Tinggalkan Jejak :D

Pages

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Thursday, September 14, 2017

Backpack ke Hatyai, Thailand Part 2

9 September 2017


Kami bangun seawal 5 pagi jam Thailand (6 pagi di Malaysia) bagi menunaikan solat fardu subuh. Setelah itu, kami berehat dan pada jam 7 pagi, kami turun ke pantry hostel untuk breakfast. Breakfast kami disitu hanyalah roti kosong dan jem. Air kopi/koko hendaklah dibancuh sendiri. "self service"

lagi sorang payah nak bangun, maka ada 3 cawan jela.hahaha
Setelah kenyang bersarapan, dan jam menunjukkan pkul 9 pagi, kami pun berjalan ke CHAN TRAVEL untuk aktiviti kami pada hari ini

CHANG PUAK CAMP

Kami tiba disini pada jam 10.15 pagi. Agak jauh jugak sebenarnya dari tempat kami tinggal ke sini. *padanlah harganya 500baht utk satu tempat, mmg berbaloi sbb jauh sgt perjalanannya*

Tibanya di pintu gerbang Chang Puak Camp, kami bergambar dulu.

no filter hokayy. haha
Disini terdapat pelbagai aktiviti, antaranya ATV, naik Gajah, Memanah, Menembak, Crocodile Show and Elephant Show. Untuk ATV dan naik Gajah, satu aktiviti ini berharga 500 baht, manakala memanah pula 10 anak panah bersamaan 150baht dan menembak berharga 100baht.
Disana terdapat pakej A dan pakej B yg mana telah merangkumi semua aktiviti ini. Harganya sebanyak 1000baht.




Kami decide untuk main 2 game sahaja. yang perempuan hendak menaiki gajah, manakala yg lelaki hendak berlumba ATV. haha. pengalaman menaiki gajah amat menyeramkan sebenarnya. Gajah yang kami naiki masih muda. dan sangat kuat merajuk! Perjalanan kami mengambil masa 30 minit dengan laluannya meredah hutan. Tibanya dia kawasan tasik, gajah tersebut dikehendaki melintas tasik tersebut. Gajah kami hanya berjalan separuh sahaja di dalam tasik tersebut. dan berhenti sangat lama. Tuan kepada gajah tu puas memujuk gajah tersebut untuk bergerak namun gajah tu tetap berdegil. dalam hati kami hanya Allah je yang tahu apa kami rasa. dalam hati jangan la gajah tu mengamuk baling kami masuk dalam tasik tu. tasik tu dalam!

Setelah tuan itu memujuk gajah tersebut, akhirnya gajah tu mengikut arahan. Kami selamat tiba di tempat permulaan. Sumpah, itu la first and the last saya merasa naik gajah. lepas ni tak mahu dahhhh! kesian + takot!

Lelaki pula baru memulakan perlumbaan ATV nya, yang mengambil masa 40 minit melalui jalan hutan. jalannya kurang mencabar berbanding di Malaysia kata mereka. well, u guys boleh try rasa and compare kot?



Setelah puas beraktiviti di Chang Puak Camp, kami pun meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya....

SAMILA BEACH, SONGKHLA

Yeszaaaa, tempat orang kata viral la. pantai di Samila,Songkhla yang terdapat patung mermaid bercanda di pantai. haha. Honestly, kami berempat tak selfie dgn patung tu sbb patung tu seksi sgt~ Little mermaid dalam disney pun pakai cangkerang tau nak cover! ni mmg terang tang tang maluuuu~~

Suasana di Samila Beach ni agak tenang, ramai pengunjung, dan sesiapa yang ingin berkelah pun boleh. Jangan lupa bawak tikar dan makanan utk picnic ya! hahaha. Di Samila Beach ni, terdapat banyak kuda yang boleh korang naik dan mereka membawa anda untuk pusing di area Samila Beach


suasana di Samila Beach
Heyyy, dah sampai Hatyai, rugi la kalau uols tak food hunting kan! hahaha. dekat area walking street mereka ada kedai tepi jalan jual makanan and barang. Ada jual somtam, kerabu maggi, sosej, barang kraftangan, souvenir and macam2 lagi.

kerabu maggi dia superb


somtam dia masam2 kaw kaw
Kami pun bergerak ke destinasi seterusnya setelah masing masing kekenyangan. Jarak perjalanan kami jauh  dan makanya, masing masing ketiduran dalam kereta sementara tunggu tiba di destinasi.

HATYAI CABLE CAR

Yang ini kami tidak jadi pergi kerana bas untuk membawa kami ke hill untuk ke cable car lambat.. jam 2.30 ptg baru hendak dibuka. Untuk jalan kaki? mmg wasalam je laaa mu nanti!! dan memandangkan hari hendak hujan, kami pun minx untuk pulang ke hostel untuk berrehat,

Kami tiba di hadapn hostel dan pulang ke bilik masing2 untuk berehat. Pada jam 5ptg, kami berjalan kaki di pekan ini berniat untuk singgah di mall2 untuk mencuci mata. Setelah pelbagai mall kami singgah, kami nekad untuk melihat apa yg menarik di Kim Yong Market.

Kim Yong ni ibarat pasar malam.Tidak banyak yang menarik yg ada disitu.  Kami berjalan sehingga terjumpa lagi kawasan lapang seperti uptown di setapak. Cuma makanan disini ada yang halal, ada yg ada Pork. So berhati hati la semasa membeli.

Kemudian, kami mengambil tuk tuk untuk travel ke ASEAN NIGHT market yang mana, perjalanan kami mengambil masa 20minit.Asean night market dibuka setiap hari pada jam 3ptg sehingga 9malam. Kawasannya agak bersih dari sampah dan paling menyeronokkan, di sini semunya makanan Halal! maka jangan ragu2, silakan membeli dan makan ye!

tomyam dia superb!

Tamat part 2.

*bersambung*

Monday, September 11, 2017

Backpack ke Hatyai, Thailand Part 1

Assalammualaikum! Hai Bloggers! 


Harini yana nak share pengalaman yana pergi ke Hatyai menaiki Train ya.

First of all, planning dulu berapa hari korang nak travel ke Hatyai. Macam trip kali ni, yana bersama 3 lagi orang kawan (bermakna kami semua seramai 4 orang) telah memilih tarikh 8 September 2017 sehingga 10 September 2017


Kami telah booking tiket train ETS pada 7 September 2017 pada pukul 11.40malam dari KL Sentral ke Padang Besar. Sewaktu itu, ETS mengalami gangguan teknikal dimana kami dikehendaki menaiki bas yang disediakan ke Stesen Sungai Buloh untuk menaiki ETS. Kami tiba di stesen Sungai Buloh pada pukul 12 pagi dan menunggu ketibaan ETS yang agak kelewatan 30minit.

muka masing2 bila kena tunggu ETS di Sungai Buloh


 Tibanya ETS di Sungai Buloh, maka perjalanan kami bermula dan kami pun tidur akibat keletihan.

Alhamdulillah, kami tiba di stesen Padang Besar pada pukul 6.15 pagi 8 September 2017. Kami pun terus menunaikan solat fardu subuh di surau berdekatan dan menunggu kaunter tiket buka. Jangan risau, kedai makan jugak ada di stesen if kelaparan. Untuk makluman, train ke Hatyai akan ada 2 kali sahaja begitu juga train dari Hatyai.

Image result for time schedule for hatyai train from padang besar

boleh rujuk gambar di atas ni. boleh dipercayai. Tapi make sure datang awal dari estimate time ya. Kalau boleh 2 jam awal sebab nak lalu immigresen malaysia dan thailand lagi. bak kata polis bantuan tu, kalau boleh jangan beli train tiket dulu takot nanti sangkut di immigresen mengenai isu ptptn or others loan yg berkait dgn CCRIS. tiket train boleh beli kemudian, tapi risau lambat jela~
Kami separatekan, dua orang pergi beli tiket manakala lagi dua orang beratur utk ke immigresen. Untuk pengetahuan, kalau mahu ke Hatyai pada weekend, kena sedia maklum ya bahawa orang terlalu ramai nak ke Hatyai sampai naik tren terpaksa berdiri dan bersempit2. kalau mahu duduk, make sure datang awal, booking tiket awal dan beratur pun awal.


masa dalam ni ikot waktu THAI ya. satu tiket 70 baht
selesai kami melalui immigresen, kami pun masuk train and cari seat. oh ye, train ke Hatyai hanya ada 2 koc sahaja ye. paham paham jela kecil nya macam mana xD


muka masing2 dapat naik train hatyai

Perjalanan memakan masa dalam 45minit dengan dua kali berhenti. Berhenti di Padang Besar Thai dengan Khlong Stesen. *Jangan turun pulak ye*

Pada pukul 10.00 pagi (Waktu Thai), waktu di Thailand lewat sejam dari Malaysia ya, kami selamat tiba di Hatyai. yeay alhamdulillah


ini gambar di dalam hatyai stesen

Kemudian kami berpakat untuk pergi checking ke hostel kami yg telah kami booking di booking.com. Hostel kami bernama WE HOSTEL HATYAI. for the first time sampai sini, ofkos la takde hala tuju kan. mula2 kami decide nak jalan kaki je sebab kalau ikot google map yg telah kami kaji di KL, perjalanannya hanya 6minit sahaja dari train. Memandangkan masing2 tidak mempunyai data, kami pun sepakat untuk amik tuktuk. Tapi diingatkan ye, kalau nak minx tuktuk hantarkan ke hostel, lebih bagus tunjukkan mereka alamat dan nama hostel ya. macam kami mula2 amik tuktuk, kami sebut WE HOSTEL, tapi tuktuk faham V HOSTEL. tak memasal burn 20 baht seorang. tah mana mana tah dia bawak kami masa first amik tuktuk tu. alhamdulillah, tuktuk kedua yg kami tahan, orangnya sangat jujur dan sangat tabah cari hostel kami.

Ini logo hostel ye

Harga hostel untuk semaam.
Sapa sapa yang nak booking hostel ni, please beritahu tuk tuk untuk drop kan korang di LEE GARDEN PLAZA ye. yang mana location WE HOSTEL ni hanya la opposite je. LEE GARDEN ni kebanyakkannya tuktuk tahu sbb tempat ni mmg famous pun. Alhamdulillah, hostel ni sangat best. Layanan tuan hostel ni sangat peramah. kami siap buat macam rumah sendiri sbb selesa sangat. Wifi mereka sangat laju. so jgn risau pasal wifi. :). Oh dia sediakan breakfast. jgn expect buffet la ye kalau dah nama pun hostel :P

Selepas check in masuk ke hostel, kami tinggalkan beg dan keluar untuk mencari sim kad. kami mencari sim kad tersebut di Lee Garden Plaza yg terletak di belakang WE HOSTEL HATYAI. Di Lee Garden Plaza, anda boleh turun escalator dan di sebelah kiri anda terdapat kiosk menjual phone. Di kiosk ini adalah milik seorang lelaki yg berasal dari Selangor dan bekerja di Hatyai. Pakej Simkad yg dijual ada banyak. Saya lebih tertarik pada pelan DTAC dimana harganya 150 baht, boleh dijadikan hotspot dan datanya unlimited. Alhamdulillah, semoga brother syam dimurahkan rezeki. Bagi para lelaki yg ingin solat jumaat, masjid yg berdekatan adalah di Pakistan Mosque. bahasa yg dituturkan dalam bahasa pakistan ya -,-

ni sim kad dtac
Selesai dengan plan telco, kami pun lunch di Food Factory di aras yang sama.  Disini terdapat satu kedai yg menjual makanan halal. Oh ye, jgn risau mereka kebanyakkan boleh bertutur dalam bahasa melayu dan inggeris. tapi bahasa melayunya lebih kepada dialek kelantan siam ye :) Di Food Factory ni, mereka menggunakan konsep kad tambah nilai. bila kita nak beli makanan, kita kena topup kad tu dulu. so depends on korang la nak topup berapa. Kami order Nasi Ayam yg berharga 50 baht seorang. Boleh tahan sedap juga nasi ayamnya~

Kemudian, kami berjalan kaki diluar Lee Garden Plaza. Kami meronda pekan Hatyai ini untuk mencari travel agent yang murah untuk bawa kami utk aktiviti keesokan dan ke Floating Market. Kami telah survey banyak tempat dan alhamdulillah, kami tertarik untuk memilih CHAN TRAVEL yg berdekatan dengan hostel kami. layanan mereka bagus. tawar menawar jugak mereka terima. transport yg mereka berikan ada sebuah kereta ya! ada aircond lagi. Alhamdulillah berbaloi.

Chan travel agency

Aktiviti yang kami minta adalah ke Chang Puak Camp, Samila Beach dengan Hatyai Cable Car. so setiap satu tempat ni mereka cas kami sebanyak 500baht. so total 3 tempat adalah 1500baht untuk 4 orang. Kami juga telah minta agency ini menguruskan aktiviti kami ke Khlong hae Floating Market pada pukul 4petang. Kami dapat menawar sebanyak 400baht untuk satu kereta and untuk return ya. kira murah dari ambil tuk tuk yg boleh mencecah harga 800 baht untuk pergi sahaja.

Currency di sana untuk mata wang malaysia bersamaan 7.80 baht. yang terujanya, semua money changer mereka diletakkan dengan harga yang sama.

Setelah selesai, kami pulang ke hostel untuk berehat sebentar menunggu sehingga pukul 4 petang untuk ke Khlong hae Floating Market.


KHLONG HAE FLOATING MARKET

Seperti yang dijanjikan, kami dibawa oleh travel guide untuk ke lokasi. Tibanya kami di lokasi, kami dibenarkan untuk berjimba sampai pukul berapa pun. ASALKAN GEMBIRA! haha
Floating market buka dari jam 3.00 petang sehingga 7.00 petang (waktu Thai)

excited tgok depan mata sendiri
Pintu gerbang


Kerabu maggi dia 30baht. ketam goreng ranggup 20baht. air cawan tembikar tu 30baht


cawan air harganya 30 baht

Dah kenyang perut, kami pun pulang ke hostel untuk berehat bagi mengumpul tenaga untuk aktiviti malamnya pula.

Setelah berehat, kami keluar ke area Lee Garden Plaza untuk melihat bazar2 disitu. Kami telah membeli sepiring udang goreng berharga 200baht, cucur udang besar sekeping berharga 50baht (kami beli dua), cakoi 20baht,pulut mangga 100baht dan aiskrim kelapa 50 baht.






*Tamat Part 1*

Bersambung~


Sunday, January 18, 2015

Happy 1st anniversary dear ;)

Thankyou dear for accepting me in your life
Thankyou dear for letting me know you a little deeper
thankyou dear for understanding
thankyou dear because u can stand a lot with my behaviour

18 Jan 2014

Tarikh yang sentiasa akan ku ingat dalam ingatan
Waktu itu, detik itu, kenangan itu
Awak, ingat tak lagi macam mana awak try nak ngorat saya? Haha
Kita selalu bual kat twitter je kan? 
Kita selalu bual kat whatsapp je. Xpernah pun bersua
Awak pernah unfriend saya sebab saya xlayan awak
Saya pernah delete number awak sebab masa tu saya dengan org lain
tak sangka kan awak, masa tahun 1 dulu, saya la rupenya yang awak usha
padahal tu la first time awak nampak saya kat kk1
Saya tak kenal awak sangat pun
Saya xpernah pun nak tahu awak masa tu
tapi saya tahu awak usaha dapatkan saya
Awak stalk twitter saya
awak stalk fb saya
Awak selalu fav tweet saya
Padahal bagi saya masa tu merepek je tweet saya.
mula saya realize awak suka saya, masa awak post tweet awak
" aku nak cari orang kl or tengganu"
masa tu saya terdiam kejap.
And saya pun mula kacau awak kat twitter
saya tahu awak suka, saya tahu awak seronok
sebab awak reply, "dahlama saya tunggu awak kacau saya"
saya tergelak je. Sbb sangkaan saya betul
tapi diam la dlu.nanti dia syok sendiri plak.haha
Masa tu masih lagi friendzone.sbb masa tu saya dah ada org lain.
masa tu saya xnampak pun awak
Lepas saya dah putus,saya jatuh.sejatuh2nya
saya pergi bilik diba
bilik yang saya suka bercerita bila saya ada masalah
masa tu, saya nampak gambar group awak kat ptrajaya masa tu
masa tu kte shooting sama tempat utk musaq. Ingat x?
masa saya pandang gambar tu,
ttbe saya teringat waktu kte terjumpa masa berlakon kat tamhidi.
awak malu2 masa tu.awak lari jauh
lepas tu saya realize, saya perlukan awak
saya mintak number awak balik dari diba
saya on fb, cari nama awak kat fb
tapi dah takde. Awak dah unfriend saya
saya makin sedih, saya try msg awak senyap2
ingat tak lagi macam mana saya pujuk awak suh kawan ngn saya balik? 
Ingat tak waktu tu? Malu kan? Hehe
lepas tu terus kte mula wasep. Tanpa henti. And awak sangat caring masa tu. Sangaattt
saya sedih, awak pujuk.saya bengang, awak bagi semangat. How i started to fall in love with you. Tapi.. saya pendammm

First time masa tu saya jmpe awak.
face to face.
And first time masa tu saya dapat blueberry cheesecake dari awak.
i wonder dari mana awak tahu tu fav cake saya
tapi tu la first time i saw his smile
betapa cair jugak la hati.haha
tapi tapi.still pendammm

Tarikh 18 jan 2014
Awak ingat lagi x ttbe saya text awak "sayang"?
saya malu nak ngaku saya dah mula suke awak
saya takat bagi hint gitu je supaya awak paham
saya xde twitter dah masa tu, sbb saya dah tutup
tapi saya usha twitter awak
awak post "what do you call when crush call you "dear"."
saya tersenyum riang, mungkin awak paham maksud saya. Mungkin awak pun sudah tahu jawapan saya
bila saya honestly luahkan apa yg saya rasa,
awak sangat gembira.
Yelah macam awak cakap haritu

"Sapa tak suka dapat apa yg kita dah lama nak kan? "

Dari tahun 1 awak tunggu saya. Tahun 2 saya mula terima awak sepenuh hati saya

Sekarang ni 1 tahun dah.hihi

Iloveyou sayang 
Maaf sebab selama ni macam2 perangai saya ngn awak
thankyou sudi layan n sabar ngn karenah saya

Take care  ❤



Sunday, August 31, 2014

Because i'm happy

Heyya bloggers!
Harini saya happy sangat! Sebab apa? Jengjengjeng. Harini saya dengan bangganya announce yg saya ni dah boleh rayaaaaa! Haha.*dah nak abes raya baru nak celebrate* haha.eh.takpela.atleast saya ni dah berjaya menghabiskan puasa enam uollsss. Uolls semua dah ke? Harap harap uolls semua dah abes la puasa enam tu.boleh la celebrate sama sama! Yippy!
Petang tadi sampai pulak almari baru untuk bilik den. Wuuuu.bau dari kedai tu.sila hidu cepat . Warna putih.siap pintu slide tu.haha. walaupun agak kecik, tp alhamdulillah la sebab ada la jugak almari kan daripada takde. Nak tgok almari den? Japppp!
Tadaaaaa! Ni la almari den.lawa kan?haha. Boleh main slide slide gitu
Lepas je abam2 yg hantar almari tu balik, ponpon. Kedengaran hon van yg sangat kuat. Rupenya pos laju.and and . Guess what? My kasut dah sampai uolls! Seronok x terkata. Kasut baru tuuu. Melompat i bila parcel dah sampai.
Haaa.cantik kan? Alhamdulillah. And guess what? Esok nak jumpa ehem2.haha. lagi la i gumbira.dia nak dtg kat rumah aku plak tu.ohhhhhhh seronok! Hehhee
Okayyylah.tu je nak cerita.bye!

Tuesday, August 5, 2014

Officially 21 ;)

Heyya bloggers!

Alhamdulillah. Pada tarikh 4 ogos 2014,maka genap la sudah diri ini mencecah umur 21 tahun.weeee

Alhamdulillah. Thank you kepada mama abah yg sudi melahirkan,mendidik,mengasuh,mengajar,bersabar dengan saya dari saya baby sampai la dah tua bangka begini.hehe. alhamdulillah 21 already. *orglaindahnak22tahundah*

Kepada yg wish, sama ada kt facebook saya,twitter,instagram and mana mana je, a million thanks from me to u guyss! Yg mana kirim hadiah, appreciate sangat sangat!! Yg mana post gambar org as your reminder of my birthday,thankyou much <3

Adibah: comel picca ni. Thank you darling

 Bawah ni gambar me with my sweetheart.ehe. thankyou awak bawak saya jalan jalan klcc and giving me the awesome cakes.143!

Tuesday, July 15, 2014

Comel sangat

Sedang aku khusyuk melayari internet,i found this pic.haha. Apa lagi, i kidnapped la gambar ni.
Comel sesangat!
Sapa ni? Haha. Would love to see u guys guess.haha

Monday, June 9, 2014

Perasan

Aku perasan perasaan itu.
Tatkala aku cube mengusik dirimu akan wanita itu
Ye, wanita yg pernah kau letakkan dalam hati kau waktu dulu
Wanita yang boleh dikatakan idaman setiap lelaki yang memandangnya mungkin

Mungkin...

Aku perasan perasaan itu
Tatkala aku cuba memburukkan wanita itu
Kau cuba pertahankan
Tapi kau selindungkan dengan ayat membina yang mana buat aku terlupa dan terdiam
Aku terdiam.tapi aku perasan itu

Kau pernah tanya
Adakah benar khabar berita mengenainya
Aku pun mengiyakan apa yg aku khabarkan
Riak wajahmu berubah
Tapi aku abaikan saja
Sebab aku malas nak kecewa dan menangis lagi

Kau kata kau dah tak memandang orang lain
Tapi diriku ini masih sangsi
Apakah benar kata kata mu?
Ataupun ada yang kau cuba selindungkan?
Aku pun kurang pasti..
Untuk ku bertanya, ku tidak punyai kekuatan
Untuk ku bertanya,kau enggan mengulas apa yang terbuku.
Maka, aku ambil keputusan untuk mendiamkan diri..

Kalau benar dihatimu, ada si dia, khabarkan kepada ku, agar hati ni tidak terlalu kecewa.
Agar hati ni tidak lagi menangis menanti jawapannya
Aku pasrah.aku berserah
Bukan aku tidak percayakan mu,
Tapi disitu, telah membuatkan diriku meragui akan dirimu.
Andai benar apa yg ku katakan,aku pasrah.aku terima hakikat itu.

Friday, June 6, 2014

I wish i could be yours

Salam.heyya bloggers!

Semalam hari yang sangat menggembirakan hati xD. Guess what? Aku ber window shopping with his mama. Wuuuuuuu! Menarik bukan?

Mula mula tu juz planning nak jumpa dia dekat bangi.plannya. Tup tup. He msg me that, mama dia ada sekali.makanya, saya menebalkan muka agar tidaklah nampak aku ni pemalu yang amat amat dahsyat.haaa gtu.

Janji temu kami di Bangi Gateway and i was like, oh man. Macam rusa masuk bandar dah ni. *me is the rusa* tengok kiri kanan.where were they exactly?? Dalam hati, ohh plis la mama dia xde. Segan ya ampun!

Lepas aku berjaya naik ke shopping mall dia,then, dia wasep aku.jangan gerak mana mana. And i was like.wooo, come on.jgn gerak? I'm in the middle of no where ni. Xtahu nak kemana ni. And org keliling pandang aku ni. Oh man.malu kot!

Pastu terdetik hati nak pandang belakang. And then i saw him, pegang tgn mak dia towards me. Alolo.comel.*melting woo*. Then aku pun rush la pergi salam mak dia. His mom like, wau! Very tip top la i say to u. Me just like, omg, mmg admire habes.hahaha

Merata kami jalan, tengok butik sana, tengok gerai sini, just to survey for me a tudung that will fits in my baju kurung raya. Hoho. His mom very energetic. Naik turun tangga plak tu. I was like, "cik, its okay. Kesian makcik penat.". Tapi dalam hati je la yg mampu berbicara.huhuu.

After solat asar, kami continue lagi cari tudung.huhu.tapi siyesly aku cakap, tudung baju semua lawa lawa kot! Seb bek la tade duit masa tu, sbb xcucuk lagi.haha.kalau tidak, mau aku borong macam macam dah.muehehe. Dia tanya aku about nak balik nanti cmne. I'm just okay mana mana.kalau nak dia nak stay, aku hantar balik, kalau xnak, it's fine. Then dia decide to stay with me.yeay!

It's about 6 dah masa tu, and his mom ajak beransur pulang. Dia pun bodek la mama dia to stay for a while dgn aku. His mom just like, gelak and accept him. Tapi bersyarat, "jgn lama lama sangat". Me was just like, baik makcik, xlama. Hahaha. Bila mak dia dah balik, kami pusing la satu bangi gateway tu nak tahu jugak la apa yg menarik kat situ..

Okay, banyak la jugak benda menarik kat situ. Especially baju la.hikhikhik. Dia belanja aku coolblog! Weee. Happy sgt. Dah la sakit tekak.minum ais.haaa.memang terbaik la yana oiii!. Takpe. Janji orang belanja u.hikhik.

Lastly, dah pukul 7. Then, i should let him go. Huhu.sedih.baru jumpe kejap. Dapat la jugak lepaskan rindu yg terbuku dihati tu.heee xD. Aku pun hantar la dia sampai ke rumah. Sampai depan pintu pagar kau.nampak x driver ni baik hati? Hehe.bukan apa. Kesian nak bagi dia drive, seharian drive for his mom. Pe salahnya aku pulak drive kan?

Off me go back nilai. Dengan berat hatinya, terpaksa la ku pergi. Huhuu

Sepet! Tenkiu for the whole yesterday. Knowing your mom was the most exciting part. Spending with u guys were great!

This picture sepet curik tangkap.heyya paparazzi ku sayang ni.hahsha xD

Saturday, May 24, 2014

Relationship

Hubungan ada kalanya indah belaka
Hubungan ada kalanya pahit likat
Tak semuanya indah.tak semuanya pahit. Kadang indah. Kadangnya pahit.

"Ah.aku tak mahu ada pahit dalam hubungan aku. Aku mahu indah2 belaka"

"Ah.aku akan pastikan my life with him/her will get a happy ending life.mcm disney story tu"

It aint gonna be like what u want. Happy ending? Whaaat? Haha. It aint gonna get okay. Impossible. Happy ending life tu bila kat akhirat nanti. Yes. The jannah. Syurga yg kita kejar. That should be the aim buddy!

What i'm gonna say is, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri.nah kau setepek! Haha. Dalam hubungan mana ada indah indah belaka. Kadang yang tak indah tu pun harus kita telan. Telan dalam dalam. Yahh. Dalam hubungan should have give and take. Bukan just give. And takde take.

Manis tu ibarat sebijik epal.pahit tu ibarat hempedu.

Manis apple tak tahan lama. Lepas kau gigit dan makan apple tu, apa kau dapati bila kau biarkan seketika apple tu? Buruk bukan? Kau pun taklalu makan, lalu kau buang.

Pahitnya hempedu. Ye.mmg hempedu tu pahit.nak telan masha allah. Tapi, tahukah, bila pahit ni selalu menjadi penawar segala penyakit.kan manis jugak akhirnya bukan?kau jugak sehat.kau jugak kuat.

Setiap benda ada hikmahnya. Kalau nak manis, manis lah ia.kalau nak buruk, buruk lah ia. Tapi dalam hubungan ni, try to expose this kinda stuff.sabar, sabar dan sabar. Think back. What should u do instead of kau lepaskan dia without any solutions.

Sabar kalau boleh sabar
Mengalah selagi tu membantu
Bertanya kalau itu perlu
Berterus terang takot nt salah paham
Jgn berdiam, itu mengundang kemarahan
Jgn ungkit, dangerous tuuu
Jujur, because lie doesn't help
Cuba pujuk sbb xnak mengundang lagi masalah
Lastly,
Minx maaflah  andai kau mmg ingin segalanya selamat..

P/s : sepet.ain't gonna be like before.sorry kay!

Sunday, March 30, 2014

Just Need A little time

Just give me a little time to think
Just give me a little time talk with my parents
Just give me a little time to build my strength
Just give me a little time to doa
Just give me a little time for me to perform istikharah
Just give me a little time for me to balance myself
Just give me a little time to be pampered with my own parents
Just give me a little time for me to enjoy my own life
Just give me a little time for me to spend with my family :')

Is not mean that i'm don't want to,
But i just need some time to be well prepared
in sha allah. 
When the times comes, it will come.
If this for Allah's sake, i'm accepting it.
amin.
Please do wait for it.


Monday, February 10, 2014

alhamdulillah. 3 dah terjual :D

Alhamdulillah. kini almari novel den dah berkurangan sedikit. hehe. Alhamdulillah. dah ada orang beli 3 novel sekaligus. hehe. tiga novel ni dah dibeli : HIJAB SANG PENCINTA,SALJU SAKINAH dan CINTA SANG RATU. yang lain masih available :D






Saturday, November 2, 2013

Rindu Pengubat Luka

Assalammualaikum. :D

Oktober telah pun berlalu. November pula menyusul. wuuuuuu! mid sem break telah pun tiba. mid test pula telah sedia menanti. aiyooo. need to struggle more. mid test kena gempak! in sha allah. doakan saya ye semua :D!

Cik yana ada lagu yang cik yana suke sangat dengar. wohoo. nak dengar? okay. sila PAUSE lagu kat atas tu dulu ye baru tekan butang PLAY di video bawah ni. heeeee


nah sekali liriknya. jom kita karoks! hehe

Sering kali ku terkenang saat kau tersenyum
Lalu memandang ku
Tapi, kini pabila kau tiada di sisi
Ku terdampar layu, beralunan sepi
Melayang-layang dihembus bayumu

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

Korus
Ku masih memerlukan belaian kasih
Dan tawa mesramu
Kau seretku ke dalam rongga hatimu
Salut kerinduan menggamit menusuk di kalbuku
Terangi hidupku dengan cahayamu

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

Walau ku dilupakan
Namun jangan kau lupakan detik bersama

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

notakaki: lagu ni untuk awak :')