Tinggalkan Jejak :D

Pages

Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Monday, September 11, 2017

Backpack ke Hatyai, Thailand Part 1

Assalammualaikum! Hai Bloggers! 


Harini yana nak share pengalaman yana pergi ke Hatyai menaiki Train ya.

First of all, planning dulu berapa hari korang nak travel ke Hatyai. Macam trip kali ni, yana bersama 3 lagi orang kawan (bermakna kami semua seramai 4 orang) telah memilih tarikh 8 September 2017 sehingga 10 September 2017


Kami telah booking tiket train ETS pada 7 September 2017 pada pukul 11.40malam dari KL Sentral ke Padang Besar. Sewaktu itu, ETS mengalami gangguan teknikal dimana kami dikehendaki menaiki bas yang disediakan ke Stesen Sungai Buloh untuk menaiki ETS. Kami tiba di stesen Sungai Buloh pada pukul 12 pagi dan menunggu ketibaan ETS yang agak kelewatan 30minit.

muka masing2 bila kena tunggu ETS di Sungai Buloh


 Tibanya ETS di Sungai Buloh, maka perjalanan kami bermula dan kami pun tidur akibat keletihan.

Alhamdulillah, kami tiba di stesen Padang Besar pada pukul 6.15 pagi 8 September 2017. Kami pun terus menunaikan solat fardu subuh di surau berdekatan dan menunggu kaunter tiket buka. Jangan risau, kedai makan jugak ada di stesen if kelaparan. Untuk makluman, train ke Hatyai akan ada 2 kali sahaja begitu juga train dari Hatyai.

Image result for time schedule for hatyai train from padang besar

boleh rujuk gambar di atas ni. boleh dipercayai. Tapi make sure datang awal dari estimate time ya. Kalau boleh 2 jam awal sebab nak lalu immigresen malaysia dan thailand lagi. bak kata polis bantuan tu, kalau boleh jangan beli train tiket dulu takot nanti sangkut di immigresen mengenai isu ptptn or others loan yg berkait dgn CCRIS. tiket train boleh beli kemudian, tapi risau lambat jela~
Kami separatekan, dua orang pergi beli tiket manakala lagi dua orang beratur utk ke immigresen. Untuk pengetahuan, kalau mahu ke Hatyai pada weekend, kena sedia maklum ya bahawa orang terlalu ramai nak ke Hatyai sampai naik tren terpaksa berdiri dan bersempit2. kalau mahu duduk, make sure datang awal, booking tiket awal dan beratur pun awal.


masa dalam ni ikot waktu THAI ya. satu tiket 70 baht
selesai kami melalui immigresen, kami pun masuk train and cari seat. oh ye, train ke Hatyai hanya ada 2 koc sahaja ye. paham paham jela kecil nya macam mana xD


muka masing2 dapat naik train hatyai

Perjalanan memakan masa dalam 45minit dengan dua kali berhenti. Berhenti di Padang Besar Thai dengan Khlong Stesen. *Jangan turun pulak ye*

Pada pukul 10.00 pagi (Waktu Thai), waktu di Thailand lewat sejam dari Malaysia ya, kami selamat tiba di Hatyai. yeay alhamdulillah


ini gambar di dalam hatyai stesen

Kemudian kami berpakat untuk pergi checking ke hostel kami yg telah kami booking di booking.com. Hostel kami bernama WE HOSTEL HATYAI. for the first time sampai sini, ofkos la takde hala tuju kan. mula2 kami decide nak jalan kaki je sebab kalau ikot google map yg telah kami kaji di KL, perjalanannya hanya 6minit sahaja dari train. Memandangkan masing2 tidak mempunyai data, kami pun sepakat untuk amik tuktuk. Tapi diingatkan ye, kalau nak minx tuktuk hantarkan ke hostel, lebih bagus tunjukkan mereka alamat dan nama hostel ya. macam kami mula2 amik tuktuk, kami sebut WE HOSTEL, tapi tuktuk faham V HOSTEL. tak memasal burn 20 baht seorang. tah mana mana tah dia bawak kami masa first amik tuktuk tu. alhamdulillah, tuktuk kedua yg kami tahan, orangnya sangat jujur dan sangat tabah cari hostel kami.

Ini logo hostel ye

Harga hostel untuk semaam.
Sapa sapa yang nak booking hostel ni, please beritahu tuk tuk untuk drop kan korang di LEE GARDEN PLAZA ye. yang mana location WE HOSTEL ni hanya la opposite je. LEE GARDEN ni kebanyakkannya tuktuk tahu sbb tempat ni mmg famous pun. Alhamdulillah, hostel ni sangat best. Layanan tuan hostel ni sangat peramah. kami siap buat macam rumah sendiri sbb selesa sangat. Wifi mereka sangat laju. so jgn risau pasal wifi. :). Oh dia sediakan breakfast. jgn expect buffet la ye kalau dah nama pun hostel :P

Selepas check in masuk ke hostel, kami tinggalkan beg dan keluar untuk mencari sim kad. kami mencari sim kad tersebut di Lee Garden Plaza yg terletak di belakang WE HOSTEL HATYAI. Di Lee Garden Plaza, anda boleh turun escalator dan di sebelah kiri anda terdapat kiosk menjual phone. Di kiosk ini adalah milik seorang lelaki yg berasal dari Selangor dan bekerja di Hatyai. Pakej Simkad yg dijual ada banyak. Saya lebih tertarik pada pelan DTAC dimana harganya 150 baht, boleh dijadikan hotspot dan datanya unlimited. Alhamdulillah, semoga brother syam dimurahkan rezeki. Bagi para lelaki yg ingin solat jumaat, masjid yg berdekatan adalah di Pakistan Mosque. bahasa yg dituturkan dalam bahasa pakistan ya -,-

ni sim kad dtac
Selesai dengan plan telco, kami pun lunch di Food Factory di aras yang sama.  Disini terdapat satu kedai yg menjual makanan halal. Oh ye, jgn risau mereka kebanyakkan boleh bertutur dalam bahasa melayu dan inggeris. tapi bahasa melayunya lebih kepada dialek kelantan siam ye :) Di Food Factory ni, mereka menggunakan konsep kad tambah nilai. bila kita nak beli makanan, kita kena topup kad tu dulu. so depends on korang la nak topup berapa. Kami order Nasi Ayam yg berharga 50 baht seorang. Boleh tahan sedap juga nasi ayamnya~

Kemudian, kami berjalan kaki diluar Lee Garden Plaza. Kami meronda pekan Hatyai ini untuk mencari travel agent yang murah untuk bawa kami utk aktiviti keesokan dan ke Floating Market. Kami telah survey banyak tempat dan alhamdulillah, kami tertarik untuk memilih CHAN TRAVEL yg berdekatan dengan hostel kami. layanan mereka bagus. tawar menawar jugak mereka terima. transport yg mereka berikan ada sebuah kereta ya! ada aircond lagi. Alhamdulillah berbaloi.

Chan travel agency

Aktiviti yang kami minta adalah ke Chang Puak Camp, Samila Beach dengan Hatyai Cable Car. so setiap satu tempat ni mereka cas kami sebanyak 500baht. so total 3 tempat adalah 1500baht untuk 4 orang. Kami juga telah minta agency ini menguruskan aktiviti kami ke Khlong hae Floating Market pada pukul 4petang. Kami dapat menawar sebanyak 400baht untuk satu kereta and untuk return ya. kira murah dari ambil tuk tuk yg boleh mencecah harga 800 baht untuk pergi sahaja.

Currency di sana untuk mata wang malaysia bersamaan 7.80 baht. yang terujanya, semua money changer mereka diletakkan dengan harga yang sama.

Setelah selesai, kami pulang ke hostel untuk berehat sebentar menunggu sehingga pukul 4 petang untuk ke Khlong hae Floating Market.


KHLONG HAE FLOATING MARKET

Seperti yang dijanjikan, kami dibawa oleh travel guide untuk ke lokasi. Tibanya kami di lokasi, kami dibenarkan untuk berjimba sampai pukul berapa pun. ASALKAN GEMBIRA! haha
Floating market buka dari jam 3.00 petang sehingga 7.00 petang (waktu Thai)

excited tgok depan mata sendiri
Pintu gerbang


Kerabu maggi dia 30baht. ketam goreng ranggup 20baht. air cawan tembikar tu 30baht


cawan air harganya 30 baht

Dah kenyang perut, kami pun pulang ke hostel untuk berehat bagi mengumpul tenaga untuk aktiviti malamnya pula.

Setelah berehat, kami keluar ke area Lee Garden Plaza untuk melihat bazar2 disitu. Kami telah membeli sepiring udang goreng berharga 200baht, cucur udang besar sekeping berharga 50baht (kami beli dua), cakoi 20baht,pulut mangga 100baht dan aiskrim kelapa 50 baht.






*Tamat Part 1*

Bersambung~


Monday, July 28, 2014

i really miss her and and selamat hari raya!

Selamat hari raya. hari untuk kita bersuka ria, setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini *menyanyi*

eh heyya bloggers!

alhamdulillah. kini kita dah masuk dalam bulan syawal. habes sudah bulan ramadhan
terima kasih wahai ramadhan, aku berharap, kalau panjang umur dan ada jodoh kita ,kita bakal ketemu lagi. in sha allah. semoga Allah mengizinkan aku untuk berjumpa dengan bulan yg penuh barakah itu lagi

Ramadhan yg pergi ditangisi
Syawal yg tiba dirai

yup, dalam kita bersedih kerana Ramadhan yg telah pergi membawa diri, kita juga perlu bergembira kerana telah beroleh kemenangan dalam menangani nafsu kita. betul tak? ermm. so, apa kaitan tajuk diatas dengan apa yg aku tengah taip sekarang ni ye? haha

Okay, sebenarnya, dalam aku tengah bergembira nak meraihkan hari first syawal pada keesokkan harinya, tibe tibe datang mood sedih aku merindukan seorang sahabat yang boleh katakan rapat sangat. dari zaman tamhidi sehingga ke sekarang ni. sapa dia? jeng jeng jeng


i miss Adibah faizah so much
ohoi diba. nak kata beday kau, lambat lagi beb. beday aku dulu kot. haha. tapi nape la aku rindu kau sangat sangat ni wei! rasa macam nak pergi rompin sekarang and hug you la beb! *eh,tah tah kau balik kelate*

Diba, the first girl i've met when i'm enter the first lecturer hall. the first subject is quran sunnah which is in arabic language. dengan blur blur nya aku masuk, without knowing who they are, where the heck is group 9, where i should go after this, tapi dengan kuasa Allah and mungkin rezeki aku barangkali, i sat beside her. aku ni dah la pemalu masa tu. nak bertanya sangat la berat mulut. and she was the one who break the ice and asking me what's my name and which group i was in. and sekali lagi, my luck mungkin, i got the same class with her, which aku tak akan sesat lagi mana nak pergi lepas tu.

Diba la yg setia menemani aku.teman aku beli buku. pergi ke kelas sama sama. duduk dalam lecture hall or tutorial class pun nak sebelah menyebelah. aku sesat pun, dia la yang guide. well. budak baru yang masih noob dengan kawasan usim la katakan. Alhamdulillah He gave me Adibah yang tak pernah jemu nak bantu aku

Diba, she is very hardworking girl. Sometimes dia ni manja sikit.haha. cepat stress bila tak dapat figure out solutionnya.and akan keep on trying sampai dia dapat jugak. she's counterphobia *tatahula kalau masih lagi sekarang*  haha. aiming aku to be with her until in degree. but i failed to enter chemistry subject and i got computer science subject. which was made us more far apart. Again, Allah bagi and rezki aku lagi, i got a room in Kolej kediaman which my room is near apart with her room. i'm so happy eventhough tak sama kelas, tapi still can meet each other.and still now, kami in sispa. which in the same uniform.

Yup, aku kinda miss her. bangun pagi pagi, terus pergi bilik dia. landing suka suki atas katil dia yang dah siap cantik tegang cadar. and aku kedebom je katil dia.haha. kacau dia tengah study by staring at her deeply sampai dia rasa annoying mungkin. Masuk bilik  dia dengan suprisingly sampai dia terkejut. hahaha. jahat jugak aku dekat dia ni. calling her kecik :P pernah once. sorry! join dia and her roomates makan sambil tengok movie. kuar jenjalan sesama naik kereta shedan sampai aku kena marah and dia xkena *pilih kasih oh shedan tu*. gossiping, dia dengar masalah aku. nages aku sampai lebam mata ni. kena marah dengan ex ehem aku dulu sebab aku decide nak teman dia bukak pose.*sian kau kan dib*.kenalkan aku who is yassin. ehh. haha. tolong perabihkan choc cake yg si yassin bagi. haha *opss*

Yang paling aku salute kat diba ni, biarlah apa pun yg berlaku, she is very determined girl. never give up in her life. even heart breaking. even tragedi melanda, dia tetap move forward and tak toleh kebelakang. i wonder when i will be like her. cuma ada sekali tu la, siyesly aku cakap, aku tak pernah tengok dia menangis. no naah,cume ada once tu je, dia datang bilik aku. aku cam terkejut gak walaupun itu kebiasaan kitorang datang bilik tanpa mesej dulu.dia datang dekat, sitting in front of me, tanya aku camne aku jadi kuat. camne aku boleh ceritakan benda yg mungkin buat aku boleh menangis tapi aku tak menangis. aku diam, and baru nak cakap, aku nampak air mata dia gugur. masa tu, aku terkedu. tak kata apa apa. and i let her cry and cry. seriously i don't know what to do and aku ni bukan jenis yg pandai pujuk orang.bila dia nages, aku cube jugak pujuk. comfort her. ceritakan apa yg perlu dia tahu. give her spirit to move on.

Seriously bagi aku, diba seolah macam adik aku. seorang yg need attention. haha.aku kalah kot dengan pujuk rayu dia. wohoho. takkan ada aku kata no at her. melainkan aku akan kata, okay, tengok la dulu kalau betul betul aku tak boleh pergi. sebab aku taknak kecewakan hati diba. sebab aku dah pernah tengok dia nages sebab kecewa, mana mungkin aku nak tengok dia kecewa lagi.

heyyy dib. aku nak mintak maaf sepanjang perkenalan kita ni, aku pernah marah kau ke, cubit kau, perli kau ke, usik kau, buat kau terasa hati ke, aku mintak maaf ye. dib, without you, aku rasa aku tak mungkin sejauh ni. struggling hard to achieve everything i want. maaf ye sebab aku dah tak commited dengan sispa. tak pergi kursus pun tak bagitahu kau. leave you alone like that. maaf. aku dah tak boleh nak follow up dengan sispa. so, kau teruskanlah perjuangan kau tanpa aku ye. kursus akan datang pun aku tak boleh nak make it, tapi its okay, aku akan cuba lawat kau kat ukm masa tauliah nanti. <3
heyy si tempedansambalkicap! haha. jangan tukar link blog, and jangan pernah berhenti blogging sebab aku nak tahu perkembangan kau tau adik comel! hehe. loveyousomuch dib! aku rindu kau. siyesly aku rindu kau!

notakaki: diba, kau jangan gelakkan aku bila baca blog ni, ni dari hati aku tau. ahaha


Saturday, July 19, 2014

Diari atau blog?

Diari - yang mana kau boleh ceritakan segala yang terbuku dihati kau dan lakarkan segala galanya di diari. Tapi awas! Kalau diambil orang, abes kantoi :3

Blog- yang mana kau boleh jugak cerita segala pahit manis payau kelat masam di blog.boleh bertukar pengalaman di setiap blogger. Tapi awas jugak! Satu dunia sedang membaca blog anda. Anda mention atau memburukkan seseorang, satu dunia akan tahu keaiban seseorang tu

Nah! Mana satu menjadi pilihan kalbu? :3 muehehe
Boleh,kedua duanya pun boleh.
Tapi nasihat saya, nak gunakan blog ni,jgn la kita ceritakan keaiban orang yg kita benci kat blog ni.malah gnekan alternatif seperti diari tadi sebagai tempat anda meluahkan isi hati yg xpuas hati sesangat tu. Haa. Kan?
So, gunakan kedua duanya dengan sebaiknya. :D
Salam ramadhan

Wednesday, June 11, 2014

Jika benar dia

Jika benar sudah tersurat jodohku
Dia jugalah yang menjadi miliku
Jika benar dia milikku
Pasti dia sahaja yg aku rindu

Jika benar dia sayangku
Ku pinta Allah tenangkan diriku selalu
Jika benar dia buatku
Ku pinta Allah jgn bolak balikkan hati ku dan hati mu

Aku tahu untuk menjadi seperti dulu
Sudah mustahil buatmu
Juga buat diriku
Begitu sukar itu
Xmengapa sayang
Yang hanya ku pinta
Kekalkan aku dalam hidupmu
Kekalkan aku dalam doamu

Maafkan aku kerana terbawa bawa
Dengan emosi yang entah apa apa
Mungkin kita sudah tidak sama
Engkau disana
Aku entah ke mana mana
Harapnya dikau tidak kecewa
Akan diriku yg selalu menderita
Semoga kau terus tabah
Untuk melalui hidup dengan diriku yg serba xkena
Maafkan aku sayang
Bukan ku bermaksud ingin pergi meninggalkanmu
Jauh sekali utk berpisah
Yg kupinta hanyalah setia
Melayan karenah aku yg mungkin lama
Cemburu butaku yg xsemena mena

Jangan pernah tinggalkan diri ini wahai sang pencinta
Sesungguhnya aku perlukan dirimu setiap masa.
Semoga bahagia dalam dakapan keluarga
Aku menunggumu hingga harinya kan tiba

*nukilan sendiri*

#AYSS#0102#1801#NLN#0408

Tuesday, June 10, 2014

Merenung

Aku merenung ke luar jendela
Tatkala hujan masih membasahi bumi
Langit pagi tidak secerah semalam
Seakan dia menangisi apa yang telah terjadi

Aku merenung jauh diluar sana
Memandang langit yang tidak seceria dulu
Seakan turut memahami isi hatiku
Setia menemani aku yang sepi seorang diri

Novel gantung telah ku tutupi
Sudahku khatamkan sebentar tadi
Senyumanku tak lekang dibibir ini
Membayangkan hero itu adalah pengarang hati

Apa yang aku perlukan? Entahh
Aku tidak tahu
Aku tidak pasti
Yang aku pasti, aku mahu pergi
Pergi ke mana?
Jauh disana. Jauh dan jauh.
Dan kemungkinan aku tak kembali

Mengapa? Bukan itu yg perlu dipersoalkan
Kau tak perlu tahu itu.

Aku perlukan sokongan
Aku perlukan bantuan
Bukan herdikan serta cacian
Yang langsung tidak memberikan manfaat
Yang langsung tidak membina semangat.
Harus kau tahu, aku perlu pergi
Ya.pergi jauh dari sini

Hidup tak senantiasa ceria
Hidup tak senantiasa bahagia
Hanya aku manusia
Yang penuh cacat cela
Yang penuh dengan dusta
Yang penuh dengan segala-galanya
Untuk kau tahu, aku hanya insan biasa

I have my own life.my own dignity. My own path.
Aku malu tatkala berhadapan denganmu
Mungkin, aku ibarat katak
Yang senantiasa terpelangkup dibawah tempurung
Tidak berusaha untuk keluar
Malah bahagia aku dibawah itu
Sehingga aku alpa
Bahawa dunia ini luas
Bahawa ilmu itu tanpa sempadan
Maka, aku cuba pecahkan tempurung itu
Tapi, aku gagal..
Ternyata aku malu
Aku malu dek kerana memecahkan tempurung yg berzaman menjadi rumahku
Ya.tempat berteduhku itu
Aku malu.
Aku malu jadi org lain
Aku malu jadi org yg kau inginkan
Kerana aku tahu. Kita tidak setaraf
Kau ibarat emas permata
Aku ibarat batu ditepi jalan
Mana kan sama.mustahil.
Mustahil batu ditepian ingin menjadi emas yang berkilauan.
Mustahil batu yang disepak orang menjadi emas perhiasan diri
Itu semua hanya la mimpi!
Mimpi disiang hari yang tak mungkin terjadi.



Saturday, May 24, 2014

Relationship

Hubungan ada kalanya indah belaka
Hubungan ada kalanya pahit likat
Tak semuanya indah.tak semuanya pahit. Kadang indah. Kadangnya pahit.

"Ah.aku tak mahu ada pahit dalam hubungan aku. Aku mahu indah2 belaka"

"Ah.aku akan pastikan my life with him/her will get a happy ending life.mcm disney story tu"

It aint gonna be like what u want. Happy ending? Whaaat? Haha. It aint gonna get okay. Impossible. Happy ending life tu bila kat akhirat nanti. Yes. The jannah. Syurga yg kita kejar. That should be the aim buddy!

What i'm gonna say is, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri.nah kau setepek! Haha. Dalam hubungan mana ada indah indah belaka. Kadang yang tak indah tu pun harus kita telan. Telan dalam dalam. Yahh. Dalam hubungan should have give and take. Bukan just give. And takde take.

Manis tu ibarat sebijik epal.pahit tu ibarat hempedu.

Manis apple tak tahan lama. Lepas kau gigit dan makan apple tu, apa kau dapati bila kau biarkan seketika apple tu? Buruk bukan? Kau pun taklalu makan, lalu kau buang.

Pahitnya hempedu. Ye.mmg hempedu tu pahit.nak telan masha allah. Tapi, tahukah, bila pahit ni selalu menjadi penawar segala penyakit.kan manis jugak akhirnya bukan?kau jugak sehat.kau jugak kuat.

Setiap benda ada hikmahnya. Kalau nak manis, manis lah ia.kalau nak buruk, buruk lah ia. Tapi dalam hubungan ni, try to expose this kinda stuff.sabar, sabar dan sabar. Think back. What should u do instead of kau lepaskan dia without any solutions.

Sabar kalau boleh sabar
Mengalah selagi tu membantu
Bertanya kalau itu perlu
Berterus terang takot nt salah paham
Jgn berdiam, itu mengundang kemarahan
Jgn ungkit, dangerous tuuu
Jujur, because lie doesn't help
Cuba pujuk sbb xnak mengundang lagi masalah
Lastly,
Minx maaflah  andai kau mmg ingin segalanya selamat..

P/s : sepet.ain't gonna be like before.sorry kay!

Tuesday, April 8, 2014

Batu Pahat, Johor

Memoir to Batu Pahat,Johor

Coolio. first time driving my car to Johor. (wooooo)
Exciting sebabnya i'm never drive myself jauh dari nilai
Even nak pergi bukit broga pun, ada orang tolong drivekan
ni kan pulak johor. and here i am.
driving myself to there.
Dah kata cuti midsem, maka manfaatkan cuti dengan sebaiknya!
sebenarnya jeles sebab my bff pergi cameron.so cam, urghhh
ttbe my roomates rancang nak pergi johor. tidur rumah kawan exactly
and dia cadang nak balik naik bas memandangkan aku ada sispa
suddenly, mysispa batal! weeeehooo! maka, dengan pantasnya, aku pun menawarkan diri untuk drive ke Johor!

boleh lagi tu aku senyum
at pantai minyak beku

at terminal feri



model tali bot.. hahaa



Sunday, March 16, 2014

Spending Whole day!

Assalammualaikum. heyya. phewww. letih letih.

Semalam i spent my whole day going out to Sunway Pyramid! weeehoooo!
excited lelebih pulak dah den ni ..haha
tak pernah pergi in my whole entire life den cakap ni. this is the first tyme! siyesly *mukategang*
papepun, orang kata last minutes plan selalunya menjadi.yup. alhamdulillah. everything is going well
As usual, i have my own driver yang willing drivekan I jejauh begini. hehe. 
my BFF <3 . yeaaay!! 
he's the one who willing to drive. using my car.as always XD
i like his driving. ermm, lets say, he's pass for the test . weeeee.
setibanya di Sunway. i was like errr. pandang kiri pandang kanan (excited sebenarnya, tapi ada dia so cam cover2 macam xde pape exactly.hehehe)
he show me everyyyyything! yeah! and the best part is, dia bawak i tengok ice skating!! *senyumlebar*
Masa tu dah nak dekat zohor, we decide to solat first. solat tu wajib. Jangan lengahkan !
dah solat, we're heading to ice skating! yeahhh! *lompatlompat*
Kami pun pakai kasut and everything. wait for the door to be open.masa tu macam nervous kot.haha.
yang si dia plak, duk kebuluq. lapaq katanya. ahaha.. 
I'm a newbie for this skating. and dia dah 3 kali. so macam errr takot jugak la kan, pro nak ajar junior yg masih mentah dan hingusan ni. hohoi!
And alhamdulillah. i get the steps! dia kata i lebih pro dari dia. weee xD. sorry bro! buli awak habes2.hahaha
kitorang main tak ingat dunia. macam macam aksi dah kitorang buat. muahahaha
and the best part is, kami tak JATUH! yippy! sep sikit!
then, we're out for craving some food. lapar boh!
and the place that we're heading to is SAKAE SUSHI! nyum nyum!
dia teringin nak makan sakae sushi, and saya tak kisah pun makan memana, as long dia suka and happy cukup dah xD
Lepas makan, kami ke surau for solat asar. hoho. kekenyangan sambil bawak perut penuh :p 
After solat, kami ke wayang XD yeah!! nak tahu cerita apa yang kami tengok? atas permintaan dia, kami tengok NEED FOR SPEED! siyesly best bro. ini barang baik! haha. recommended *thumbs up*
Lagha tengok wayang. about 2 hours and 10 min. pukul 6.30 ceritanya, mana idoknya
Terbabas la maghrib dan makanya wajiblah qada'
Then, we were going to  surau again and solat
After solat, we were heading to Marks and Spencer. weeee m&s here we come
and macam bese, the perut kaya want some cookies for his free and leisure time to eat
heeeeeee
inilah dia. tadaaaaa!


nak tahu gak apa yang sedap sangat haaa biskut ni sampai dia angau lupekan aku. ehhh.. haha
bila den rasa biskut ni. Allahu! sedap! superbbbb sedapp. nyum nyum.. 
tapi famous amos lagi sedap boh! nama pun famous. mesti la laie sodap. heeeeee
Pastu about 9.20pm, kami pun heading home. before home, singgah hentian serdang! makan nasi! lapar. hehehe

-tamat-

p/s: awak. thanks for the day ! 


Thursday, February 27, 2014

Kain pasang from Bandung for sale :D

Assalammualaikum semua XD

Hari ni saya nak promote sikit ni. mai mai dekat naaaa. heee.
Actually, ni kawan punya barang, saya tolong tolong promote jah. apa dia? jom tengok sampai abes :D


Kain pasang. jenis: Cotton. RM60 exclude postage.


Kain pasang. Jenis Cotton. RM60 exclude postage


Kain pasang. Jenis Satin. RM60 exclude postage

Kain pasang. Jenis Cotton RM60 exclude postage

Kain pasang. Jenis Satin RM60 exclude postage


Haaaa. amacam?blink blink tak mata? haha. moh la beli.. 
berminat? 
boleh la whatsapp or msg num di bawah ni.
SERIUS BUYER ONLY OKAY?

sis audi  : 0136288487






Thursday, February 13, 2014

Cerita Semalam :D

Assalammualaikum. hey guyss!

Semalam saya berjalan jalan ke Wangsa Walk Mall, K.L
Actually, saya bosan duduk dekat rumah. terperap dalam bilik macam susu kena perap sampai jdi cheese
So, nak dapatkan keluar (takkisahla mana2)
Jadi, saya pon text la sorang sahabat ni. and kebetulan dia mmg nak keluar. meet me before dia went to Ipoh
So, nak dijadikan cerita, dia Accept la nak pergi Wangsa Walk. kesian kat dia. jauh kot from Bangi ke W.maju. bhahaha. thanks buddy!
dah sampai LRT sri rampai, dia text saya. and starting my car. off to get that guy
dah amik dia, heading to WWM for short
Mula mula macam agak malu la, yela, bukan selalu jumpe. bila dah jumpa, ok nak cakapye?
mula mula tu berjalan abes pusing satu WWM dah,tapi still tak tahu nak buat apa
Nak makan, dah kenyang even saya tak makan pape lagi.
masuk kedai adidas kot. dia tengok aksesori sukan dia. tengok glove. tgok harga. ok sambung jalan
masuk kedai apple.(dia la ekseted) tengok aksesori ipad iphone dia.. kite ni main la macbook air.
nak beli tak mampu. dapat main pun jadila. hehehe.
Then, dia ajak pergi CHATIME
okay, i learn new things! exactly banyak  new things aku belajar ngan dia.
about gadgets, money changer, about everything. walaupun masa dia cerita tu saya banyakkan diam
HAHAHA (sorry kawan, malu la!)
seriously saya cakap, ni first time saya beli air kat CHATIME
selama ni ejek je kawan ni, kaya kan. boleh la. haha
sekali sampai kat kiosk CHATIME, terkial2 la tak tahu mende. and saya suruh him to the kaunter
then dia order la. saya tatahu, saya suh la dia beli pape. tapi saya la belanja, sian orang jauh datang, XD
tak salah tak jadi gentleman, tapi lepas ni kena jadi! hahaha
ok, back to the story. and dia belikan saya STRAWBERRY PUDDING. okay. 
mula mula tu macam terkial la jugak an.
pastu dia ajar technique nak cucuk straw dengan betul. ok. itu comel. haha
air dia, masya allah. MASAM. tapi sebab saya minat jugakla masam2 ni.
saya pun telan la sampai abes. itu pun dia kata saya perut besar. aduhaii..

strawberry pudding. credit encik gugle! hehe

hazelnut choc : kalau xde choc, tu bukan dia. credit also uncle gugle!

Dah beli air tu,kitorang lepak la kat kerusi yang ada.sambil sembang2,gelak2*nak perabihkan air punya pasal*
kitorang pun jalan la ke bawah. otw to the hot & roll
haha. ni semua decision dia. nak tahu jugak taste dia macam mana. heeeee
okay, secara jujurnya, ini la first tyme ai makan hot & roll ni.
memang tak reti den nak makan2 benda gini. dia tanya jugak nak apa. erkkkkkk..
beli satu and kongsi je boleh tak? >,<
dia pun beli la satu and kami pun duduk seat dekat situ. ada ke patut dia suh saya cium bau makanan tu
mana la saya tahu bau apa, saya tak pernah makan. aduhai punya kawan. geli hati saya dibuatnya
lepas makan, kitorang jalan lagi. okay, kali ni habes satu WWM kitorang jalan. boleh kata hadam dah! hahaha. hebat tol nk abeskn masa. dia kena balik before 5.45pm.
so, lepas abes pusing, masuk cold storage. still usha usha je. tak beli pape pun.
then keluar, dan ke kereta. so off to LRT sri rampai. hantar dia pulang
pastu i went home...huhu
rindu plak. bhahahaha. okay, setakat tu je story mory den!

p/s: sepet! thanks for the day yup! appreciate it very much..
bestie <3 haha!

k BYE!

Monday, February 10, 2014

alhamdulillah. 3 dah terjual :D

Alhamdulillah. kini almari novel den dah berkurangan sedikit. hehe. Alhamdulillah. dah ada orang beli 3 novel sekaligus. hehe. tiga novel ni dah dibeli : HIJAB SANG PENCINTA,SALJU SAKINAH dan CINTA SANG RATU. yang lain masih available :D






Tuesday, December 24, 2013

The Fittest Will Survive!

Alhamdulillah. Alhamdulillah... :D


Alhamdulillah. dah tiba masanya untuk study dalam minggu belajar ni (study week).. lagi berapa hari  nak exam boh,, seramm!

Act, apa ttbe tajuk the fittest will survive ni?? haa.. nak tahu pe citer??? jeng jeng jeng... ahahaa

Sebenarnya, saya baru je balik dari Banting ni. Ada camping yaaa! 4 hari 3 malam yang mana kami kena survive dalam hutan paya bakau.. tanpa bekalan makanan, tanpa air. hidup dalam tempat yg berselut selut.. oh mannn! masa first time jejakkan kaki kat situ, nak menangis pon ada T.T yela!! dah la xde toilet. tade makanan, minuman, dgn laut nya kotor, sungainya berminyak. ada macam2. ular? haaa. tapayah cakap la tersangattt banyak.. pagi petang siang malam, kerja kami potong kayu bakau je.. nak hidup la katakan

4hari tak mandi. dengan pakaian uniform. dari hari first, gitu la sampai hari last. bau? toksahhh cakap la bau nya. MASYA ALLAH. orang yg lalu tepi kami confirm pengsan kau..haaa. penangan bau kami. hahaha
tapi alhamdulillah. kami survive sampai ke akhirnya.

dengan hari ke 3 kami, kena explorace. bayangkan kena berjalan. dahla sangat jauh. dari pantai kelanang, sampai bukit jugra sana.. naik bukit pulak. Allahu.. hanya Allah saja yg paham macam mana penatnya kami. sampai rasa nak give up. masa tgh kat check point terakhir, group kami terbongkang tepi jalan, sebabnya? dah tak mampu nak cari checkpoint yang terakhir. hahaa.. lawak lawak.

tapi alhamdulillah. bila dapat naik ke bukit jugra tu, tersangat seronok. dengan ada para gliding. perghhhh.. siyesly best! gi la naik! tmpt yg menarik kot!
smgt dak aku buat keje? hahaha





team kami yang hebat.yeah!
wajah wajah keriangan nak balik. lalalala


Alhamdulillah. cerita camping dah tamat. sekarang ni buku pulak harus dibuka. haha. doakan saya berjaya yup!

Thursday, December 5, 2013

berazam

Aku berazam aku tidak akan lagi menangis
Aku berazam untuk tidak lagi jatuh cinta buat masa ni
Aku berazam untuk tidak lagi buka hati aku untuk sesapa
Aku berazam untuk tidak lagi mempercayai janji janji manis lelaki
Aku berazam untuk tidak lagi menoleh ke belakang
Aku berazam untuk tidak lagi lemah
Aku berazam untuk teruskan kehidupan aku macam dulu
Aku berazam aku perlu berjaya dalam hidup
Aku berazam untuk graduate
Aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya

Doakan saya supaya azam saya tercapai. My heart ain't okay. Saya sangat sangat lemah :'(

Thursday, October 24, 2013

broken heart





i know trust take years to repair, but please try to forgive and forget :')





p/s: i'm trying to be tough :')

Wednesday, October 16, 2013

Lelong Novel- half price je :)

Assalammualaikum dear bloggers :D

Harini saya nak lelong every novels yang berada dalam bilik saya. Saya dah tak mahu simpan dah novel novel ni. nak baca berulangkali pon dah bosan. so decide to jual je la. kalau nak tolak kat newspaper lama, sayang sangat. so, ada tak yang berminat agak2? heeee



Sweet Sour- Nasz | RM21 RM10.50


L.U.V.E - Pingu Toha | RM16.50  RM8.30
Cinta Sufi - Ramlee Awang Murshid | RM10

Grr.. Geramnya - Feeza | RM21 RM10.50

143 - Pingu Toha |  RM20 RM10

Merahnya Ceri - Zulina | RM22  RM11
Untuk Awak Teja Aulia -Syud | RM20  RM10
Seteguh Fikrah Saleha - Aminah Mokhtar | RM23  RM11.50
Bukan yang pertama - Salina Ibrahim | RM34  RM17

Jangan risau, novel ni dah dibalut. cantik cantik lagi :)
Belum campur harga postage ye.


Semenanjung: RM6
Sabah Sarawak : RM8

Berminat ? nak beli? bolehlah contact saya ye :) 

emel : noorliyanan@gmail.com
hp num : 017-2753448
nak tinggalkan comment kat bawah ni pun boleh :)

siyes buyer only okay? nak ngorat ke kacau ke tak dilayan! hahaha