Tinggalkan Jejak :D

Pages

Thursday, December 20, 2018

Honeymoon in San Diego Part 3

bersambung


12 Julai 2018

Pada pagi ni, kami decide untuk berjalan ke Old Town San dDiego. Kalau nak rasa acah acah cowboy, boleh datang ke sini :). Masuk adalah FOC ye.Banyak kedai kedai di dalam ni. kawasan dia luas, panas dan kering seperti di kawasan cowboy sebenar =="




















Selepas itu, kami terus mengambil Uber/Lyft ke destinasi seterusnya. Iaitu SEA WORLD! Tak sabar nak tgok dolphin n ikan paus melompat lompat! hehe

Perjalanan mengambil masa 20minit untuk tiba ke destinasi.




ni adalah mesin nak beli tiket di Sea World. Disana dah tiada kaunter ye.
ni ticketnya.comelkannnn






Tiket untuk masuk ke Sea World adalah $89.99 seorang. kalau beli online dapat discount lagi. kami xsempat nak beli online atas masalah kad kredit ttbe buat hal.huhu. Macam macam attraction dlm tu. ada persembahan dolphin, persembahan ikan paus (killer whale), boleh pegang ikan pari, macam macam lagi persembahan di sana. Kena stay fokus dengan time time dia dah state dlm jadual ye


syoklah cik hubby pegang ikan yu.




*Bersambung*















Wednesday, December 19, 2018

Honeymoon in San Diego Part 2

Bersambung ~

11 Julai 2018

Pagi ni abah kami ada Conference di San Diego Convention Centre. Makanya kami di pagi hari menghaviskan masa berehat di Apartment. Ada yg masih jet lag -,-". Saya dan suami sambung meneroka kawasan San Diego. Alaa, sekitar kawasan perumahan sahaja :). Seronok jalan pagi pagi. Tenang dan nyaman. Selepas abah selesai conference di SDCC, kami memulakan itinerary kami dengan melawati San Diego Zoo! San Diego Zoo ni adalah Zoo yang tertua dia US tau. Besar Zoonya. memang panas gila ditanbah pula musim Summer. Ya Tuhannn.

Oh ya. Segala transport, kami gunakan Uber dengan Lyft ye. boleh download di Apps Store. Pembayaran hanyalah Credit Card (Cashless). so make sure activatekan Credit Card anda sebelum bercuti ke luar negara. Di sana teksi ada, tapi normal la, di mana mana teksi sudah semestinya mahal!




Setibanya kami di Zoo, kami menaiki bus yang disediakan. Bus ini mengelilingi Zoo sambil menerangkan sedikit sebanyak pasal zoo. Besar zoonya.kalau mampu, berjalan la -,-. 

Ni mapnyaaa. Besar kannnn


Ni tiket masuk. Harganya $54.00 perperson. Kali 4 la :)




Selepas berjalan di San Diego Zoo seharian, kami pun pulang ke Apartment untuk berehat. Untuk makan malam, kami makan di area apartment kami sahaja. Halal dan selamat untuk rakyat malaysia nak makan. :)


*bersambung part 3*








Honeymoon in San Diego

Assalammualaikum.

Hai uols. Saya nak share my experience ke San Diego , United States of America on 9 July - 13July 2018.

Alhamdulillah. Pengalaman ke USA sangat sangat mengamit memori! Masa dia dengan kita beza 16jam ye. Kita dah masuk 10hb, dorang masih 9hb :) . The weather that time is Summer. so mmg panas lit lit lah! so get ready your sunblock! bawak banyak banyak okayyyyy ~.~

10 Julai 2018

Flight kami mengambil masa 21jam. Transit 8jam di Changi, Singapura. Kami sempat tidur di ceruk ceruk airport sebab tunggu counter United Airlines buka. huhu. Sesudahnya buka counter United Airlines, kami terus check in next flight ke San Franscisco. 16jam juga la mereput dalam flight tu nak sampai SFO T.T. Penat ya Rabbi! punggung pun kematu wooiii. Sampai je SFO, kami ditahan sejam lebih la diinterview pihak imigresen USA. sebab kami first time datang USA kan. flight pun habis missed. nasib baik la United Airlines nak replace our ticket with new ticket. Alhamdulillah selama 1jam 30min, sampai la kami di San Diego!

Muka bahagia lepas 21jam++ flight ke San diego

Sampai je San Diego Airport, kami ambil teksi dah terus ke tempat penginapan kami dia 7th Avenue Apartment by Stay Alfred (booking by Booking.com sajo) Apartment dia boleh fit in 7 orang. and the place sangat lahhh awesome! Semua perfect. Better ambil apartment dari hotel if nak pergi luar negara. Hotel mahal. Apartment murah and boleh duduk ramai ramai.












Cantikkan apartment?ohh. the apartment juga sediakan WiFi for free. so jimat data uols kan :D. i told youuu so. hehe. So petang tu, we decide to jalan jalan area our stay. seronok jalan jalan. Rasa selamat. Safety sana sangat bagus. Tapi still kena beware la. we never know apa yg bakal berlaku kan.



Our apartment di 7th Avenue Apartment


*bersambung*