*sambungan*
18 OGOS 2015
Selepas subuh, aku, Hawa dan Wahida telah bercadang untuk berjalan jalan di sekitar luar kawasan Malaysia Hall. Suasana ketika itu sungguh tenang dan nyaman. Pukul 6 pagi, ramai orang telah keluar dari kawasan perumahan untuk ke tempat kerja malah kedai kedai runcit juga telah beroperasi pada pukul 6 pagi. Awal tak awal dorang bukak kedai? :D Mereka juga peramah orangnya. Pekerja yang membawa barangan groceries pernah mengucapkan selamat pagi kepada kami sambil tersenyum.haha.
|
Perth CBD |
|
ke stesen bas |
|
Gambar sebelum kena kejar dengan orang mabuk -,- |
Bas di Perth dipanggil CAT. Terdapat 4 warna, BIRU (BLUE CAT) , MERAH (RED CAT), KUNING (YELLOW CAT) dan HIJAU (GREEN CAT). Ini laman web untuk tahu
route bas. Semua tempat boleh sampai jadi jangan risau sesat ye :D
Selepas puas berjalan di pagi hari di sekitar bandar Perth, kami pun pulang ke kediaman untuk bersiap dan bergerak ke University of Western Australia :D
|
muka masing masing busy bincang itinerary |
UNIVERSITY OF WESTERN AUSTRALIA
University of Western Australia adalah universiti yang tertua di Perth. University ini terbuka untuk sesiapa nak datang melawat. Bahkan, nak masuk kelas dia nak dengar lecture pun boleh :P *kalau tak malu la* HAHAHAHAHA
|
hadapan pintu masuk UWA |
|
bergambar dengan pelajar Malaysia yg belajar di Perth |
KINGS PARK AND BOTANIC GARDEN, PERTH
Haaa kings park ni pun menarik jugak kalau sapa sapa yang berminat nak photoshoot nice scenery. Dia ada jambatan kaca which dinding je kaca. jalan dia biasa je. Tapi ketaq lutut mak oiiiiii scary kot dengan angin kuatnya.... Dekat sini kami melakukan aktiviti "Street Dakwah" yang mana kami menemu ramah sesiapa sahaja di Kings Park ini. Soalan kami kepada mereka berkenaan ISU Penerimaan mereka terhadap orang muslim di Perth, dan sejauh mana mereka memahami wanita berhijab :D *video nanti dah siap akan diupload di Part yang terakhir ye :)*
|
jambatan kaca |
|
rakaman untuk hari kemerdekaan |
|
sesi menemuramah pengalaman rakyat Malaysia yang telah menetap disana |
|
Menemuramah rakyat Australia mengenai pendapat mereka |
|
Street dakwah bersama rakyat Australia |
MALAM BERSAMA MYPSA-WA (Postgraduates)
Disini, kami sempat berkumpul bersama mahasiswa mahasiswi Malaysia yang belajar di Perth. Kami berkongsi pendapat dan pengalaman dari mereka sepanjang berada di Perth. Sepanjang mereka di Perth, mereka terpaksa belajar sambil bekerja bagi menampung pembelajaran mereka yang agak mahal.. Ada juga diantara kami yang meminta tips untuk belajar di sana. HAHAHA. berangan lebihhhh..
*bersambung*
No comments:
Post a Comment