Tinggalkan Jejak :D

Pages

Showing posts with label peace. Show all posts
Showing posts with label peace. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Kain pasang from Bandung for sale :D

Assalammualaikum semua XD

Hari ni saya nak promote sikit ni. mai mai dekat naaaa. heee.
Actually, ni kawan punya barang, saya tolong tolong promote jah. apa dia? jom tengok sampai abes :D


Kain pasang. jenis: Cotton. RM60 exclude postage.


Kain pasang. Jenis Cotton. RM60 exclude postage


Kain pasang. Jenis Satin. RM60 exclude postage

Kain pasang. Jenis Cotton RM60 exclude postage

Kain pasang. Jenis Satin RM60 exclude postage


Haaaa. amacam?blink blink tak mata? haha. moh la beli.. 
berminat? 
boleh la whatsapp or msg num di bawah ni.
SERIUS BUYER ONLY OKAY?

sis audi  : 0136288487






Friday, October 11, 2013

Berbaik sangkalah dengan Allah


Assalammualaikum :)

Pernah kan korang semua rasa macam ni ? Pernah kan korang tak dapat apa yang korang hajati kan? Saya percaya semua orang pernah. termasuklah saya :).

Saya pernah nages kekecewaan. Saya pernah salahkan Allah. kenapa saya diuji seberat yang saya sendiri tak mampu nak tanggungi. Saya sendiri pernah mengeluh sebab saya penat berdoa macam macam, tapi tak dapat dapat.

Bila one day, kawan saya bercerita kat saya mengenai nasibnya, saya terdiam, saya terkelu.. baru saya realize. Ya Allah, berdosanya aku salah sangka pada-Mu... Dia tak bagi apa yang kita nak terus, tapi Dia nak kita berdoa pada-Nya, berusaha untuk mendapatkan sesuatu, ikhtiar dan  tawakal. Allah rindu nak dengar keluhan dan rintihan hamba-Nya. macam contoh kat atas tu. Baikkan Allah?

Allah tak makbulkan doa kita terus,sebabnya Dia nak uji hamba-Nya dengan sifat SABAR. dengan bersabar, kan besar nikmatnya! bila one day kita dapat apa yang kita nak bila kita sabar, fuhhh. tak tahu nak kata betapa seronok + gembiranya! kan? :D Allah sayangkan kita, sebab tu Dia tak bagi apa yang kita nak tu terus, Dia Maha Mengetahui akan sesuatu yang kita tak tahu. Manalah tahu, benda yang kita nak tu mendatangkan mudarat kepada kita? kan? Sabar jela. Allah tak kejam. Allah tak zalim. bukan Dia tak nak makbulkan, cuma Dia lewatkan sikit je permintaan dan doa kita. :)

"Jihad (holy fighting in Allah's Cause) is ordained for you (Muslims) though you dislike it, and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know." (surah albaqarah:216)

translate:

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(surah albaqarah:216)

Kalau Allah tak makbulkan doa kita, cube realize balik, duduk, flash back balik diri kita ni. Ada tak maksiat yang kita lakukan?kalau ada, istighfar banyak2, buat solat taubat, berazam tak akan lakukannya lagi. In sha Allah,Allah akan mempercepatkan doa kita. Sesungguhnya, taubat sebenar2nya adalah taubat nasuha. Berazam tidak akan ulangi dosa yang lalu :)

Jangan pernah mengeluh dengan ujian Allah. Jangan pernah kata Allah tak adil. Orang ni Dia bagi, aku Dia  bagi ujian. Jangan. Jangan Jangan. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah takkan uji hamba-Nya kalau hamba-Nya tak mampu nak tandinginya. Allah tahu apa yang kita mampu. Allah uji kita tandanya Dia sayangkan kita. Dia taknak kita leka. Dia taknak kita alpa. Dia tak nak kita lalai. Dia nak kita back to Islam. Back to Al-Quran and back to Him. Baikkan Allah :') Alhamdulillah. Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah

Saya pun pernah rasai apa yang semua orang pernah rasa. Kecewa dalam percintaan? haha.. Ye, mmg kadang2 kita mengeluh, nape Allah putuskan hubungan kami.nape Allah biarkan hubungan kami tergantung tanpa tali?. apa salah kami. kenapa kami tak disatukan? sabar.. sabar.. sabar.. cube duduk. tarik nafas dan fikir. Hubungan yang belum lagi halal bagi kita kan dilarang oleh Allah.Sebaik-baik hubungan adalah hubungan yang sudah diHalalkan, iaitu Nikah. Memang kecewa kan bila ditinggalkan? bila digantungkan? tapi sampai bila nak bersedih? sampai bila nak meratap? dia bukan lagi hak kita. dia belum sah lagi jadi hak kita. jangan sedih, jangan marah.Jangan salahkan Allah kenapa dia putuskan kita, Jangan salahkan Allah kenapa dia buat kita bergaduh. Tapi bersyukur pada-Nya, sebab mungkin Dia taknak hamba-Nya terjerumus ke lembah maksiat, ke lembah zina.Mungkin Allah nak kita tunggu dulu, jaga hati, jaga iman dan tunggu masanya. Mungkin Allah dah tetapkan apa yang terbaik buat kita. Mungkin digantikan dengan yang lebih baik? wake up! and move on. jgn merayu. jgn meratap. bangun dan teruskan perjalanan. Perjalanan masih panjang. bagi yang tengah belajar tu, sudahla. setting balik niat kita. apa sebenarnya kita datang ke Universiti,Sekolah? untuk bercinta ka? atau untuk belajar? setting balik niat. fikir balik, kesiankan sikit pada mak ayah kita. In sha Allah, kalau benar dia jodoh kita, takkan ke mana. Berdoa lah. tak salah nak mintak moga "buah hati" kita tu menjadi suami/isteri kita. tak salah. itu hak kita nak berdoa. berdoalah. nak jaga hati kita untuk dia? pon boleh. jagalah. tapi bila dia bukan untuk kita, jangan bersedih.jgn kecewa. jgn meratap.Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. kalau Allah tak makbulkan doa kita, mungkin dia bukan yang terbaik buat kita. Sabar..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Biasakan mulut dengan mengucap kalam Allah.

Alhamdulillah saya diuji dengn ujian yang Allah rasa saya boleh tandingi. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya sebab tu Dia uji saya macam ni. Alhamdulillah, Allah tak sisihkan saya, kalau tak mesti Dia biarkan saya sampai saya jadi apa tah, wallahu'alam. Alhamdulillah, Allah kenalkan saya dengan buah hati saya tu. Alhamdulillah,Allah sampaikan hidayah-Nya melalui buah hati saya tu. Alhamdulillah, Allah sedarkan saya apa yang saya leka, lalai selama ni. Alhamdulillah, Allah masih menjaga kami. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.


kata kata SALAHUDDIN AL AYUBI;

1. Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuat saya KUAT.
2. Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.
3. Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah berikan FASILITAS dan TENAGA untuk BERKERJA.
4. Saya meminta KEBERANIAN dan DIA memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.
5. Saya meminta CINTA dan DIA memberi saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU.
6. Saya meminta NIKMAT dan DIA memberikan saya PELUANG.
7. Saya TIDAK MEMINTA apa-apa untuk DIRI SAYA,tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN


Moga buah hati saya menjadi seorang yang soleh, yang pandai menghormati dan menjaga kedua orang tuanya, menjadi insan yang berguna buat ummah dan islam, moga menjadi muslimin yang berjaya dan moga menjadi imam yang adil kepada isterinya dan menjadi ayah yang setia kepada anak-anaknya.Moga jodoh kita disatukan bersama.in sha Allah.. Kalau tak,saya doakan awak bahagia sentiasa dunia dan akhirat :)





Monday, October 7, 2013

syuhhh marah. syuhhhh!

marah itu api. api tu dari syaitan. syaitan suka manusia yang marah marah. mesti dia akan kata, haha! aku dah dapat geng!

Nak marah? tak tahan sabar? woooo. rileks. take a deep breath! tarikkkk! lepasss.. then senyum! kan comel :)

kalau nak marah, dari diri, silakan duduk. tenang~ kalau tak boleh jugak, dari duduk, silakan baring. tenang~
tak berjaya jugak? silalah ambil wuduk.still x berjaya? dirikan la solat taubat :) istighfar istighfar banyak2. moga Allah menenangkan anda semua. jgn mencarut pulak ye :) kalau tak berjaya jugak, apa kata buat something yang anda suka. baca buku ke, online ke, telefon banyak2 ke. tak kisah la. asalkan boleh ceria! :D

Doa banyak2, mintak Allah tenangkan fikiran, doa banyak2 mintak Allah berikan kesabaran yang tinggi. Doa banyak2 mintak Allah kuatkan hati kita,Doa banyak2 mintak Allah lembutkan hati kita tuk menjadi pemaaf dan memaafkan. ye? :) Moga ALLAH merahmati kalian ye...


Thursday, October 3, 2013

saya deactivate fb??

Dear bloggy,

  Saya dah nekad nak deactivate facebook. Saya dah malas nak online. Saya dah malas nak bazirkan masa duk depan laptop dan online je keje. Ye, I'm admit, fb banyak information, fb banyak esaimen yang orang post dalam tu. tapi fb ni dah macam hantu dah bagi saya. ralit tau. rasa macam hari hari nak online. rasa macam hari hari nak tengok notify. sampai habes kredit sbb nak online jekk. buang masa. buang masa. buang masa!!!! hohoho..
biarlah orang kata saya tak social, biarlah orang kata saya duduk di bawah tempurung. biar lah biarlah. biarlah orang kata, kalau pakwe kau menggatal tanpa pengetahuan kau kat fb camne? biarlah. kalau dia betul sayang dan setia kat aku, dia takkan buat. betul tak? saya nak berubah. no more me yang dulu. kalau my brother boleh hidup tanpa fb, why can't i? betul tak?

ni pendapat i, kalau tak setuju, ikut suka la ye. hewhewwww.

Dear bloggy,

Saya cuma ada hanya blog. Saya cuma ada number maxis.. ini je yang saya nak pertahankan. 
Saya nak bercerita that's why saya buat kali kedua blog ni. hoho..

jangan salah sangka ye. saya berubah bukan kerana sesiapa. saya nak berubah demi kebaikan diri saya sendiri. that's why i wanna change. 

off from the keyboard.

Thursday, September 19, 2013

Peace

I don't want anything. I just want peace.
I don't want you. I don't need you.Just leave me alone for awhile
I'm not myself. I'm lifeless. No life
I'm not a puppet nor a zombie. I have a heart and feelings. and yes! they do work
loyal. for every minutes and seconds
and you
hurting them more and more.killing them, breaking them into pieces.
Oh stress. I'm begging you. Please don't disturb me.
Can't you be nice with me even for a minute? 
I'm tired of being stress..i don't wanna. I want peace!



Inner peace! inner peace....