Tinggalkan Jejak :D

Pages

Thursday, September 5, 2013

Hari Taaruf junior :D heeeee

I'm back ! phewwww.. lama betul kat sana. ingatkan sehari je tau. rupenya 2-3 hari jugak la kat sana. seb bek la dapat cabut balik harini. kalau tidak, kena lagi. tuk kemerdekaan pulak. Oh Tidak!!

Best memang best. penat memang penat. bengang marah sedih gembira semuanya bergaul sama rata.fuhhh mana tak nya, sampai sampai je asrama baru kat desa jati, tengah daftar ni, ada ke bro kat pejabat tu tanya saya, "kamu ni askar ke? " blink blink mata den dengo. bukannya dia nak tanya dulu unit beruniform apa ye dik. ni terus direct macam tu. apa? muka aku ada rupe askar ke???

Tunggu punya tunggu. memang dugaan betul. Kunci bilik pulak HILANG. omaigoody. saya nak merempat mana time time gini??dah la tade orang. tunggu punya tunggu, datang lak bro satu lagi bagi kunci MAIN. pastu dia tanya saya la balik awal ni ada program pape ke? saya jawab la Sispa. then bro tu jawab, sispa dah lama balik. asal baru nak balik? awak tipu ye! (dlm hati : kau ingat aku nak sangat ke balik awal???) luaran senyum jeee.ahahahaha

Naik la saya ke blok saya. tengah jalan jalan, pelik jugak tak jumpe bilik. rupenya jauh nunnnnnnnn sana bilik. terperuk kot. seram! tarik grill tak kunci, pulas tombol pun tak kunci. and guess what? 3 kipas kaki disetiap bilik tak bertutup. dengan kipas2 tu takde plak cage kat depan tu. togel je la dengan bilah kipas tu. serammmm! siyesly! hahaha (dlm hati: aku tak nak duk sini T.T)

Well, dah lama lama. rasa best plak rumah tu. tingkat satu kan. takde la tinggi sangat. dekat ngan lif and tangga. dekat ngan semua la senang cerita. Alhamdulillah. 

Dipendekkan cerita. petang tu kami turun booth sispa depan Stadium tertutup Nilai. the biggest biggest bos pergi dkp atas urusan utk menarik adik2 junior ni tuk join sispa. and as for us, decorate booth! hoyeah!! tapi tapi. bukan semua booth tu kami decorate, hanya dinding hiasan gambar2 dan moto je kami hias.

tadaaaa. ni la hasil nya. chantek tak?

Keesokkannya, kami kena turun lagi. depan dkp. dengan kalutnya kami, bersiap bagai datang la depan dewan pukul 4.30 rasanya dengan uniform lengkap. kami kena berarak dari dkp kami sampai ke fakulti ekonomi and muamalat! penat weiii. dah la naik bukit. ikot jalan songsang. teramaattttt la jauh! sabo jela~
Setibanya di FEM, kami pun bersuka ria la. haha. almaklumla, tradisi di USIM sepanjang orentasi, mesti di FEM makan sup gearbox! haha. tradisi mesti diwarisi. tak gitu?

muka kegembiraan setelah sampainya di FEM. haha!

Keesokkannya pulak (iaitu semalam), pada pukul 2.30 petang kami dikehendaki berkumpul di belakang stadium. haaa. part ni yang tak sabar ni. kena join buat gimik tuk budak budak junior ni! sempena majlis bacaan ikrar. as for our batch, setakat lari masuk and menyemak je. haha.gimik dia kat part ascending descending je :D

so tamat la sudah hari kami yang penuh gojessssss ni! okayla. penat ni. baru balik dari Nilai. so nak berehat. bye bye!

2 comments: