Tinggalkan Jejak :D

Pages

Saturday, August 31, 2013

Independence Day :D


Merdeka! Merdeka! Merdeka! oppsss. seronok melampau pulak.hikhik..

Bila sebut pasal merdeka ni. wushhh. teringat saya kat zaman kanak kanak riang ribena dulu. iyelah. waktu sekolah sekolah dulu.!! Masa sekolah rendah, mesti time merdeka ni, cikgu cikgu pakat jual bendera. Mesti punyerrrr! Alaaaa, bendera yang ada coklat bulat bulat kat dalam tu. tahu tak ? 
haaa. macam ni la. tahu kan?? femes ohhh bila time sekolah. mesti laku punyerr. sampai ada yang nages nages nak beli tak dapat. hahaha. kat sekolah jugak, teringat lagi, mesti pagi pagi buta datang sekolah, dengan cikgu la sekali, kemas kelas. hias bendera banyak3! sebab nak menang punya pasal la kan. *tp tak menang pun* sedih kan? haha.

Bila naik sekolah menengah pulak, wahhhh.. ni lagi la strong memory. semangat kemerdekaan dan patriotik meluak luak ni.haha. Masa form 2, sekolah kami nak masukkan dalam book of records malaysia la dengan buat bendera paling gergasi la kan. guess what? siang malam kami bercamping di surau sekolah bersama kakak kakak tingkatan 4 demi untuk menyiapkan bendera gergasi tu. pheww. penat. tapi best bila hasilnya! i wonder jugak masuk ke tak dalam book of records tu. hahaha. xamik tahu la plak. teruk kan? muehehe.
Masa form 4 pulak, masa ni my class dipilih oleh cikgu untuk menghias sekolah dengan bendera! well, rasa macam hebat sangat kan? takdela. cikgu yang mengajar saya tu suruh. besela bila cikgu kelas kan, mesti suruh kelas TERCHENTA bukan? hahaha. tapi masa ni saya tak pergi sebab balik. muehehe. sian dorang kena buat tanpa saya. bhahaha. *effect ke?* 

Bila naik Universiti ni. Kemerdekaan tu macam dah krikk. krikkk. krikkkkk. hahaha. semangat tu dah takde. entahla. buku sejarah,falsafah,hubungan etnik habis khatam dah. berbuku buku. bertebal tebal. tapi semangat tu tak wujud. adakah bila naik zaman keremajaan nak meningkat dewasa ni, semangat tu hilang?? kdg2 tak pasan pon merdeka. hahahaha. oh well, biasa la tu kan? ke lain? pape jela. yang penting 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 56!
yeayyy!!!

nah saya selitkan video dari adikku terchinta. video lama ni. hehe..(sorry dik,nnti akk upah gula2. :P)


Friday, August 30, 2013

Alhamdulillah a'la kulli hal :)


Heyya! This is my new blog! So kepada followers http://yanayoni.blospot.com , i'm very very sorry sebab blog tu terpaksa deactivate kan. or senang kata di DELETE. atas sebab sebab yang tertentu. haha. blog tu banyak kenangan pahit kelat melat manis tawar payau semua la. haha. So, saya decide nak tutup blog lama, and bukak yang baru.macam life jugak la kan. life must go on and never turning back.kalau dalam melayunya bak kata pepatah, "buang yang keruh,ambil yang jernih" *eh betul ke tidak eh peribahasa tu?*


Alhamdulillah. Alhamdulillah. I'm back for blogging. Wah rindunya berblog. Selama 2 bulan lebih just wandering blog orang pun, dah rasa macam nak back into berblog. sumpah rindu! 

Hari ni excited lelebih sebabnya macam macam great things happened! sampai termimpi mimpi haaa dibuatnya. muahaha. 

EVENT 1:


nampak tak yang kat atas ni? hehe. ini adalah kontinjen USIM yang menyertai perhimpunan kor sispa kali ke 4 di UTHM, batu pahat JOHOR. Alhamdulillah, kontijen kawad kaki telah berjaya merangkul tempat pertama :D excited tak tak? Alhamdulillah. kami pon tak menjangka sebenarnya. Sebab disebalik kejayaan kami, kami terpaksa menempuh pelbagai onak duri mara bahaya tau! perghhh bahasa. sastera gitu :P . dalam masa 4 hari kami berlatih, memang hitam legam dah la kami. Kami didenda masuk seorang demi seorang bawah bas kerana terlupa rentak kawad, didenda duduk dalam longkang setiap kali masa berehat, berlatih tanpa henti sampai tumit peha betis macam dah hilang segala deria, kami diuji dengan kekurangan ahli kontijen, ada yang nak tarik diri. Allah. masa tu berjurai jurai air mata. tak terhingga. hanya Allah saje yang paham perasaan kami semua dan Alhamdulillah, atas nikmat kesabaran, Allah berikan kami JOHAN tanpa kami sangka.seronok sangat :D

okay, itu hadiah kami :D yeah! yang diwakili oleh kontijen Melawan Kebakaran. mereka ni juara di hati Sispa Alpha 05 walaupun tak berjaya dalam pertandingan ni. opsss. hampir terlupa, Kontinjen Explorace mendapat tempat kedua dan USIM berjaya merangkul tempat kedua bagi keseluruhan. *clapping*


EVENT 2:

Di pagi yang indah hari ini, sedang saya bergolek golek senang hati di atas katil (qhada' tidow.muehehe), saya pon gatal tangan la bukak lappy yang dah berhabuk habuk ni. sian baby lappy ni diabaikan. huhu. dengan tak terfikir result keluar harini, dengan slumbernya saya bukak portal usim dan terus klik examination result. PLUUUUUPPP!


 terkejut jugak la mula mula. sebab tak expect boleh bukak dah kan. bila tengok result tu, seronok sangat. pointer tu agak sedih la jugak sebab lagi 0.01 je nak 3.00 kan? tapi yang seronoknya sebab takde repeat paper! Alhamdulillah. D tu digalakkan repeat, kalau tak nak pon takper. lets say kita anggap je dia lulus. okay? haha.

EVENT 3

tadaaaa! ni la yang last sekali. haha. tak sangka plak boleh edit header secantik ni. heeee. ttbe rasa nak buat blog balik, so ini la yang terhasil. weeeeeee.enjoy  ! :D