Tinggalkan Jejak :D

Pages

Wednesday, April 27, 2016

Travelog Mahabbah Ke Bumi Perth, Australia part 1

Assalammualaikum and hi everybody!


Harini I'm going to story mory about my experience to Perth Australia. 

Actually, cerita ni tahun lepas punya, 17 Ogos to 22 Ogos 2015. Aktiviti ini disertai oleh 13 orang bersama seorang pensyarah pengiring. Travel agent kami adalah Jutawan Tours :) *boleh google or instagram kalau berminat nak travel Perth and need the guide and a PHOTOGRAPHER hebat.hihi*


17 OGOS 2015



Oh lupa nak mention, kami adalah GROUP PERTAMA dalam kumpulan GISO FST yang akan pergi melakukan aktiviti kami. *bangga jap*

Kami berada di KLIA 2 pada pukul 8 malam, yang mana penerbangan kami ke Perth pada pukul 12 am. Tibanya kami di Perth pada pukul 5.35 am. Perjalanan kami memakan masa hampir 5jam. kebas punggung oi duduk dalam flight.HAHA. Waktu di Perth adalah sama dengan Malaysia, bezanya adalah waktu siang dan malamnya. Kalau pukul 7.30, Malaysia baru maghrib, kami pukul 5.30 dah maghrib di Perth. Masa tu pulak musim winter. Malam lebih panjang dari siang :) Suhu winter di Perth adalah diantara 7-10 darjah celcius manakala disebelah malamnya boleh mencecah 0 dan negative darjah celcius. Bayangkan betapa sejuknya walaupun tiada salji :D

Tiba di Perth International Airport


Bergambar dihadapan Malaysia Hall Perth


Penginapan kami di Malaysia Hall Perth. Malaysia Hall Perth ini memudahkan untuk pelajar Malaysia yang belajar di Perth untuk menginap atau pelajar/rakyat Malaysia yang ingin ke Perth. Caranya ialah, bukak laman web Malaysia Hall Perth . Pilih tetamu/pelawat (orang awam& pelajar). Isikan dan nanti tunggu email akan dibalas oleh warden di Malaysia Hall.
and perlu diingat di Perth, mereka memerlukan VISA. so, kena buat visa ye before departure to Perth. kang tak memasal kena tahan dekat imigresen Australia. haha

disini adalah harga untuk penginapan di Malaysia Hall Perth

and dekat Perth International Airport, procedurenya tersangatlah ketat! Makanan adalah strictly prohibited! nanti sebelum depart, the steward n stewardess ada bagi borang untuk declare foods & drugs. kalau nak selamat yg pasal makanan tu, korang tanda je yes, kalau dia tahan, and ada makanan yg korang bawak tu, if yes, korang selamat. if no, habisla korang kena tahan berjam2 and need to pay saman la ofcoz!

saman dekat Australia tersangat la mahal. yah, their salary and taraf hidup pun tinggi. thats why!



Caversham Wildlife Park

Setibanya kami di Perth, Australia, kami meneruskan perjalanan kami ke Caversham Wildlife Park. Caversham ini sejenis zoo di Perth yang mana, kebanyakkan binatang mereka hidup bebas. Harga tiket untuk memasukki Caversham adalah AUD21 untuk dewasa dan kanak-kanak AUD12


Peta Caversham *ihsan google*



kena buli jadi kanggaru




depan pintu masuk.



Arif sedang bagi kanggaru makan :D

Ini Sya :D

Ini burung liar dekat luar Caversham ye


Beruang koala tidur 23jam sehari. 1jam je dia bangun T_T

This is our guide in Caversham. Her name is AMY :D


The Margaret River Chocolate Factory

Haaa,.. Siapa yang Chocolate LOVERS! anda wajib pergi ke sini tau :D Sini dia jual plenty of chocolates! tanya dulu before beli ye :). Pastikan yang HALAL boleh dimakan.hehe

Ini free testimoni. Eat as much as you can. Its free

menarik kan? 

Dalam kedai

Dihadapan kilang Madu, jem, olive


Pelbagai jem, madu, olive yang dijual


Bergambar di kebun anggur yang kering



Makan di Charcoal Chicken

Haaaa, charcoal chicken di Perth kebanyakkannya HALAL ye :D mostly tukang masak dia orang Arab yang merantau stay di Perth. hehe. Kedainya Charcoal Chicken Express Dianella




nampak sedap kan ? :P

Solat di Masjid At - Takwa


Alhamdulillah. Kami bersolat di Masjid At- Takwa dan membantu mengemaskan bilik bilik pengajian di Masjid At- Takwa yang serba kekurangan dan membantu mengemas rak serta telekung di dalam masjid. Alhamdulillah semoga semua mendapat pahala :)


Masjid At-Takwa



















*bersambung*





1 comment: