Tinggalkan Jejak :D

Pages

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Saturday, July 19, 2014

Diari atau blog?

Diari - yang mana kau boleh ceritakan segala yang terbuku dihati kau dan lakarkan segala galanya di diari. Tapi awas! Kalau diambil orang, abes kantoi :3

Blog- yang mana kau boleh jugak cerita segala pahit manis payau kelat masam di blog.boleh bertukar pengalaman di setiap blogger. Tapi awas jugak! Satu dunia sedang membaca blog anda. Anda mention atau memburukkan seseorang, satu dunia akan tahu keaiban seseorang tu

Nah! Mana satu menjadi pilihan kalbu? :3 muehehe
Boleh,kedua duanya pun boleh.
Tapi nasihat saya, nak gunakan blog ni,jgn la kita ceritakan keaiban orang yg kita benci kat blog ni.malah gnekan alternatif seperti diari tadi sebagai tempat anda meluahkan isi hati yg xpuas hati sesangat tu. Haa. Kan?
So, gunakan kedua duanya dengan sebaiknya. :D
Salam ramadhan

Thursday, November 21, 2013

Alhamdulillah. DIA menegurku :')

When I'm alone, crying non stop, hoping for someone that I really need of. HE send me my beloved family and friends to guide me, care about me and help me to get up and accept the reality of life.

When I'm feel down and sometimes I dont feel good, HE guide me to perform a sunnah prayer like taubat,hajat and istikharah prayer . So that i'm feel relaxed and redha for what had happened

When I always say, "If" and still cannot accept the faith, HE send the messages to me thru my friends, for example: I'm always say If we didn't this didn't that,and the next day, my friend gave a tazkirah about DON'T USE IF. Allahu. Allahu.. HE really loves me.

Apa pun yang kita lakukan, ingatlah! Allah sentiasa bersama kita. In everything we do, everything we did, Allah always looks on us. Alhamdulillah. terima kasih Ya Allah :')

Tuesday, October 22, 2013

Bila ulcer, semua benda tak kena :(

Assalammualaikum bloggers :(


Kenapa cik yana masam muka? Kenapa ye agak agak? Huuhuu.. Dalam mulut cik yana ada satu ulcer. makin lama makin besar. sakit sangat :(

Bila ulcer mula bermaharajalela dalam mulut saya ni, macam macam ragam la yang mula mengancam diri ini. waduh ayat. XD . haha. Siyesly, bila ulcer ni, semua benda nak buat tak kena. rasa macam nak nages je T.T

Ulcer itu apa? alamak. sorry la tak terangkan kat uolls apa tu ulcer. Orang kelantan kata ulcer tu nepuh. Ada istillah orang lain pakai mata ikan. haa. ikot korang la apa mende nak panggil tu. *taknak letak gambar, nanti ada yang pengsan pulak*

Ulcer ni ada orang kata disebabkan kurangnya pengambilan air. Badan kita kekurangan air. so, bagi anda anda yang mengalami macam saya ni haa, banyak2 kan la minum air. Botol besar la baguihhhh! Kalau ada makanan yang anda dapati anda makan, akan mengakibatkan ulcer menapak dalam mulut anda, kurang2kan makan benda tu or dalam erti kata lain STOP at once. haha. macam saya ni, oren dgn pisang. dua makhluk ni kalau saya makan confirm! so, jgn hadiahkan buah2 ni kat saya ye. sekian!

Tak seronoknya pasal ulcer ni, bila dia naik kan, nak makan pun tak lalu. perut lapar, tapi mulut menghalang untuk mengunyah. sakit bak angg! tak tipu!..Bila tak lalu makan, badan pun mula susut sikit demi sikit.. haihhh.. tak elok diet begini. Ulcer ni buat kita limit nak bercakap tau. diam je. nak gelak pun payah. (tapi alhamdulillah la kurang sikit dosa bercakap.Alhamdulillah!) Nak buat kerja pun tak tenang, asyik duk berdenyut je.bengkak tengkuk saya sebab ulcer la. kelenjar la bengkaknya.

Orang tua tua kata, letak garam. wusshhh. kalau tahan perit merit nya, silakan~ pasti berguling guling menangis banjir satu Nilai ni kalau saya letak garam. insaffff! Ada orang kata, berus situ bagi darah, nanti dia baik la lepastu. haaa? sanggup ke nak letak berusgigi yg tajam tu kat ulcer tu? pedih!! seriuss! Senang kata, pergi la klinik or farmasi. Mintak bonjela or yg adik beradik dengannya. bonjela tu functionnya kurangkan pedihnya. nak makan minum boleh la buat sementara. untuk baikkan tu, mungkin lambat.

Apa apa pun, banyakkan minum air. Setiap penyakit ada ubatnya. Jangan risau. kita usaha+ikhtiar tuk sihat kan? Jangan marah Allah kenapa dapat penyakit itu ini. tapi sentiasa kata Alhamdulillah sebab Allah nak hapuskan dosa kita. kifarah dosa :) macam ulcer saya ni kan, Allah kurangkan saya bercakap. Makin kurang kita bercakap,makin kurang dosa kita.Allah sedang latihkan diri kita untuk kurangkan bercakap dan perbanyakkan berzikir.

Renung2 kan dan selamat beramal. Jaga kesihatan diri semua! Semoga Allah memberikan nikmat kesihatan untuk anda semua :D

Sunday, October 20, 2013

Hujung Minggu yang bermakna :)

Assalammualaikum bloggers!


Alhamdulillah. Alhamdulillah . Alhamdulillah. Tamat sudah kursus saya selama 2 hari di Dewan Kuliah Utama. Alhamdulillah.. eh eh. mesti semua tertanya tanya, cik yana kita ni pergi kursus apa? kan? haaa.. jengjengjeng~~~~~~

Saya pergi KURSUS PRA- PERKAHWINAN ISLAM.. yippy! hahahahahaha

okay saya dah berkursus tau uollss! so, boleh la kawen! bhahahhaa *menggatai!*

takdelahh uolls. cikyana joke joke je. takmau lagi la. mahu belajar dulu.dah kerja nanti baru cakap pasal kawen. hahaha

Nak tahu apa yang diceritakan? apa yang diceramahkan? haaa. nak tahu? pi la dengaq! hahaha. gurau2. Kursus ni bagus la kan untuk pasangan yang dah nak kawen. tp kan, sebagusnya, pergi kursus bila takde calon lagi. sebab apa? boleh cari ciri ciri yang kita nak :P. haha. yang dah ada calon tu, jgn la break up plak ttbe. cube untuk jadi yang terbaik la bila dah nak kawen tu. hewwww

Kursus tu ada mengajar kita bab Akidah, Akhlak, Hubungan Suami Isteri, Ibadah, Kesihatan, Kewangan dan banyaaaaaak lagi lah.Pensyarah pensyarahnya tip-top uolls. tak tipu punya! tapi kita kena la open minded. jgn la sengkek sangat otak tu. kan? baru la berkembang sikit!

Kat sini saya nak petik kata kata pensyarah yang saya sempat saya salin dan ingat la. nak berkongsikan bersama bloggers la ni :D


  1. "Kadang-kadang sesuatu perkara bagi lelaki tu kecil, tapi hakikatnya bagi perempuan perkara tu besar"-maksudnya, cam contoh kan, lelaki ni dah janji ngan isteri dia nak bawak gi giant, tapi bawak gi tesco plak. bagi lelaki, small matter ahh kan. hypermarket jugak. tapi bagi perempuan, besar matter nya.
  2. Lelaki ni egonya teramat lah tinggi. Tak salah kalau sekali sekala mengalah dengan pasangan. Mengalah bukan bermakna kalah! -ingat tu golongan lelaki! rugi tau bila ada ego dalam percintaan ni. sekali skala nak ego takpelah, ni kalau dah mau hari hari, naik meluat gak an pasangan nnti.huhuhu
  3. Jangan menghina/mencerca pasangan,samada dirinya, keluarganya, saudara-maranya, rumahnya or even kawasan perumahannya-even kata kampung kau banyak taik lembu, tak hingin aku nak pergi! itu pun dah dikira hina!
  4. Lelaki perlu serius dalam menuturkan perkataan "aku ceraikan kau". even lafaz tanpa niat, pon dah boleh jatuh talak. nak buat talak taklik pon, kena yg muhasabah, jgn seksa isteri! -contoh event yang lafaz tanpa niat, cam contoh pasangan tgh tgok tv, pastu ada satu babak ni, sang suami melafazkan cerai pada sang isteri, tapi si perempuan yg tgh tgok tv ni tadi terlepas scene tu, lalu dia bertanya pada suaminya ni, "bang, apa yg laki dalam tv tu cakap, ter miss la", pastu suami dia cakap, dia kata " aku ceraikan dikau dengan talak 3", Maka jatuhla talak! huhuuhuu.. sedihkan? sbb tu laki kena mainkan peranan!
  5. Jangan ungkit benda yang dah lepas. maafkan,lupakan dan mulakan hidup yang baru bersama. mengalahlah kalau itu dapat menyelamatkan hubungan



ambuihhh. kelass naa. bila citer bab kawen, semangat naa haa taip. *eh yana, ingt sikit esok ada 2 kuiz yang menanti haa!* maaf la naa, seronok bak angg! hahaha.. weee.. (calon pun takdak.*gatai ni!!*)

dengan bangganya. XD


notakaki: yang belum cukup umur, jangan gatal gatal nak kawin ye! umur belom cukup lagi. wahaha. jgn jeles :P



p/s: buat insan yg telah menyinggah dihati ini dan sedang kujagakan hati ini untukmu, moga awak menjadi lelaki yang soleh ye. Masih ada masa untuk kita perbaiki diri kita wak. Saya mintak maaf atas salah silap saya yang lalu. moga Allah memberi kita peluang untuk menebus kesalahan kita dan memulakan hidup yang baru bersama sehingga kita disatukan. amin. In sha Allah. :)



Saturday, October 12, 2013

Kesiannya anak arnab ni :'(


Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Saya dah selamat sampai ke rumah ada pukul 9 pagi tadi
Well, cuti kan? hehe. yippy!!! cuti seminggu kot. Hari Ahad boleh balik Nilai balik. heee
Tapi, hari jumaat dah kena balik la pulak, sebab Sabtu and ahad ada kursus la uollss. sobs sobs.. 
takpe takpe. dapat ilmu kan? alhamdulillah...

Ni nak cerita.. sampai je saya kat rumah,
Saya terus terkam newborn baby ni haaa.. (gambar kat atas)
Comel kan? heee.. tapi kan.. nak tahu sesuatu tak? sedih ni :'( .. Arnab ni cacat... dua dua kaki belakang dia tak berfungsi.. sian sangat :'(  Mak dia pun tempang. tapi sebelah kaki depan je. still boleh berjalan
Tapi ni, dua dua kaki belakang kot. sedih.. sayu tengok dia cuba jugak berjalan untuk hidup. kalau kat hutan ni, mau jadi mangsa haiwan lain. sian sian.

Bila tengok arnab ni usaha nak berjalan,saya realize, saya terdiam. Betapa semangatnya arnab ni cuba berjalan even Allah tarik nikmat kedua kakinya. Dia cuba jugak melompat seperti arnab lain even kaki tu hanya mampu diseret je. Allah, saya yang dikurniakan anggota yang cukup ni, tak nak berusaha mencapai kejayaan. saya yang serba lengkap ni asyik berputus asa. Tak bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.Ni baru arnab, belum manusia yang saya lihat didepan mata. Apa patut kita berbangga menpunyai anggota yang cukup sedangkan kita tak gunanya untuk beribadat kepada Allah? Think back. Jangan terlalu berbangga dengan nikmat yang Allah berikan. Allah hanya pinjamkan kita sementara sahaja.. Ingat! Bila bila masa je Allah boleh tarik. Mana tahu, ttbe ditakdirkan Allah, excident.. patah kaki, patah tangan, remuk muka. Nah,, adakah itu nikmat yang kau bangga bangga kan selama ni? Masa tu baru nak duduk, menadah tangan mohon ampun pada Allah agar diberikan balik nikmat tersebut? 

Sesal dikemudian hari tidak berguna lagi. Selagi Allah bagi pinjam nikmat ni, gunakanlah ia dengan sebaiknya. Manfaatkannya dengan sebaiknya. Beribadat kepada Allah. Sentiasa bersyukur. Sentiasa membantu orang yang memerlukan. Jangan sentiasa berbangga dan riak dengan apa yang kita ada. Ingat. tak ada benda di dunia ni milik kita. even diri kita ni pon hanyalah pinjaman.kan? 

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, Segala keburukan tu datangnya dari dia saya sendiri. Saya tahu ada yang mencemuh bila membacanya. ini adalah pendapat saya. Saya bukannya sebaik malaikat, saya bukannya semulia nabi, saya hanyalah insan biasa. yang tak mungkin sempurna. Kalau ada teguran untuk saya, saya sedia menerimanya :)

p/s: ni video arnab yang comel sedang berusaha untuk berjalan. enjoy!
nak tengok, bolehla pause lagu kat atas tu. heeee..maafla bising dalam video tu. adik bising2.hehehe


Friday, October 11, 2013

Berbaik sangkalah dengan Allah


Assalammualaikum :)

Pernah kan korang semua rasa macam ni ? Pernah kan korang tak dapat apa yang korang hajati kan? Saya percaya semua orang pernah. termasuklah saya :).

Saya pernah nages kekecewaan. Saya pernah salahkan Allah. kenapa saya diuji seberat yang saya sendiri tak mampu nak tanggungi. Saya sendiri pernah mengeluh sebab saya penat berdoa macam macam, tapi tak dapat dapat.

Bila one day, kawan saya bercerita kat saya mengenai nasibnya, saya terdiam, saya terkelu.. baru saya realize. Ya Allah, berdosanya aku salah sangka pada-Mu... Dia tak bagi apa yang kita nak terus, tapi Dia nak kita berdoa pada-Nya, berusaha untuk mendapatkan sesuatu, ikhtiar dan  tawakal. Allah rindu nak dengar keluhan dan rintihan hamba-Nya. macam contoh kat atas tu. Baikkan Allah?

Allah tak makbulkan doa kita terus,sebabnya Dia nak uji hamba-Nya dengan sifat SABAR. dengan bersabar, kan besar nikmatnya! bila one day kita dapat apa yang kita nak bila kita sabar, fuhhh. tak tahu nak kata betapa seronok + gembiranya! kan? :D Allah sayangkan kita, sebab tu Dia tak bagi apa yang kita nak tu terus, Dia Maha Mengetahui akan sesuatu yang kita tak tahu. Manalah tahu, benda yang kita nak tu mendatangkan mudarat kepada kita? kan? Sabar jela. Allah tak kejam. Allah tak zalim. bukan Dia tak nak makbulkan, cuma Dia lewatkan sikit je permintaan dan doa kita. :)

"Jihad (holy fighting in Allah's Cause) is ordained for you (Muslims) though you dislike it, and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know." (surah albaqarah:216)

translate:

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(surah albaqarah:216)

Kalau Allah tak makbulkan doa kita, cube realize balik, duduk, flash back balik diri kita ni. Ada tak maksiat yang kita lakukan?kalau ada, istighfar banyak2, buat solat taubat, berazam tak akan lakukannya lagi. In sha Allah,Allah akan mempercepatkan doa kita. Sesungguhnya, taubat sebenar2nya adalah taubat nasuha. Berazam tidak akan ulangi dosa yang lalu :)

Jangan pernah mengeluh dengan ujian Allah. Jangan pernah kata Allah tak adil. Orang ni Dia bagi, aku Dia  bagi ujian. Jangan. Jangan Jangan. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah takkan uji hamba-Nya kalau hamba-Nya tak mampu nak tandinginya. Allah tahu apa yang kita mampu. Allah uji kita tandanya Dia sayangkan kita. Dia taknak kita leka. Dia taknak kita alpa. Dia tak nak kita lalai. Dia nak kita back to Islam. Back to Al-Quran and back to Him. Baikkan Allah :') Alhamdulillah. Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah

Saya pun pernah rasai apa yang semua orang pernah rasa. Kecewa dalam percintaan? haha.. Ye, mmg kadang2 kita mengeluh, nape Allah putuskan hubungan kami.nape Allah biarkan hubungan kami tergantung tanpa tali?. apa salah kami. kenapa kami tak disatukan? sabar.. sabar.. sabar.. cube duduk. tarik nafas dan fikir. Hubungan yang belum lagi halal bagi kita kan dilarang oleh Allah.Sebaik-baik hubungan adalah hubungan yang sudah diHalalkan, iaitu Nikah. Memang kecewa kan bila ditinggalkan? bila digantungkan? tapi sampai bila nak bersedih? sampai bila nak meratap? dia bukan lagi hak kita. dia belum sah lagi jadi hak kita. jangan sedih, jangan marah.Jangan salahkan Allah kenapa dia putuskan kita, Jangan salahkan Allah kenapa dia buat kita bergaduh. Tapi bersyukur pada-Nya, sebab mungkin Dia taknak hamba-Nya terjerumus ke lembah maksiat, ke lembah zina.Mungkin Allah nak kita tunggu dulu, jaga hati, jaga iman dan tunggu masanya. Mungkin Allah dah tetapkan apa yang terbaik buat kita. Mungkin digantikan dengan yang lebih baik? wake up! and move on. jgn merayu. jgn meratap. bangun dan teruskan perjalanan. Perjalanan masih panjang. bagi yang tengah belajar tu, sudahla. setting balik niat kita. apa sebenarnya kita datang ke Universiti,Sekolah? untuk bercinta ka? atau untuk belajar? setting balik niat. fikir balik, kesiankan sikit pada mak ayah kita. In sha Allah, kalau benar dia jodoh kita, takkan ke mana. Berdoa lah. tak salah nak mintak moga "buah hati" kita tu menjadi suami/isteri kita. tak salah. itu hak kita nak berdoa. berdoalah. nak jaga hati kita untuk dia? pon boleh. jagalah. tapi bila dia bukan untuk kita, jangan bersedih.jgn kecewa. jgn meratap.Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. kalau Allah tak makbulkan doa kita, mungkin dia bukan yang terbaik buat kita. Sabar..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Biasakan mulut dengan mengucap kalam Allah.

Alhamdulillah saya diuji dengn ujian yang Allah rasa saya boleh tandingi. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya sebab tu Dia uji saya macam ni. Alhamdulillah, Allah tak sisihkan saya, kalau tak mesti Dia biarkan saya sampai saya jadi apa tah, wallahu'alam. Alhamdulillah, Allah kenalkan saya dengan buah hati saya tu. Alhamdulillah,Allah sampaikan hidayah-Nya melalui buah hati saya tu. Alhamdulillah, Allah sedarkan saya apa yang saya leka, lalai selama ni. Alhamdulillah, Allah masih menjaga kami. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.


kata kata SALAHUDDIN AL AYUBI;

1. Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuat saya KUAT.
2. Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.
3. Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah berikan FASILITAS dan TENAGA untuk BERKERJA.
4. Saya meminta KEBERANIAN dan DIA memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.
5. Saya meminta CINTA dan DIA memberi saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU.
6. Saya meminta NIKMAT dan DIA memberikan saya PELUANG.
7. Saya TIDAK MEMINTA apa-apa untuk DIRI SAYA,tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN


Moga buah hati saya menjadi seorang yang soleh, yang pandai menghormati dan menjaga kedua orang tuanya, menjadi insan yang berguna buat ummah dan islam, moga menjadi muslimin yang berjaya dan moga menjadi imam yang adil kepada isterinya dan menjadi ayah yang setia kepada anak-anaknya.Moga jodoh kita disatukan bersama.in sha Allah.. Kalau tak,saya doakan awak bahagia sentiasa dunia dan akhirat :)





Tuesday, October 8, 2013

Syukur syukur syukur :)

Alhamdulillah Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Assalammualaikum :D

Harini ada kelas dakwah dengan ustazah. Best sangat!
Walaupun ustazah agak "moody", asyik marah marah, tapi marah dia membina semangat kami
Dia tegur pasal cara mendakwah.
Nak berdakwah, tak semestinya kena bagi ceramah bagai2 kat orang
tak semestinya tulis kat wall fb, twitter dan sebagainya
tapi kena ingat, dakwah pun boleh untuk diri sendiri.Agar diri ni terbimbing, agar diri ni sentiasa beringat.
Dalam berdakwah pon kena ingat ye... berdakwah tak boleh berkasar.tak boleh paksa paksa, tak boleh maki maki
Kena ingat, nak mengubah seseorang mengambil masa jugak. jgn mengharap perubahan drastik
jgn mengharap orang akan ikot telunjuk kita.sebaliknya, berdoa pada Allah agar Allah berikan hidayah kepada orang yang ditegur tu agar dia lembut hati untuk menerima teguran tersebut.
Mana la tahu, teguran berhikmah kita, Allah bantu sekali? tengok tengok dia berubah. kan seronok bukan? :)
Cube bayangkan, orang tegur kita dalam keadaan marah marah, kasar, maki hamun, tengking, tak best kan?
kalau orang tu jenis akan terima teguran dia walaupun kasar begitu, tak pelah. mungkin dia biasa, or mungkin dia jenis yang tak kisah macam mana teguran tu. or mungkin dia jenis yg tak amik hati sangat walaupun kena macam tu.tp cube kalau orang lain yg selain daripada yang saya cakap tu? yang jenis kisah, yang jenis dendam, yang jenis sakit hati and ngata belakang? mesti dia nak berubah pon macam errrrrr, macam terpaksa la jugak an? an? ntah ntah, silap haribulan, kita yang ditengking balik. tak seronok la gitu.Cian tau orang yang kena tu, kalau ditegur pulak kat public,dahla orang ramai "nampak", malu dia, tak pasal2 aib kawan tu kita dah bukak. kan? apa kata kita slow talk baik2, bincang dalam bilik ke, telefon cakap baik2,hantar msg mungkin?.. haaa. kan lembut hati kawan tu nak terima pendapat kita :)

pernah ada orang kata: "jgn pandang pada perbuatan orang tu tapi dengarlah apa yang dia tegur"
ye, mmg setuju.tapi kena ingat jugak, dalam menyampaikan dakwah, kita kena perbaiki diri kita sendiri sebelum menegur orang lain. fikir, flash back diri kita balik, betulkah aku? baikkah aku? cube perbaiki, dan masa menegur kawan kita tu, cakap macam ni, "aku pun bukannya baik, aku pun masih belajar memperbaiki diri, teguran ni untuk kau dan juga untuk aku,kalau aku ada salah, tegurlah aku. marilah sama2 kita berubah".. haaa. kan comel macam ni :)

mama saya pernah cakap :
"dalam menegur, kita sendiri kena buat atas teguran tu jugak, sebab Allah akan uji orang yang menegur tu dengan ujian atas teguran yang dia buat"
errr, paham tak? macam ni, contoh ye, saya tegur diba, wei diba! jgn social sangatla.
tapi akan datang, kalau saya tak ambil teguran saya tu sebagai peringatan untuk saya, lama kelamaan saya yang "bersocial tu". paham tak? paham kan? haa, gitu la maksudnya..


Ingat! Rasulullah s.a.w pun berhemah dalam menyampaikan dakwah baginda. 
Didik umatnya dengan penuh sopan dan berhemah, kan ramai yang tertarik dengan Islam? alhamdulillah
cuba bayangkan kalau zaman Rasulullah menyampaikan dakwah dalam keadaan paksa paksa, marah marah,
agak agak Islam berkembang tak? agak agak ramai tak yang anut agama Islam?
*tepuk dada tanya iman*

panjang pulak typingnya. hahaha
sebelum mengakhiri, nak nasihat sikit ni,
"Jgn sentiasa mencari kesalahan orang, ingt, satu jari yang menunjuk, 4 jari kita menunjuk kita"
maafkan la kawan kawan kita yang pernah buat silap, jgn dendam. tak baik. jadilah pemaaf. :)


p/s: saya sentiasa maafkan sahabat2, kawan2,buah hati saya, sedara mara dan semuanya yang secara langsung or tidak langsung buat salah.. kita manusiakn? tak pernah lari dari kesilapan.jgn risau, saya tak pernah dendam ngan semua :D MAAFKAN SAYA SEMUA!