermula dan kami pun tidur akibat keletihan.

Alhamdulillah, kami tiba di stesen Padang Besar pada pukul 6.15 pagi 8 September 2017. Kami pun terus menunaikan solat fardu subuh di surau berdekatan dan menunggu kaunter tiket buka. Jangan risau, kedai makan jugak ada di stesen if kelaparan. Untuk makluman, train ke Hatyai akan ada 2 kali sahaja begitu juga train dari Hatyai.

Image result for time schedule for hatyai train from padang besar

boleh rujuk gambar di atas ni. boleh dipercayai. Tapi make sure datang awal dari estimate time ya. Kalau boleh 2 jam awal sebab nak lalu immigresen malaysia dan thailand lagi. bak kata polis bantuan tu, kalau boleh jangan beli train tiket dulu takot nanti sangkut di immigresen mengenai isu ptptn or others loan yg berkait dgn CCRIS. tiket train boleh beli kemudian, tapi risau lambat jela~
Kami separatekan, dua orang pergi beli tiket manakala lagi dua orang beratur utk ke immigresen. Untuk pengetahuan, kalau mahu ke Hatyai pada weekend, kena sedia maklum ya bahawa orang terlalu ramai nak ke Hatyai sampai naik tren terpaksa berdiri dan bersempit2. kalau mahu duduk, make sure datang awal, booking tiket awal dan beratur pun awal.


masa dalam ni ikot waktu THAI ya. satu tiket 70 baht
selesai kami melalui immigresen, kami pun masuk train and cari seat. oh ye, train ke Hatyai hanya ada 2 koc sahaja ye. paham paham jela kecil nya macam mana xD


muka masing2 dapat naik train hatyai

Perjalanan memakan masa dalam 45minit dengan dua kali berhenti. Berhenti di Padang Besar Thai dengan Khlong Stesen. *Jangan turun pulak ye*

Pada pukul 10.00 pagi (Waktu Thai), waktu di Thailand lewat sejam dari Malaysia ya, kami selamat tiba di Hatyai. yeay alhamdulillah


ini gambar di dalam hatyai stesen

Kemudian kami berpakat untuk pergi checking ke hostel kami yg telah kami booking di booking.com. Hostel kami bernama WE HOSTEL HATYAI. for the first time sampai sini, ofkos la takde hala tuju kan. mula2 kami decide nak jalan kaki je sebab kalau ikot google map yg telah kami kaji di KL, perjalanannya hanya 6minit sahaja dari train. Memandangkan masing2 tidak mempunyai data, kami pun sepakat untuk amik tuktuk. Tapi diingatkan ye, kalau nak minx tuktuk hantarkan ke hostel, lebih bagus tunjukkan mereka alamat dan nama hostel ya. macam kami mula2 amik tuktuk, kami sebut WE HOSTEL, tapi tuktuk faham V HOSTEL. tak memasal burn 20 baht seorang. tah mana mana tah dia bawak kami masa first amik tuktuk tu. alhamdulillah, tuktuk kedua yg kami tahan, orangnya sangat jujur dan sangat tabah cari hostel kami.

Ini logo hostel ye

Harga hostel untuk semaam.
Sapa sapa yang nak booking hostel ni, please beritahu tuk tuk untuk drop kan korang di LEE GARDEN PLAZA ye. yang mana location WE HOSTEL ni hanya la opposite je. LEE GARDEN ni kebanyakkannya tuktuk tahu sbb tempat ni mmg famous pun. Alhamdulillah, hostel ni sangat best. Layanan tuan hostel ni sangat peramah. kami siap buat macam rumah sendiri sbb selesa sangat. Wifi mereka sangat laju. so jgn risau pasal wifi. :). Oh dia sediakan breakfast. jgn expect buffet la ye kalau dah nama pun hostel :P

Selepas check in masuk ke hostel, kami tinggalkan beg dan keluar untuk mencari sim kad. kami mencari sim kad tersebut di Lee Garden Plaza yg terletak di belakang WE HOSTEL HATYAI. Di Lee Garden Plaza, anda boleh turun escalator dan di sebelah kiri anda terdapat kiosk menjual phone. Di kiosk ini adalah milik seorang lelaki yg berasal dari Selangor dan bekerja di Hatyai. Pakej Simkad yg dijual ada banyak. Saya lebih tertarik pada pelan DTAC dimana harganya 150 baht, boleh dijadikan hotspot dan datanya unlimited. Alhamdulillah, semoga brother syam dimurahkan rezeki. Bagi para lelaki yg ingin solat jumaat, masjid yg berdekatan adalah di Pakistan Mosque. bahasa yg dituturkan dalam bahasa pakistan ya -,-

ni sim kad dtac
Selesai dengan plan telco, kami pun lunch di Food Factory di aras yang sama.  Disini terdapat satu kedai yg menjual makanan halal. Oh ye, jgn risau mereka kebanyakkan boleh bertutur dalam bahasa melayu dan inggeris. tapi bahasa melayunya lebih kepada dialek kelantan siam ye :) Di Food Factory ni, mereka menggunakan konsep kad tambah nilai. bila kita nak beli makanan, kita kena topup kad tu dulu. so depends on korang la nak topup berapa. Kami order Nasi Ayam yg berharga 50 baht seorang. Boleh tahan sedap juga nasi ayamnya~

Kemudian, kami berjalan kaki diluar Lee Garden Plaza. Kami meronda pekan Hatyai ini untuk mencari travel agent yang murah untuk bawa kami utk aktiviti keesokan dan ke Floating Market. Kami telah survey banyak tempat dan alhamdulillah, kami tertarik untuk memilih CHAN TRAVEL yg berdekatan dengan hostel kami. layanan mereka bagus. tawar menawar jugak mereka terima. transport yg mereka berikan ada sebuah kereta ya! ada aircond lagi. Alhamdulillah berbaloi.

Chan travel agency

Aktiviti yang kami minta adalah ke Chang Puak Camp, Samila Beach dengan Hatyai Cable Car. so setiap satu tempat ni mereka cas kami sebanyak 500baht. so total 3 tempat adalah 1500baht untuk 4 orang. Kami juga telah minta agency ini menguruskan aktiviti kami ke Khlong hae Floating Market pada pukul 4petang. Kami dapat menawar sebanyak 400baht untuk satu kereta and untuk return ya. kira murah dari ambil tuk tuk yg boleh mencecah harga 800 baht untuk pergi sahaja.

Currency di sana untuk mata wang malaysia bersamaan 7.80 baht. yang terujanya, semua money changer mereka diletakkan dengan harga yang sama.

Setelah selesai, kami pulang ke hostel untuk berehat sebentar menunggu sehingga pukul 4 petang untuk ke Khlong hae Floating Market.


KHLONG HAE FLOATING MARKET

Seperti yang dijanjikan, kami dibawa oleh travel guide untuk ke lokasi. Tibanya kami di lokasi, kami dibenarkan untuk berjimba sampai pukul berapa pun. ASALKAN GEMBIRA! haha
Floating market buka dari jam 3.00 petang sehingga 7.00 petang (waktu Thai)

excited tgok depan mata sendiri
Pintu gerbang


Kerabu maggi dia 30baht. ketam goreng ranggup 20baht. air cawan tembikar tu 30baht


cawan air harganya 30 baht

Dah kenyang perut, kami pun pulang ke hostel untuk berehat bagi mengumpul tenaga untuk aktiviti malamnya pula.

Setelah berehat, kami keluar ke area Lee Garden Plaza untuk melihat bazar2 disitu. Kami telah membeli sepiring udang goreng berharga 200baht, cucur udang besar sekeping berharga 50baht (kami beli dua), cakoi 20baht,pulut mangga 100baht dan aiskrim kelapa 50 baht.






*Tamat Part 1*

Bersambung~


3 comments:

  1. Nak tnye dr train padang besar nak ke immegresen malaysia n hatyai jauh ke x ye? Sbb saya nak bawa mak saya , takut x larat pulak nak jalan nnti

    ReplyDelete