Tinggalkan Jejak :D

Pages

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Thursday, September 14, 2017

Backpack ke Hatyai, Thailand Part 2

9 September 2017


Kami bangun seawal 5 pagi jam Thailand (6 pagi di Malaysia) bagi menunaikan solat fardu subuh. Setelah itu, kami berehat dan pada jam 7 pagi, kami turun ke pantry hostel untuk breakfast. Breakfast kami disitu hanyalah roti kosong dan jem. Air kopi/koko hendaklah dibancuh sendiri. "self service"

lagi sorang payah nak bangun, maka ada 3 cawan jela.hahaha
Setelah kenyang bersarapan, dan jam menunjukkan pkul 9 pagi, kami pun berjalan ke CHAN TRAVEL untuk aktiviti kami pada hari ini

CHANG PUAK CAMP

Kami tiba disini pada jam 10.15 pagi. Agak jauh jugak sebenarnya dari tempat kami tinggal ke sini. *padanlah harganya 500baht utk satu tempat, mmg berbaloi sbb jauh sgt perjalanannya*

Tibanya di pintu gerbang Chang Puak Camp, kami bergambar dulu.

no filter hokayy. haha
Disini terdapat pelbagai aktiviti, antaranya ATV, naik Gajah, Memanah, Menembak, Crocodile Show and Elephant Show. Untuk ATV dan naik Gajah, satu aktiviti ini berharga 500 baht, manakala memanah pula 10 anak panah bersamaan 150baht dan menembak berharga 100baht.
Disana terdapat pakej A dan pakej B yg mana telah merangkumi semua aktiviti ini. Harganya sebanyak 1000baht.




Kami decide untuk main 2 game sahaja. yang perempuan hendak menaiki gajah, manakala yg lelaki hendak berlumba ATV. haha. pengalaman menaiki gajah amat menyeramkan sebenarnya. Gajah yang kami naiki masih muda. dan sangat kuat merajuk! Perjalanan kami mengambil masa 30 minit dengan laluannya meredah hutan. Tibanya dia kawasan tasik, gajah tersebut dikehendaki melintas tasik tersebut. Gajah kami hanya berjalan separuh sahaja di dalam tasik tersebut. dan berhenti sangat lama. Tuan kepada gajah tu puas memujuk gajah tersebut untuk bergerak namun gajah tu tetap berdegil. dalam hati kami hanya Allah je yang tahu apa kami rasa. dalam hati jangan la gajah tu mengamuk baling kami masuk dalam tasik tu. tasik tu dalam!

Setelah tuan itu memujuk gajah tersebut, akhirnya gajah tu mengikut arahan. Kami selamat tiba di tempat permulaan. Sumpah, itu la first and the last saya merasa naik gajah. lepas ni tak mahu dahhhh! kesian + takot!

Lelaki pula baru memulakan perlumbaan ATV nya, yang mengambil masa 40 minit melalui jalan hutan. jalannya kurang mencabar berbanding di Malaysia kata mereka. well, u guys boleh try rasa and compare kot?



Setelah puas beraktiviti di Chang Puak Camp, kami pun meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya....

SAMILA BEACH, SONGKHLA

Yeszaaaa, tempat orang kata viral la. pantai di Samila,Songkhla yang terdapat patung mermaid bercanda di pantai. haha. Honestly, kami berempat tak selfie dgn patung tu sbb patung tu seksi sgt~ Little mermaid dalam disney pun pakai cangkerang tau nak cover! ni mmg terang tang tang maluuuu~~

Suasana di Samila Beach ni agak tenang, ramai pengunjung, dan sesiapa yang ingin berkelah pun boleh. Jangan lupa bawak tikar dan makanan utk picnic ya! hahaha. Di Samila Beach ni, terdapat banyak kuda yang boleh korang naik dan mereka membawa anda untuk pusing di area Samila Beach


suasana di Samila Beach
Heyyy, dah sampai Hatyai, rugi la kalau uols tak food hunting kan! hahaha. dekat area walking street mereka ada kedai tepi jalan jual makanan and barang. Ada jual somtam, kerabu maggi, sosej, barang kraftangan, souvenir and macam2 lagi.

kerabu maggi dia superb


somtam dia masam2 kaw kaw
Kami pun bergerak ke destinasi seterusnya setelah masing masing kekenyangan. Jarak perjalanan kami jauh  dan makanya, masing masing ketiduran dalam kereta sementara tunggu tiba di destinasi.

HATYAI CABLE CAR

Yang ini kami tidak jadi pergi kerana bas untuk membawa kami ke hill untuk ke cable car lambat.. jam 2.30 ptg baru hendak dibuka. Untuk jalan kaki? mmg wasalam je laaa mu nanti!! dan memandangkan hari hendak hujan, kami pun minx untuk pulang ke hostel untuk berrehat,

Kami tiba di hadapn hostel dan pulang ke bilik masing2 untuk berehat. Pada jam 5ptg, kami berjalan kaki di pekan ini berniat untuk singgah di mall2 untuk mencuci mata. Setelah pelbagai mall kami singgah, kami nekad untuk melihat apa yg menarik di Kim Yong Market.

Kim Yong ni ibarat pasar malam.Tidak banyak yang menarik yg ada disitu.  Kami berjalan sehingga terjumpa lagi kawasan lapang seperti uptown di setapak. Cuma makanan disini ada yang halal, ada yg ada Pork. So berhati hati la semasa membeli.

Kemudian, kami mengambil tuk tuk untuk travel ke ASEAN NIGHT market yang mana, perjalanan kami mengambil masa 20minit.Asean night market dibuka setiap hari pada jam 3ptg sehingga 9malam. Kawasannya agak bersih dari sampah dan paling menyeronokkan, di sini semunya makanan Halal! maka jangan ragu2, silakan membeli dan makan ye!

tomyam dia superb!

Tamat part 2.

*bersambung*

Wednesday, May 4, 2016

Travelog Mahabbah Ke Perth, Australia Part 2

*sambungan*



18 OGOS 2015


Selepas subuh, aku, Hawa dan Wahida telah bercadang untuk berjalan jalan di sekitar luar kawasan Malaysia Hall. Suasana ketika itu sungguh tenang dan nyaman. Pukul 6 pagi, ramai orang telah keluar dari kawasan perumahan untuk ke tempat kerja malah kedai kedai runcit juga telah beroperasi pada pukul 6 pagi. Awal tak awal dorang bukak kedai? :D  Mereka juga peramah orangnya. Pekerja yang membawa barangan groceries pernah mengucapkan selamat pagi kepada kami sambil tersenyum.haha.


 





Perth CBD



ke stesen bas

Gambar sebelum kena kejar dengan orang mabuk -,-

Bas di Perth dipanggil CAT. Terdapat 4 warna, BIRU (BLUE CAT) , MERAH (RED CAT), KUNING (YELLOW CAT) dan HIJAU (GREEN CAT). Ini laman web untuk tahu route bas. Semua tempat boleh sampai jadi jangan risau sesat ye :D


Selepas puas berjalan di pagi hari di sekitar bandar Perth, kami pun pulang ke kediaman untuk bersiap dan bergerak ke University of Western Australia :D


muka masing masing busy bincang itinerary



UNIVERSITY OF WESTERN AUSTRALIA

University of Western Australia adalah universiti yang tertua di Perth. University ini terbuka untuk sesiapa nak datang melawat. Bahkan, nak masuk kelas dia nak dengar lecture pun boleh :P *kalau tak malu la* HAHAHAHAHA


hadapan pintu masuk UWA














bergambar dengan pelajar Malaysia yg belajar di Perth



KINGS PARK AND BOTANIC GARDEN, PERTH


Haaa kings park ni pun menarik jugak kalau sapa sapa yang berminat nak photoshoot nice scenery. Dia ada jambatan kaca which dinding je kaca. jalan dia biasa je. Tapi ketaq lutut mak oiiiiii scary kot dengan angin kuatnya.... Dekat sini kami melakukan aktiviti "Street Dakwah" yang mana kami menemu ramah sesiapa sahaja di Kings Park ini. Soalan kami kepada mereka berkenaan ISU Penerimaan mereka terhadap orang muslim di Perth, dan sejauh mana mereka memahami wanita berhijab :D *video nanti dah siap akan diupload di Part yang terakhir ye :)*






jambatan kaca




rakaman untuk hari kemerdekaan
sesi menemuramah pengalaman rakyat Malaysia yang telah menetap disana

Menemuramah rakyat Australia mengenai pendapat mereka

Street dakwah bersama rakyat Australia

MALAM BERSAMA MYPSA-WA (Postgraduates)



Disini, kami sempat berkumpul bersama mahasiswa mahasiswi Malaysia yang belajar di Perth. Kami berkongsi pendapat dan pengalaman dari mereka sepanjang berada di Perth. Sepanjang mereka di Perth, mereka terpaksa belajar sambil bekerja bagi menampung pembelajaran mereka yang agak mahal.. Ada juga  diantara kami yang meminta tips untuk belajar di sana. HAHAHA. berangan lebihhhh.. 








*bersambung*



















Wednesday, April 27, 2016

Travelog Mahabbah Ke Bumi Perth, Australia part 1

Assalammualaikum and hi everybody!


Harini I'm going to story mory about my experience to Perth Australia. 

Actually, cerita ni tahun lepas punya, 17 Ogos to 22 Ogos 2015. Aktiviti ini disertai oleh 13 orang bersama seorang pensyarah pengiring. Travel agent kami adalah Jutawan Tours :) *boleh google or instagram kalau berminat nak travel Perth and need the guide and a PHOTOGRAPHER hebat.hihi*


17 OGOS 2015



Oh lupa nak mention, kami adalah GROUP PERTAMA dalam kumpulan GISO FST yang akan pergi melakukan aktiviti kami. *bangga jap*

Kami berada di KLIA 2 pada pukul 8 malam, yang mana penerbangan kami ke Perth pada pukul 12 am. Tibanya kami di Perth pada pukul 5.35 am. Perjalanan kami memakan masa hampir 5jam. kebas punggung oi duduk dalam flight.HAHA. Waktu di Perth adalah sama dengan Malaysia, bezanya adalah waktu siang dan malamnya. Kalau pukul 7.30, Malaysia baru maghrib, kami pukul 5.30 dah maghrib di Perth. Masa tu pulak musim winter. Malam lebih panjang dari siang :) Suhu winter di Perth adalah diantara 7-10 darjah celcius manakala disebelah malamnya boleh mencecah 0 dan negative darjah celcius. Bayangkan betapa sejuknya walaupun tiada salji :D

Tiba di Perth International Airport


Bergambar dihadapan Malaysia Hall Perth


Penginapan kami di Malaysia Hall Perth. Malaysia Hall Perth ini memudahkan untuk pelajar Malaysia yang belajar di Perth untuk menginap atau pelajar/rakyat Malaysia yang ingin ke Perth. Caranya ialah, bukak laman web Malaysia Hall Perth . Pilih tetamu/pelawat (orang awam& pelajar). Isikan dan nanti tunggu email akan dibalas oleh warden di Malaysia Hall.
and perlu diingat di Perth, mereka memerlukan VISA. so, kena buat visa ye before departure to Perth. kang tak memasal kena tahan dekat imigresen Australia. haha

disini adalah harga untuk penginapan di Malaysia Hall Perth

and dekat Perth International Airport, procedurenya tersangatlah ketat! Makanan adalah strictly prohibited! nanti sebelum depart, the steward n stewardess ada bagi borang untuk declare foods & drugs. kalau nak selamat yg pasal makanan tu, korang tanda je yes, kalau dia tahan, and ada makanan yg korang bawak tu, if yes, korang selamat. if no, habisla korang kena tahan berjam2 and need to pay saman la ofcoz!

saman dekat Australia tersangat la mahal. yah, their salary and taraf hidup pun tinggi. thats why!



Caversham Wildlife Park

Setibanya kami di Perth, Australia, kami meneruskan perjalanan kami ke Caversham Wildlife Park. Caversham ini sejenis zoo di Perth yang mana, kebanyakkan binatang mereka hidup bebas. Harga tiket untuk memasukki Caversham adalah AUD21 untuk dewasa dan kanak-kanak AUD12


Peta Caversham *ihsan google*



kena buli jadi kanggaru




depan pintu masuk.



Arif sedang bagi kanggaru makan :D

Ini Sya :D

Ini burung liar dekat luar Caversham ye


Beruang koala tidur 23jam sehari. 1jam je dia bangun T_T

This is our guide in Caversham. Her name is AMY :D


The Margaret River Chocolate Factory

Haaa,.. Siapa yang Chocolate LOVERS! anda wajib pergi ke sini tau :D Sini dia jual plenty of chocolates! tanya dulu before beli ye :). Pastikan yang HALAL boleh dimakan.hehe

Ini free testimoni. Eat as much as you can. Its free

menarik kan? 

Dalam kedai

Dihadapan kilang Madu, jem, olive


Pelbagai jem, madu, olive yang dijual


Bergambar di kebun anggur yang kering



Makan di Charcoal Chicken

Haaaa, charcoal chicken di Perth kebanyakkannya HALAL ye :D mostly tukang masak dia orang Arab yang merantau stay di Perth. hehe. Kedainya Charcoal Chicken Express Dianella




nampak sedap kan ? :P

Solat di Masjid At - Takwa


Alhamdulillah. Kami bersolat di Masjid At- Takwa dan membantu mengemaskan bilik bilik pengajian di Masjid At- Takwa yang serba kekurangan dan membantu mengemas rak serta telekung di dalam masjid. Alhamdulillah semoga semua mendapat pahala :)


Masjid At-Takwa



















*bersambung*